You won't lose weight every week

Ini adalah perbualan biasa antara saya dengan beberapa orang customer GreenAard. Akan ada hari di mana kita berasa sangat bertenaga, sangat bersemangat, sangat berdisplin dan segalanya berjalan dengan smooth.

Dan kita akan berjumpa dengan fasa tertentu di mana hari itu adalah 'hari malas sedunia', buat apa pun tak menjadi, selfie 40 kali pun tak ada yang cantik, merasa badan naik 100kg dan merasa nak makan sepanjang hari.

Berat pada penimbang tak berubah. Saiz pinggang tak bergerak walau 0.5 inci. You see little to no change. And, guess what? That's OK.

Ini semua adalah sebahagian daripada kitaran biasa manusia, especially yang bekerja. Mungkin minggu itu suami sedang sakit, anak-anak juga tak sihat, dan ini membuatkan kita tak dapat rehat dan tidur yang berkualiti.

Ditambah pula dengan kerja pejabat yang banyak, kemudian di rumah pula banyak kerja yang perlu dibereskan. Ini menambahkan tekanan.

Tekanan akan membuatkan progress weight loss terhenti. Tekanan sangat mempengaruhi metabolisme badan. Dalam keadaan tertekan, hormon yang tak sepatutnya hadir dengan banyak, akan mula dibebaskan. Kita mudah rasa lapar, lambat rasa kenyang, susah nak tidur, hadi terganggu, rambut gugur, sistem penghadaman juga tak berkerja dengan baik.

Look. Accept it, and move on. Lalui tempoh-tempoh "sakit" ini dengan berlapang dada. Selepas semua ini selesai, you will start ascending again. Weight loss tak boleh buat cepat-cepat. Kena relax and steady.

I hope this helps you as much as it has helped my customers.

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart