TRIGLISERIDA adalah lemak baik?

Walaupun lemak selalunya dianggap buruk, itu tidak berlaku pada trigliserida. Trigliserida merupakan sumber tenaga utama badan dan memainkan peranan dalam bagaimana badan berfungsi. Trigliserida memindahkan asid lemak ke seluruh badan untuk digunakan di bahagian-bahagian yang memerlukan. That sounds pretty good, kan? Tapi, kenapa trigliserida yang tinggi dikatakan bahaya?

Apabila trigliserida mencapai tahap tinggi, molekul lemak mula memberi kesan negatif kepada badan. But again, bagaimana sesuatu yang diperlukan oleh badan boleh memberi kesan buruk? Lojiknya, semakin tinggi trigliserida, semakin bagus, betul tak? Ok, jom kita tengok dari mana asal trigliserida.

Bagi kebanyakan orang dengan trigliserida tinggi, ia akan mempengaruhi risiko serangan jantung dan strok. Mempunyai trigliserida tinggi + LDL tinggi (bad cholesterol) + HDL rendah (good cholesterol) menyebabkan penumpukan lemak di arteri. Jika darah tidak dapat bergerak dengan bebas melalui arteri-arteri tersebut, serangan jantung dan strok boleh berlaku. Trigliserida dan kolesterol bukan jenis lemak yang sama, tetapi saling berkaitan. Ketika trigliserida menurun, HDL (kolesterol baik) menaik. Ketika trigliserida menaik, HDL menurun. Dan ketika trigliserida tinggi, LDL (kolesterol jahat) akan jadi berbahaya.

Trigliserida yang terhasil lebih banyak dari yang diperlukan oleh badan akan disimpan di tempat yang tak sepatutnya. Otot adalah salah satu darinya. Akhirnya otot resistan terhadap insulin dan membuatkan berat badan bermasalah untuk turun. Trigliserida yang sangat tinggi menjadikan pankreas mendapat pankreatitis yang teruk, yang boleh membawa maut. Pankreatitis dapat mematikan sel yang menghasilkan insulin. Tanpa sel ini, badan tidak dapat menghasilkan insulin yang diperlukan untuk mengawal blood sugar.

Dalam erti kata lain, kolesterol tinggi (trigliserida tinggi), boleh menrisikokan seseorang mendapat kencing manis dalam jangka masa panjang. Selain itu, trigliserida yang sangat tinggi boleh menyebabkan masalah pada kulit. Antara yang paling biasa adalah xanthoma pada mata (selaput kekuningan). Tetapi sebaik sahaja kadar gula darah dan lemak (termasuk trigliserida) menurun, xanthoma boleh hilang. 

Jadi sekarang kita dah tahu trigliserida dihasilkan di hati. Tetapi ketika tahap trigliserida sangat tinggi, ia boleh menyebabkan pengumpulan lemak dan penyakit hati-lemak (fatty liver). Fatty liver boleh menyebabkan kerosakan hati dan sirosis. Selain mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan yang kaya dengan tumbuhan, kami syorkan NUTRIJUICE kerana ia mengandungi sekurang-kurangnya 2 gram sterol yang berupaya menurunkan trigliserida.


Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart