TRIGLISERIDA adalah lemak baik?

Walaupun lemak selalunya dianggap buruk, itu tidak berlaku pada trigliserida. Trigliserida merupakan sumber tenaga utama badan dan memainkan peranan dalam bagaimana badan berfungsi. Trigliserida memindahkan asid lemak ke seluruh badan untuk digunakan di bahagian-bahagian yang memerlukan. That sounds pretty good, kan? Tapi, kenapa trigliserida yang tinggi dikatakan bahaya?

Apabila trigliserida mencapai tahap tinggi, molekul lemak mula memberi kesan negatif kepada badan. But again, bagaimana sesuatu yang diperlukan oleh badan boleh memberi kesan buruk? Lojiknya, semakin tinggi trigliserida, semakin bagus, betul tak? Ok, jom kita tengok dari mana asal trigliserida.

Bagi kebanyakan orang dengan trigliserida tinggi, ia akan mempengaruhi risiko serangan jantung dan strok. Mempunyai trigliserida tinggi + LDL tinggi (bad cholesterol) + HDL rendah (good cholesterol) menyebabkan penumpukan lemak di arteri. Jika darah tidak dapat bergerak dengan bebas melalui arteri-arteri tersebut, serangan jantung dan strok boleh berlaku. Trigliserida dan kolesterol bukan jenis lemak yang sama, tetapi saling berkaitan. Ketika trigliserida menurun, HDL (kolesterol baik) menaik. Ketika trigliserida menaik, HDL menurun. Dan ketika trigliserida tinggi, LDL (kolesterol jahat) akan jadi berbahaya.

Trigliserida yang terhasil lebih banyak dari yang diperlukan oleh badan akan disimpan di tempat yang tak sepatutnya. Otot adalah salah satu darinya. Akhirnya otot resistan terhadap insulin dan membuatkan berat badan bermasalah untuk turun. Trigliserida yang sangat tinggi menjadikan pankreas mendapat pankreatitis yang teruk, yang boleh membawa maut. Pankreatitis dapat mematikan sel yang menghasilkan insulin. Tanpa sel ini, badan tidak dapat menghasilkan insulin yang diperlukan untuk mengawal blood sugar.

Dalam erti kata lain, kolesterol tinggi (trigliserida tinggi), boleh menrisikokan seseorang mendapat kencing manis dalam jangka masa panjang. Selain itu, trigliserida yang sangat tinggi boleh menyebabkan masalah pada kulit. Antara yang paling biasa adalah xanthoma pada mata (selaput kekuningan). Tetapi sebaik sahaja kadar gula darah dan lemak (termasuk trigliserida) menurun, xanthoma boleh hilang. 

Jadi sekarang kita dah tahu trigliserida dihasilkan di hati. Tetapi ketika tahap trigliserida sangat tinggi, ia boleh menyebabkan pengumpulan lemak dan penyakit hati-lemak (fatty liver). Fatty liver boleh menyebabkan kerosakan hati dan sirosis. Selain mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan yang kaya dengan tumbuhan, kami syorkan NUTRIJUICE kerana ia mengandungi sekurang-kurangnya 2 gram sterol yang berupaya menurunkan trigliserida.


Diana Ishak
Read more

Apa yang Berlaku Apabila Berhenti Mengambil Gula.

Gula secara semula jadi terdapat dalam banyak makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu, keju, dan juga bijirin. Tetapi pengilang juga menambahkan pelbagai bentuk gula dan sirap pada makanan yang diproses. Gula semulajadi terdapat dalam makanan. Sebiji epal, sebagai contoh, boleh mempunyai kira-kira 20 gram gula. Tetapi serat epal membuatkan perut merasa kenyang. Ini menjadikan badan menyerap gula daripada buah epal dengan lebih perlahan.

Berbeza dengan gula putih, ia adalah kalori tambahan tanpa nutrisi. Gula putih boleh menyebabkan penambahan berat badan dan masalah kesihatan lain. Memakan terlalu banyak kalori, tidak kira dari mana asalnya, akan menyebabkan penambahan berat badan. Tetapi dalam kes gula putih, walaupun diambil sedikit, boleh menyebabkan seseorang cenderung untuk makan dengan banyak sepanjang hari. Ini kerana, gula mengurangkan rasa puas setelah makan. Malah, mempercepatkan rasa lapar. Lebih baik makan nasi berserta lauk-pauk supaya perut lebih kenyang dan tidak ada ruang untuk kudap-kudapan.

Jika overweight, berkemungkinan besar anda mempunyai kolesterol yang tinggi, termasuk trigliserida. Berhenti mengambil gula boleh menurunkan berat badan, yang boleh memperbaiki kolesterol. Dalam erti kata lain, jika anda kuat mengambil makanan/minuman bergula, pasti trigliserida anda tinggi. Trigliserida yang tinggi meningkatkan risiko penyakit jantung. Mengurangkan pengambilan gula secara beransur-ansur boleh membantu menurunkan tahap trigliserida dan sekaligus membantu menghentikan penambahan berat badan dan pembentukan lemak.

Nutrijuice merupakan produk khusus untuk menurunkan paras kolesterol. Pengambilannya secara konsisten selama 2-3 bulan memberikan bacaan kolesterol yang lebih baik.
Diana Ishak
Read more

Jika anda menghidap kencing manis, anda mungkin mempunyai kolesterol yang tinggi.

Seseorang yang menghidap kencing manis, badannya tidak mengawal atau menggunakan glukosa (gula) seperti yang sepatutnya. Itu menyebabkan tahap glukosa tinggi dalam darah. Tahap glukosa yang tinggi boleh menyumbang kepada keadaan kesihatan yang lain, termasuk kolesterol tinggi. Jika menghidap diabetes dan gula darah terkawal, anda masih mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Kenapa berlaku begitu?

Salah satu sebab diabetes dikaitkan dengan penyakit jantung adalah kerana penghidap diabetes mempunyai zarah LDL (kolesterol jahat) yang lebih kecil dan padat. Ini memberi lebih banyak peluang untuk LDL menyerang dinding saluran darah dan membentuk plak dalam arteri. Penghidap diabetes yang mempunyai gula darah terkawal biasanya mempunyai paras kolesterol yang normal. Tetapi jika mereka overweight atau obesiti, mereka berkemungkinan mempunyai kolesterol tinggi juga.

Seseorang yang mempunyai kolesterol tinggi dan kencing manis, penting untuk dapatkan rawatan untuk kedua-duanya. Itu akan mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa tahap kolesterol menjadi lebih baik ketika mereka menurunkan berat badan. Selain membuat perubahan gaya hidup, doktor mungkin mengesyorkan mengambil ubat untuk menurunkan tahap kolesterol, seperti statin.

GreenAard mempunyai Nutrijuice, produk khusus untuk menurunkan tahap kolesterol tinggi. Nutrijuice tidak mengandungi gula. Kami gunakan stevia. Stevia tidak memberi lonjakan kepada gula darah.
Diana Ishak
Read more

Apa kaitan gula dengan kolesterol.

Walaupun sudah diketahui umum bahawa lemak tepu boleh meningkatkan kolesterol, ramai yang tidak tahu makanan manis juga menaikkan kolesterol. Daripada kopi hingga ke minuman bergas, gula tambahan menjejaskan kolesterol dari semasa ke semasa. Gula tambahan adalah berbeza daripada gula yang didapati secara semula jadi dalam buah atau susu. Gula tambahan adalah pemanis yang ditambahkan pada makanan seperti gula putih, gula perang, madu dan pemanis buatan dari sirap jagung.

Gula tambahan mengandungi kalori tetapi tiada nutrien. Kalori dari gula tambahan selain menjejaskan berat badan dan meningkatkan peluang untuk mendapat diabetes, juga memberi kesan kepada tahap kolesterol. Ini kerana, makanan manis menjejaskan hati. Hati menghasilkan kolesterol. Adalah penting untuk memahami bahawa badan memerlukan kolesterol (HDL) untuk berfungsi dengan baik. Ia kerana, bahan utama yang diperlukan oleh tubuh untuk membina sel-sel baru adalah kolesterol HDL. Apabila makan terlalu banyak gula, hati menghasilkan lebih banyak LDL (kolesterol jahat) sambil menurunkan jumlah kolesterol HDL.

Gula dari makanan manis juga meningkatkan trigliserida, iaitu sejenis lemak dalam kolesterol. Trigliserida terbentuk apabila kita memakan lebih banyak kalori daripada yang badan perlukan. Trigliserida disimpan dalam sel lemak dan dikeluarkan between meals ketika badan memerlukan tenaga. Apabila memakan makanan manis, gula dalam makanan menyekat enzim yang diperlukan untuk memecahkan trigliserida. Apabila trigliserida tidak dipecahkan dan dikeluarkan dari badan, menyebabkan kolesterol meninglat. Trigliserida yang tinggi bersama-sama dengan LDL yang tinggi, gabungan ini menyebabkan pengumpulan lemak dalam arteri dan meningkatkan peluang untuk serangan jantung, atau strok. Jadi di sini kita dah nampak apa kaitan gula dengan kegemukan dan kolesterol.

Kepada yang tertanya-tanya kenapa GreenAard ada Pakej COMBO 2 Nutrijuice dan 1 GC Plus, inilah sebab kenapa pakej ini wujud. Pakej tersebut umpama serampang dua mata yang membantu mempercepatkan penurunan berat badan dan merendahkan kolesterol.
Diana Ishak
Read more

Menurunkan kolesterol: Berapa lama masa yang diambil?

Perubahan gaya hidup kadangkala boleh menurunkan paras kolesterol dengan cepat. Seseorang boleh menurunkan kolesterol dalam masa beberapa minggu sahaja. Walau bagaimanapun, MENGEKALKAN paras kolesterol yang sihat adalah lebih sukar berbanding menurunkannya. Untuk melihat perubahan tahap kolesterol yang berkekalan, seseorang perlu melaraskan gaya hidup yang sihat sepanjang masa.

Seseorang yang perlu menggunakan Nutrijuice (atau ubat statin) untuk menurunkan kolesterol selalunya dapat melihat paras kolesterol jatuh dengan cepat. Nutrijuice boleh menurunkan kolesterol dengan konsisten dalam beberapa minggu, dan biasanya kolesterol lebih cepat turun ketika mengamalkan pemakanan yang sihat. Walau bagaimanapun, kerana diet mempengaruhi tahap kolesterol dalam badan, kesan Nutrijuice mungkin tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain.

Penurunan kolesterol yang berbeza-beza bergantung pada seberapa ketat seseorang mematuhi diet mereka. Perubahan diet boleh menyebabkan pengurangan kecil dalam kolesterol seawal 4 minggu pengambilan Nutrijuice. Ia selalunya bergantung pada betapa agresif/konsisten rawatan, kecenderungan genetik (contohnya, paras kolesterol sesetengah orang jatuh dengan cepat), dan berapa tinggi paras kolesterol semasa permulaan rawatan.

Tetapi satu perkara yang pasti, semakin tinggi kepekatan kolesterol LDL (jahat), semakin banyak pembentukan dalam arteri. Semakin banyak plak terbentuk, semakin meradang – dan rosak – dinding arteri. Itulah sebabnya sangat penting untuk menurunkan kolesterol LDL secepat dan seefektif mungkin. 

"Adakah menurunkan kolesterol melindungi saya daripada serangan jantung?"

Not necessarily. Kerana, mengurangkan risiko serangan jantung bukan hanya soal menurunkan kolesterol. Terdapat banyak faktor lain yang merosakkan dinding arteri dan meningkatkan risiko serangan jantung atau strok. Antaranya:

  • tahap gula darah yang tinggi
  • tekanan darah tinggi
  • trigliserida tinggi (lemak darah)
  • sisa trigliserida yang membanjiri darah sejurus selepas makan makanan berlemak
  • tekanan (stress)
  • berat badan berlebihan terutamanya perut

Nutrijuice membantu menurunkan kolesterol dan trigliserida. Bagi yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, jangan lupa check kolesterol. Boleh jadi, punca berat badan sukar untuk turun adalah kerana trigliserida tinggi.

Diana Ishak
Read more

Kolesterol Tinggi Meningkatkan Risiko Sakit Buah Pinggang.

Mengekalkan tahap kolesterol di bawah kawalan bukan sahaja mengurangkan risiko penyakit jantung, tetapi boleh mengelakkan penyakit buah pinggang. Bagaimana kolesterol boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang?

Satu kajian cohort telah dilakukan selama 10 tahun lamanya. Kajian ini melibatkan 4500 orang. Kesemua 4500 orang ini adalah sihat. Selama 10 tahun penyelidik mengumpul sampel darah mereka. Tujuan sampel darah ini diambil untuk melihat sejauh mana buah pinggang mereka berfungsi menggunakan ujian kreatinin.

Ujian kreatinin menunjukkan sejauh mana buah pinggang mampu mengeluarkan bahan buangan (creatinine) daripada darah. Di samping itu penyelidik juga melihat tahap kolesterol. Apa yang penyelidik dapati, bahawa peserta yang mempunyai kolesterol LDL yang tinggi (kolesterol jahat) juga mempunyai masalah pada buah pinggangnya. Peserta yang buah pinggangnya tidak berfungsi dengan baik juga mempunyai paras kolesterol HDL (kolesterol baik) yang rendah.

Satu lagi kajian cohort ke atas lebih 15000 orang selama 3 tahun telah dilakukan bagi menghubungkan penyakit buah pinggang dengan darah tinggi. Kajian ini juga mendapati hubungan yang kuat antara masalah buah pinggang dengan kolesterol apabila trigliserida tinggi (trigliserida adalah komponen kolesterol).

Dari 2 kajian cohort ini didapati orang yang mempunyai kolesterol tinggi adalah dua kali ganda lebih berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang dari semasa ke semasa. Apabila buah pinggang bermasalah, seseorang mempunyai lebih banyak risiko untuk masalah jantung pula. Ini kerana, apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, ia juga mengubah cara badan mengendalikan kolesterol. Jadi, penyakit buah pinggang dan kolesterol often go together.

Ubat-ubatan yang menurunkan kolesterol boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Tetapi adakah ia boleh diambil jika seseorang mempunyai penyakit buah pinggang? Selalunya doktor prescribe ubat yang dipanggil statin untuk merendahkan kolesterol, tetapi tidak sesuai untuk orang yang sudah ada masalah buah pinggang.

Satu cara untuk menurunkan kolesterol dengan penyakit buah pinggang adalah dengan mengubah diet dan gaya hidup. Nutrijuice bukan ubat. Ia adalah makanan tambahan yang diperkaya (fortified food) khusus untuk merendahkan tahap kolesterol. Sekiranya kolesterol anda tinggi tetapi doktor belum prescribe statin for you, please try Nutrijuice. Selepas mengambil Nutrijuice selama at least 3-4 months, cuba ambil semula ujian kolesterol dan lihat perbezaannya.
Diana Ishak
Read more

Bagaimana kegemukan meningkatkan risiko kolesterol.

Overweight meningkatkan peluang untuk mempunyai terlalu banyak lipoprotein berketumpatan rendah (LDL), atau "kolesterol jahat" dalam darah. Setiap 4kg berat badan yang berlebihan menyebabkan badan menghasilkan 10 miligram kolesterol tambahan SETIAP HARI. Maka, menurunkan berat badan boleh membantu menurunkan kolesterol. Badan memerlukan sedikit kolesterol. Hati menggunakan kolesterol untuk membina sel dan menyimpan lemak. Badan juga menggunakannya untuk membuat vitamin D.

Masalah bermula apabila terdapat terlalu banyak LDL dalam aliran darah. Lebihan LDL menyebabkan lemak terkumpul yang kemudiannya menyekat saluran arteri, dan akhirnya menyekat aliran darah. Itu boleh menyebabkan serangan jantung atau strok. 

Salah satu punca berat badan susah untuk turun adalah ketidakupayaan badan menguruskan trigliserida -- satu lagi bahan berlemak yang diperlukan dalam jumlah yang kecil. Trigliserida terbentuk dalam hati daripada lemak dan glukosa. Jika badan menghasilkan terlalu banyak trigliserida, itu bermakna kandungan lemak dan gula dalam badan adalah tinggi. Trigliserida yang tinggi menyebabkan kolesterol meningkat. Trigliserida yang tinggi juga adalah bukti bahawa simpanan lemak dan gula dalam badan berlebihan. Inilah punca kegemukan.

Menurunkan berat badan mengurangkan jumlah lemak sekaligus menstabilkan tahap kolesterol ke paras normal. Menurunkan berat badan juga boleh membalikkan rintangan insulin supaya badan lebih mampu mengawal hormon dan lipoprotein. Dalam satu kajian, orang yang hilang sekurang-kurangnya 5% berat badan telah mengurangkan tahap LDL, jumlah kolesterol dan trigliseridanya. Tetapi orang yang kehilangan kurang daripada 5% berat badan hanya dapat menurunkan tahap trigliserida sahaja.

Diana Ishak
Read more

Madu dan Diabetes: Adakah Ia Selamat?

Sesetengah orang menambah madu ke dalam kopi dan teh sebagai pemanis. Tetapi adakah madu selamat untuk penghidap diabetes? Jawapan ringkasnya adalah ya, tetapi hanya dalam keadaan tertentu. Penghidap diabetes perlu mengawal pengambilan karbohidrat dan gula, tetapi tidak bermakna mereka perlu mengelakkan gula sama sekali. Secara sederhana, madu bukan sahaja selamat, tetapi mempunyai ciri anti-radang yang mungkin mengurangkan komplikasi diabetes. 

Baiklah, untuk menjelaskan kaitan antara madu dan diabetis, jom kita kenal madu terlebih dahulu. Madu berasal dari nektar dalam bunga. Nektar adalah 80% karbohidrat dan 20% air. Walaupun madu adalah pemanis semulajadi, ia mempunyai lebih karbohidrat dan kalori daripada gula putih. 1 sudu besar madu mempunyai kira-kira 60 kalori dan 17 gram karbohidrat.

Oleh kerana madu adalah gula semula jadi dan karbohidrat, ia secara semulajadi mempengaruhi gula darah. Tetapi, jika dibandingkan dengan gula putih, madu mempunyai has a smaller effect terhadap gula dalam darah. Kajian tahun 2004 mendapati madu menyebabkan peningkatan awal gula dalam darah 30 minit selepas pengambilan. Walau bagaimanapun, paras gula darah kemudiannya menurun dan kekal pada paras yang lebih rendah selama dua jam.

Ini menunjukkan tidak seperti gula putih, madu menyebabkan peningkatan dalam insulin, yang mana insulin mengawal gula darah. Walaupun madu boleh meningkatkan tahap insulin dan membantu penghidap diabetes mengawal gula darah, madu masih belum diistiharkan sebagai pencegah diabetes dari para medical expertise. Tetapi dari sudut pakar makanan, ada hubungkait antara madu dan pencegahan diabetis. Ini kerana madu meningkatkan tahap C-peptide, iaitu bahan yang dilepaskan ke dalam darah apabila badan menghasilkan insulin.

Tahap normal C-peptida bermakna badan menghasilkan insulin yang mencukupi. Insulin yang mencukupi mengawal gula darah ke paras yang lebih baik. Got it? Adakah terdapat risiko memakan madu jika menghidap diabetes? Perlu diingat bahawa madu lebih manis daripada gula. Jika seseorang menggantikan gula dengan madu, dia hanya memerlukan sedikit madu sahaja. Jika membeli madu yang diproses, ia mungkin mengandungi gula atau syrup. Pemanis tambahan boleh menjejaskan gula darah. 

Bagaimana dengan Nutrijuice? Bolehkah pesakit diabetis mengambilnya? Nutrijuice tiada gula putih. Pemanis yang kami gunakan adalah sedikit madu dan stevia. Stevia tidak mempunyai kalori dan tidak meningkatkan paras gula dalam darah. Memandangkan kuantiti madu juga sangat kecil di dalam Nutrijuice, ia hampir tidak menjejaskan gula darah. Kami tidak mengalu-alukan pesakit diabetis untuk mengambil Nutrijuice, tetapi jika mahu mencuba, silakan. Perlu diingat, Nutrijuice BUKAN bertujuan untuk merawat diabetis tetapi menstabilkan kolesterol. Jangan salah faham, ya.
Diana Ishak
Read more

Turunkan Kolesterol Dengan Phytosterols

Phytosterols terdapat dalam membran sel tumbuhan. Ia mempunyai struktur yang serupa dengan kolesterol dalam tubuh manusia. Phytosterols menghalang kolesterol daripada diserap. Sebab itulah phytosterols harus menjadi sebahagian daripada eating plan. 

Strategi pertama untuk menurunkan kolesterol ialah mengubah suai corak pemakanan. Gantikan lemak tidak sihat (trans dan tepu) dengan yang sihat. Banyakkan makanan berserat seperti buah dan sayur. Jika strategi ini tidak berfungsi sepenuhnya, atau jika ingin menurunkan kolesterol even further, boleh cuba menambah phytosterols pada diet.

Oleh kerana phytosterols secara strukturnya serupa dengan kolesterol badan manusia, apabila ia dimakan, ia bersaing dengan kolesterol untuk penyerapan dalam sistem pencernaan. Akibatnya, penyerapan kolesterol disekat, dan paras kolesterol berkurangan. Keberkesanan phytosterols sangat kuat sehinggakan Program Pendidikan Kolesterol Kebangsaan Amerika mengesyorkan orang yang mempunyai kolesterol tinggi mengambil 2 gram phytosterols setiap hari.

Phytosterols secara semula jadi terdapat dalam kuantiti yang kecil dalam minyak sayuran, kekacang, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tidak mendapat phytosterols yang mencukup. Purata pengambilan adalah kurang daripada 500 miligram (mg) sehari. Jumlah itu sangat jauh dari yang diperlukan untuk menurunkan kolesterol.

Itulah sebabnya banyak pengeluar makanan berusaha menambahkan ekstrak phytosterols ke dalam produk mereka. Nutrijuice ada sterol yang ditambah untuk membantu mengurangkan kolesterol dan membantu menstabilkan tekanan darah. Kandungan phytosterols dalam Nutrijuice adalah optimum untuk kegunaan seharian. Cuba konsisten dengan Nutrijuice selama sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum mengambil semula ujian kolesterol. Lihat hasilnya.

Kepada yang ada masalah overweight, dengar sini. Setiap 4.5 kg lemak berlebihan menghasilkan kira-kira 10 mg kolesterol SETIAP HARI. Bayangkan jika anda sudah overweight selama bertahun-tahun. Sebab itulah kegemukan meningkatkan risiko sakit jantung. Berita baiknya, dengan menurunkan berat badan, tahap kolesterol dapat berkurang perlahan-lahan.


Diana Ishak
Read more

Obesiti punca hati berlemak.

Baru-baru ini, GreenAard dapat pertanyaan samada kami ada produk untuk merawat hati berlemak. This woman has been overweight for 5 years. Katanya, salah satu treatment yang dicadangkan oleh doktor adalah menurunkan berat badan. Ok, let us explain.

Penyakit hati berlemak adalah common condition yang disebabkan oleh lemak tambahan dalam hati. Kebanyakan orang tidak mempunyai gejala hati berlemak, sebab itu ramai yang tidak sedar mereka memilikinya. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, hati berlemak boleh menyebabkan kerosakan hati. But the good news is, penyakit hati berlemak can be reversed.

Banyak meminum minuman manis seperti soda dan jus buah mempercepatkan berlakunya penyakit hati berlemak. Ini kerana, soda dan jus buah mengandungi fruktosa. Hati adalah satu-satunya organ yang boleh memetabolismekan fruktosa dalam jumlah yang banyak. Apabila seseorang memiliki tahap fruktosa yang tinggi, hati akan terlebih beban dan mula menukar fruktosa menjadi lemak.

Ramai saintis percaya bahawa penggunaan fruktosa yang berlebihan mungkin menjadi punca kepada banyak penyakit termasuk obesiti, diabetes, penyakit jantung dan juga kanser. Seseorang mempunyai peluang yang lebih besar untuk menghidap penyakit hati berlemak jika sudah menopaus, OBESITI dengan tahap lemak perut yang tinggi, mempunyai tekanan darah tinggi, kencing manis, atau KOLESTEROL TINGGI.

TIADA UBAT untuk penyakit hati berlemak. Sebaliknya, doktor akan beri tumpuan untuk membantu mengawal faktor yang menyumbang kepada hati berlemak. Jadi, betullah kata doktor tadi, yang meminta wanita tersebut menurunkan berat badan. Dalam erti kata yang lain, penyakit hati berlemak boleh di-reverse. Caranya, turunkan berat badan dan turunkan kolesterol.

GreenAard boleh bantu dengan 2 produk ini:
  • GC Plus, membantu menurunkan berat badan
  • Nutrijuice, menstabilkan kolesterol
Kajian menunjukkan bahawa kehilangan 10% berat badan menyebabkan enzim hati bertambah baik. Manakala, kehilangan sekurang-kurangnya 2.5 kg sudah cukup untuk memperbaiki bacaan kolesterol seseorang. Sebab itulah GreenAard sediakan Combo 1 GC Plus & 2 Nutrijuice, kerana kedua-duanya saling ada hubungkait.
Diana Ishak
Read more

Kenapa trigliserida yang tinggi dikatakan bahaya?


Trigliserida merupakan sumber tenaga utama badan. Ia memainkan peranan dalam bagaimana badan berfungsi. Trigliserida memindahkan asid lemak ke seluruh badan untuk digunakan di bahagian-bahagian yang memerlukan.

That sounds pretty good, kan? Tapi, kenapa trigliserida yang tinggi dikatakan bahaya?

Apabila trigliserida mencapai tahap tinggi, ia mula memberi kesan negatif kepada badan. But again, bagaimana sesuatu yang diperlukan oleh badan boleh memberi kesan buruk? Lojiknya, semakin tinggi trigliserida, patutnya semakin bagus, betul tak?

Ok, jom kita tengok dari mana asal trigliserida.

Kebanyakan orang dengan trigliserida tinggi, risiko mendapat serangan jantung dan strok lebih tinggi. Mempunyai trigliserida tinggi ditambah lagi dengan LDL tinggi (bad cholesterol) menyebabkan pengumpulan lemak di arteri. Jika darah tidak dapat bergerak dengan bebas melalui arteri-arteri tersebut, serangan jantung dan strok boleh berlaku.

Trigliserida dan kolesterol bukanlah dari jenis lemak yang sama, tetapi saling berkaitan. Ketika trigliserida menurun, kolesterol jahat (LDL) menurun, manakala kolesterol baik (HDL) menaik. Ketika trigliserida menaik, kolesterol jahat (LDL) juga menaik, manakala kolesterol baik (HDL) menurun. Ini bermakna, ketika trigliserida tinggi, tahap kolesterol jahat menjadi lebih berbahaya.

Trigliserida yang banyak dari yang diperlukan oleh badan akan disimpan di tempat yang tak sepatutnya ia berada. Otot adalah salah satu darinya. Trigliserida yang banyak di otot menyebabkan otot resistan terhadap insulin. Otot yang resistan membuatkan berat badan bermasalah untuk turun.

Trigliserida yang sangat tinggi juga menyebabkan pankreatitis yang teruk, yang boleh membawa maut. Pankreatitis dapat mematikan sel yang menghasilkan insulin. Tanpa sel tersebut, badan tidak dapat mengawal blood sugar.

Selain itu, trigliserida yang sangat tinggi menyebabkan masalah pada kulit. Antara yang paling biasa adalah xanthoma pada mata (selaput kekuningan). Walau bagaimanapun, sebaik sahaja kadar gula darah dan lemak (termasuk trigliserida) menurun, xanthoma boleh hilang.

Trigliserida dihasilkan di hati, tetapi ketika tahapnya sangat tinggi, ia menyebabkan fatty liver pula. Fatty liver menyebabkan masalah kerosakan hati dan sirosis.

Selain mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan yang kaya dengan tumbuhan, kami syorkan NUTRIJUICE kerana ia mengandungi sekurang-kurangnya 2 gram sterol yang berupaya menurunkan trigliserida.

Diana Ishak
Read more

Adakah selamat untuk membuang biji kolesterol pada mata


Mendapan kolesterol, juga dikenali sebagai xanthomas, berlaku apabila kolesterol terkumpul di bawah kulit. Biji-biji kolesterol juga akan mula tumbuh apabila tahap kolesterol di tahap membimbangkan.

Biji kolesterol tidak menyakitkan, dan boleh berlaku di banyak tempat di badan termasuk tapak tangan, kaki, dan kelopak mata. Biji kolesterol bukan kanser dan tidak merebak. Walau bagaimanapun, pertumbuhannya menunjukkan tahap kolesterol yang tidak sihat. Badan menggunakan kolesterol untuk menghasilkan sel baru, dan hormon.

Walau bagaimanapun, kolesterol yang tinggi menyebabkan masalah kesihatan. Penting untuk faham bahawa masalah kolesterol yang tinggi menyebabkan tumbuhnya biji kolesterol, dan percubaan untuk membuang biji ini TIDAK membantu merawat tahap kolesterol anda.

Penyebab biji kolesterol yang pertama adalah HIPERKOLESTEROLEMIA KELUARGA, iaitu keadaan genetik yang menyebabkan kolesterol berkumpul.
Seseorang yang mempunyai HIPERKOLESTEROLEMIA KELUARGA mempunyai tahap kolesterol yang luar biasa tinggi walaupun dalam keadaan kesihatan yang baik.

Penyebab kedua adalah DISLIPIDEMIA. Ini adalah keadaan di mana seseorang mempunyai:

  • tinggi kolesterol LDL
  • rendah kolesterol HDL
  • tinggi total kolesterol (kedua-dua LDL dan HDL)
  • tinggi trigliserida

Penyebab ketiga, HYPERTRIGLYCERIDEMIA. Ini adalah trigliserida yang sangat tinggi dalam darah.

OBESITI dan DIABETIS juga penyebab tumbuhnya biji kolesterol. Seseorang boleh menghalang biji kolesterol daripada terbentuk dengan mengekalkan tahap kolesterol di bawah kawalan.

Mendapan kolesterol di sekeliling mata boleh dibuang melalui pembedahan. Deposit kolesterol yang dibuang boleh tumbuh lagi sekiranya kolesterol masih tinggi dalam badan.

Jadi, cara yang paling berkesan menghalang pertumbuhan biji kolesterol adalah dengan mengawal kolesterol terlebih dahulu. Kandungan sterol dalam Nutrijuice telah terbukti secara saintifik mampu menurunkan tahap kolesterol dengan selamat. Sterol adalah kolesterol tumbuhan yang menjadikan kolesterol dalam badan manusia sebagai 'makanannya'.
Diana Ishak
Read more
107 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart