Apakah kolesterol ada kaitan dengan GERD?

Kolesterol dan GERD tidak mempunyai hubungan langsung, tetapi terdapat beberapa cara di mana tahap kolesterol dan GERD boleh saling mempengaruhi. Yang pertama, kolesterol tinggi, khususnya LDL (kolesterol jahat), boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Penyakit jantung, boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan masalah lain yang mungkin mengganggu fungsi sistem pencernaan.

Yang kedua, obesiti sering dikaitkan dengan tahap kolesterol tinggi. Lemak perut yang berlebihan boleh memberi tekanan pada perut, meningkatkan asid perut naik ke esofagus dan menyebabkan simptom GERD seperti pedih ulu hati.

Yang ketiga, diet tinggi lemak tepu dan kolesterol boleh menyebabkan kolesterol tinggi, dan memperburuk GERD. Makanan berlemak boleh melambatkan pengosongan perut dan merangsang pengeluaran asid perut yang berlebihan. Pemilihan makanan yang betul dapat membantu menurunkan tahap kolesterol dan juga mengurangkan simptom GERD. Suplemen berserat tinggi seperti Maaltyd dan Nutrijuice baik untuk kedua-dua pengurusan kolesterol dan kesihatan pencernaan.

Yang keempat, gaya hidup yang menyumbang kepada kolesterol tinggi, seperti diet tidak sihat, boleh mempengaruhi kesihatan pencernaan dan meningkatkan risiko GERD. Walaupun kolesterol tinggi dan GERD tidak mempunyai hubungan langsung, keduanya boleh berkait melalui kegemukan dan jenis makanan yang diambil. Menguruskan kolesterol dan menjaga berat badan boleh membantu mengurangkan risiko GERD.

Diana Ishak
Read more

Adakah mengah petunjuk lemak badan bertambah?

Mengah atau cepat penat semasa melakukan aktiviti tidak semestinya menjadi petunjuk langsung bahawa lemak badan telah bertambah. Tetapi, peningkatan berat badan secara keseluruhan boleh menyebabkan seseorang lebih cepat mengah. Ini kerana badan perlu bekerja lebih keras untuk menyokong berat tambahan dan bekalan oksigen yang diperlukan juga meningkat. Apabila berat badan yang berlebihan, jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Ini menyebabkan jantung dan paru-paru perlu berfungsi lebih intensif, yang boleh menyebabkan badan cepat penat dan sesak nafas.

Tubuh orang gemuk memerlukan lebih banyak oksigen untuk menyokong berat tambahan. Ini punca mereka cepat mengah. Orang gemuk mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi untuk menyokong keperluan tubuh yang besar. Mereka memerlukan lebih banyak oksigen ketika bergerak, menyebabkan sesak nafas lebih cepat. Tubuh mereka membakar lebih banyak kalori, dan ini membebankan sistem pernafasan terutamanya ketika melakukan aktiviti berat. Selalunya, bila berat badan bertambah, lemak yang terkumpul di sekitar organ akan bertambah juga. Lemak yang membalut paru-paru dan diafragma boleh mengehadkan pergerakan paru-paru dan menghalangnya daripada mengembang sepenuhnya. Ini menyebabkan kesukaran untuk mengambil nafas yang mencukupi.

Orang yang gemuk juga mudah mendapat tekanan darah tinggi atau hipertensi. Tekanan darah yang tinggi boleh memberi kesan kepada keupayaan jantung untuk mengepam darah dengan cekap. Ini mengakibatkan peredaran darah kurang lancar ke otot dan organ lain, menyebabkan cepat mengah. Kegemukan juga menyumbang kepada sleep apnea, di mana pernafasan terganggu semasa tidur. Lemak berlebihan di sekitar leher dan tekak juga boleh menyempitkan saluran pernafasan. Sleep apnea boleh membawa risiko yang paling membimbangkan, iaitu kematian mengejut semasa tidur. Sleep apnea boleh menyebabkan paras oksigen dalam aliran darah menurun secara mendadak, yang mengakibatkan serangan jantung atau strok semasa tidur. Pernafasan boleh terhenti dengan sendirinya dan menjadi punca meninggal ketika sedang tidur.

GreenAard TIDAK ADA produk khusus untuk memperbaiki kualiti tidur anda, tetapi kami ada GC PLUS dan NUTRIJUICE. Kedua-duanya adalah kombo terbaik untuk penurunan berat badan. NUTRIJUICE membantu merendahkan tahap trigliserida. Jika tahap trigliserida yang tinggi dalam darah, badan lebih suka membakarnya dan bukannya membakar lemak yang anda cuba hilangkan. Ini menyukarkan seseorang untuk mengurangkan berat badan kerana lemak yang sepatutnya hilang masih kekal ada dalam badan.

GC PLUS pula merupakan produk yang menghalang pembentukan lemak baru. Sebab itulah kami selalu cadangkan kombinasi kedua-dua GC PLUS dan NUTRIJUICE ini untuk yang mahu menurunkan berat badan. Jika ada masalah kegemukan, tidak mengambil sebarang ubat darah tinggi, serta tidak ada masalah tiroid dan buah pinggang, sila whatsapp 012-7728976 untuk dapatkan produk ini.

Diana Ishak
Read more

Kanak-kanak boleh mempunyai kolesterol tinggi. Benarkah?

Ya, kanak-kanak sememangnya boleh mempunyai kolesterol tinggi. Peningkatan paras kolesterol dalam kalangan kanak-kanak menjadi kebimbangan disebabkan oleh faktor genetik dan gaya hidup. Apa sebab kanak-kanak berpotensi mendapat kolesterol tinggi?

Yang pertama, genetik. Sesetengah kanak-kanak mewarisi keadaan genetik yang dikenali sebagai hiperkolesterolemia familial. Kondisi tersebut menyebabkan paras kolesterol tinggi tanpa mengira diet atau gaya hidup. Keadaan genetik ini mempengaruhi kemampuan badan untuk memproses kolesterol dengan betul, menyebabkan paras yang lebih tinggi sejak usia muda.

Yang kedua, diet dan gaya hidup. Kanak-kanak yang banyak mengambil gula mudah mendapat kolesterol tinggi. Tambahan pula di zaman sekarang, kanak-kanak tidak aktif dan hanya bermain game (handphone). Gaya hidup sedentari menyumbang kepada peningkatan berat badan dan kolesterol tinggi.

Yang ketiga, kegemukan. Kadar obesiti kanak-kanak semakin meningkat. Kegemukan menyebabkan peningkatan sindrom metabolik, seperti rintangan insulin dan kolesterol tinggi, yang semuanya meningkatkan risiko kencing manis dan jantung. Sesetengah keadaan kesihatan, seperti diabetes, hipotiroidisme, atau penyakit buah pinggang, boleh menyebabkan peningkatan paras kolesterol sebagai kesan sampingan.

Jika anda sudah ada penyakit-penyakit yang disebutkan tadi, cuba check kolesterol. Pasti kolesterol anda tinggi. Kolesterol tinggi semasa kanak-kanak boleh menyumbang kepada perkembangan awal aterosklerosis, atau pengerasan arteri. Arteri yang mengeras meningkatkan kemungkinan masalah kardiovaskular pada masa akan datang. Ini kerana pengumpulan kolesterol berlaku secara beransur-ansur, dan peningkatan sedikit dalam kolesterol pada usia muda boleh memberi kesan jangka panjang yang ketara jika tidak dirawat.

Bolehkah Nutrijuice diambil oleh kanak-kanak?

Ya, boleh. Nutrijuice bukan ubat. Ia adalah makanan tambahan yang selamat di semua peringkat usia. Tetapi untuk kanak-kanak, hanya perlu 1 sudu makan sehari sahaja.

Diana Ishak
Read more

Bacaan Tekanan Darah yang Baik untuk Usia 40-an

Untuk seseorang yang berusia 40-an, bacaan tekanan darah yang ideal adalah sekitar 120/80 mmHg. Bacaan ini menunjukkan tekanan darah sistolik (nombor atas) dan diastolik (nombor bawah) berada dalam julat normal. Tekanan sistolik ialah tekanan apabila jantung mengepam darah, manakala tekanan diastolik ialah tekanan ketika jantung berada dalam keadaan rehat antara denyutan. Walau bagaimanapun, bacaan tekanan darah yang 120–129 / <80 mmHg masih dianggap normal. Tetapi apabila tekanan sistolik melebihi 130 mmHg atau tekanan diastolik melebihi 80 mmHg, anda dikategorikan sebagai mempunyai tekanan darah tinggi.

Apabila seseorang mempunyai tekanan darah tinggi, tekanan dikenakan ke atas dinding arteri. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan arteri dan dinding arteri menjadi keras (aterosklerosis). Aterosklerosis boleh menyebabkan arteri sempit, mengurangkan aliran darah, dan meningkatkan risiko serangan jantung atau strok. Tekanan darah tinggi yang tak dikawal boleh menyempitkan arteri di sekitar buah pinggang. Lambat laun boleh merosakkan fungsinya, menyebabkan penyakit buah pinggang.

Tekanan darah tinggi juga boleh merosakkan salur darah kecil di mata, menyebabkan masalah penglihatan atau kebutaan. Tekanan darah tinggi selalunya berkait rapat dengan kolesterol tinggi. Kolesterol yang tinggi menyebabkan pengumpulan plak di dinding arteri, menjadikannya sempit dan mengeras. Ini menyukarkan jantung untuk mengepam darah, yang menyebabkan tekanan darah meningkat. Pengumpulan plak boleh menyebabkan penyakit jantung koronari dan serangan jantung.

Tekanan darah tinggi juga mempunyai kaitan dengan diabetes. Tekanan darah tinggi dan diabetes adalah keadaan yang sering muncul bersama kerana kedua-duanya berkongsi faktor risiko yang sama iaitu berat badan berlebihan. Tekanan darah tinggi boleh memperburukkan rintangan insulin, iaitu keadaan di mana sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin. Sebaliknya, diabetes yang tidak terkawal juga boleh merosakkan salur darah dan meningkatkan risiko mendapat tekanan darah tinggi. Sekiranya kolesterol anda tinggi, rawat ini dahulu kerana kolesterol yang tak distabilkan meninggikan risiko mendapat tekanan darah tinggi, yang kemudiannya berpotensi mendapat penyakit 3 serangkai.

GreenAard mencadangkan Nutrijuice untuk menstabilkan paras kolesterol. Nutrijuice mempunyai phytosterol. Phytosterol bersaing dengan kolesterol dalam usus untuk diserap. Oleh kerana struktur kimianya hampir sama dengan kolesterol, phytosterol menghalang penyerapan kolesterol dari makanan. Ini menyebabkan lebih banyak kolesterol dikeluarkan dari badan melalui najis, seterusnya mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

Diana Ishak
Read more

Bagaimana berat badan mempengaruhi kolesterol

Berat badan boleh mempengaruhi tahap kolesterol dalam tubuh. Individu yang obesiti atau kegemukan melampau cenderung mempunyai tahap kolesterol LDL (jahat) yang lebih tinggi. Kenapa?

Ini kerana sel-sel lemak dalam tisu lemak boleh menghasilkan lebih banyak kolesterol LDL kerana sel lemak dapat membuat kolesterol mereka sendiri. Kolesterol yang dihasilkan oleh sel lemak kemudian dilepaskan ke dalam darah. Obesiti juga boleh mengurangkan tahap kolesterol HDL (baik) dalam darah. Caranya?

Begini. Obesiti sering dikaitkan dengan keradangan kronik dalam badan. Keradangan kronik boleh menghalang pengeluaran kolesterol HDL. Keradangan juga mengurangkan keupayaan HDL untuk menjalankan fungsi pentingnya iaitu membersihkan kolesterol jahat daripada arteri. Boleh faham sekarang kenapa kegemukan dan kolesterol saling berkait?

Selain obesiti, stres yang berterusan boleh mempengaruhi berat badan dan tahap kolesterol. Stres boleh merangsang pelepasan hormon tertentu yang boleh meningkatkan pengeluaran kolesterol oleh badan. Stres merangsang pelepasan hormon kortisol dan adrenalin. Kortisol adalah hormon stress utama, dan ia dapat memengaruhi metabolisme lemak. Kortisol dapat memicu pelepasan glukosa dari hati, yang meningkatkan kadar gula dalam darah pula. Ini dapat memicu pula pelepasan kolesterol jahat oleh hati, yang dapat kemudian meningkatkan peningkatan kolesterol jahat dalam darah.

Now, dah faham pula kaitan stress dengan kolesterol, kan? Penting untuk diingat bahawa kesan stress dan berat badan ke atas paras kolesterol jahat boleh berbeza bagi setiap orang dan dipengaruhi oleh faktor lain seperti faktor genetik dan diet keseluruhan. Cara mudah untuk mengekalkan tahap kolesterol yang sihat, adalah dengan menguruskan stress dan berat badan.

Basic Value Pack adalah kombo khusus untuk mengawal berat badan dan menyeimbangkan kolesterol sekaligus. Seseorang yang sukar menurunkan berat badan, pasti kolesterolnya tinggi. Dan seseorang yang berkolesterol tinggi, pasti bodyfatnya tinggi, walaupun penampilannya kurus.
Diana Ishak
Read more

Jika anda menghidap kencing manis, anda mungkin mempunyai kolesterol yang tinggi.

Seseorang yang menghidap kencing manis, badannya tidak mengawal glukosa (gula) seperti yang sepatutnya. Itu menyebabkan tahap glukosa tinggi dalam darah. Tahap glukosa yang tinggi menyumbang kepada keadaan kesihatan yang lain, termasuk kolesterol tinggi. Diabetes merosakkan lapisan arteri. Ini bermakna kolesterol akan melekat pada mereka, menjadikannya sempit atau tersumbat. Ini biasanya dipanggil 'dislipidemia' dan bermakna arteri lebih cenderung menjadi sempit atau tersumbat.

Salah satu sebab lain pesakit kencing manis cenderung mendapat sakit jantung adalah kerana mereka mempunyai kolesterol LDL (kolesterol jahat) yang lebih besar. Ini memberi lebih banyak peluang kolesterol LDL membentuk plak dalam arteri. Ramai penghidap diabetes mengambil statin (ubat kolesterol) untuk membantu mengurangkan risiko mendapat serangan jantung atau strok. Pesakit kencing manis yang mahu mencuba Nutrijuice, tidak ada halangan jika mahu mencuba kerana Nutrijuice mengandungi stevia yang tidak memberi lonjakan pada gula darah. Boleh cuba dahulu Nutrijuice selama 2-3 bulan dan lihat progress penurunan kolesterol anda.
Diana Ishak
Read more

Pengguna NUTRIJUICE patut tahu ini.

Kebanyakan kolesterol yang terdapat dalam saluran usus BUKAN berasal dari pengambilan makanan berkolesterol tetapi masuk ke dalam usus sebagai sebahagian daripada hempedu. Bermakna, walaupun anda tidak mengambil sebarang makanan yang mengandungi kolesterol, masih terdapat sejumlah besar kolesterol dalam usus. Maka, ketika dalam proses menurunkan kolesterol dengan Nutrijuice, elakkan makanan yang kaya dengan kolesterol seperti telur, daging organ, dan kerang. Boleh makan kalau mahu, tetapi lebih baik stop seketika kerana kolesterol anda sedang tinggi.

Tingkatkan pengambilan buah dan sayur kerana makanan ini ada sterol dan stanol. Walaupun konsentrasi sterol dan stanol dalam buah dan sayur tidak sebanyak Nutrijuice, itu lebih baik daripada makan makanan yang menambahkan kolesterol. Nutrijuice ada STEROL yang berfungsi menyerap kolesterol dalam darah. 1.2g sterol tumbuhan TERBUKTI merendahkan kolesterol dengan menghalang penyerapan kolesterol oleh badan. Sterol tumbuhan menjadikan kolesterol dalam badan manusia sebagai makanannya. Sebab itulah pengguna Nutrijuice mendapati produk ini berkesan menurunkan kolesterol dengan baik.
Diana Ishak
Read more

Apa kaitan sakit dada (angina) dengan kolesterol?

Angina adalah sejenis sakit dada yang disebabkan oleh pengurangan aliran darah ke jantung. 

Jenis 1: Angina Stabil
Angina Stabil adalah angina yang paling biasa. Berlaku semasa beraktiviti dan hilang dengan rehat. Contohnya, sakit yang timbul apabila mendaki bukit atau dalam cuaca sejuk. Kesakitan Angina Stabil biasanya berlangsung dalam masa yang singkat, mungkin lima minit atau kurang.

Jenis 2: Angina Tidak Stabil
Angina jenis ini berlaku semasa berehat. Sakitnya lebih teruk dan berlansung lebih lama, mungkin 20 minit atau lebih. Kesakitan Angina Tidak Stabil tidak hilang dengan rehat atau ubat. Jika aliran darah tidak bertambah baik, jantung kekurangan oksigen dan serangan jantung berlaku. 

Kolesterol tinggi boleh menyebabkan pengumpulan plak kolesterol dan mendapan lain pada dinding arteri. Mendapan (plak) ini boleh mengurangkan aliran darah melalui arteri yang boleh menyebabkan komplikasi seperti angina, serangan jantung dan strok. Orang yang gemuk seringkali dikaitkan dengan kolesterol yang tinggi. Ada benarnya. Tetapi, berbadan kurus juga boleh ada kolesterol tinggi. Bagaimana ia boleh berlaku?

Begini. Kolesterol bukan sahaja terbentuk akibat banyak makan, tetapi juga stress. Stress dalam jangka masa yang lama boleh meningkatkan risiko kolesterol tinggi dan juga penyakit jantung. Apabila stress, badan mengeluarkan kortisol (hormon stress). A little stress may even be good for you but constant stress is another story. Jika stress tidak berhenti dan berlansung dengan lama, hormon kortisol akan kekal pada paras yang tinggi dan memberi tekanan berbahaya pada jantung. Tahap kortisol yang tinggi daripada stress yang berpanjangan boleh menyebabkan kolesterol dalam darah meningkat. Jika tahap stress yang tinggi adalah sebahagian daripada kehidupan harian anda, anda berisiko untuk ada kolesterol tinggi.

Ada hubungan antara stress dan kolesterol. Ia terletak pada cara seseorang mengendalikan stress. Selalunya dalam tempoh-tempoh sukar, seseorang yang stress cenderung makan makanan yang tidak sihat dan menambah berat badan. Semua ini meningkatkan risiko kolesterol tinggi. Jika anda sudah mempunyai kolesterol tinggi, stress boleh memburukkan lagi. 

Sebuah kajian terhadap 208 pelajar kolej yang berumur 30 tahun ke bawah. Ujian darah diambil semasa peperiksaan mereka. Pada masa yang tertekan ini, pelajar menunjukkan tahap kortisol, adrenalin, dan kolesterol yang lebih tinggi, termasuk kolesterol total dan LDL. Itu menunjukkan bahawa peningkatan kolesterol boleh berlaku pada sesiapa sahaja, dan tidak semestinya kerana badan anda gemuk. NUTRIJUICE boleh diambil tidak kira berapa umur anda. Ia bukan ubat-ubatan, hanyalah makanan tambahan. NUTRIJUICE mengandungi sterol tumbuhan. Kolesterol adalah 'makanan' untuk sterol. Ketika sterol masuk ke dalam badan, ia akan menyerap kolesterol dan menyingkirkannya dari badan.

Diana Ishak
Read more

"Kak Di! Kolesterol saya naik mendadak. Saya nak cuba Nutrijuice"

Baru-baru ini seorang pengguna GC Plus berkongsi weight loss card tracker yang menunjukkan penurunan ukuran pinggang dari 34.5 kepada 32 inci dalam masa 10 hari. Seminggu selepas itu beliau membuat ujian kolesterol dan mendapati bacaan kolesterolnya meningkat, lalu dia ingin mengambil Nutrijuice pula. Ok listen. Buat mereka yang sedang menurunkan berat badan, it is NORMAL sekiranya bacaan kolesterol meningkat. Individu yang berlebihan berat badan berisiko mendapat kolesterol yang lebih tinggi yang boleh meningkatkan risiko mereka untuk penyakit kardiovaskular. Atas sebab itu, penurunan berat badan sering disyorkan untuk membantu menurunkan kolesterol.

Walaupun penurunan berat badan adalah cara yang berkesan untuk menurunkan kolesterol, ia boleh meningkatkan kolesterol buat sementara waktu. Here's why...Jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan dan paras kolesterol darah meningkat, walaupun berat badan turun, jangan panik. It’s completely normal untuk paras kolesterol meningkat buat sementara waktu kerana badan sedang membakar lemak yang tersimpan. Bacaan kolesterol akan berubah-ubah dalam tempoh penurunan berat badan, sehinggalah berat badan stabil. Ini mungkin berlansung selama 12-24 minggu (3-6 bulan). Selepas tempoh tersebut paras kolesterol berpeluang untuk kembali normal.

Apabila menurunkan berat badan, kita menggerakkan lemak yang disimpan, jadi kolesterol yang disimpan dalam tisu lemak akan dilepaskan ke dalam darah menyebabkan peningkatan sementara dalam paras kolesterol. Kesan ini tidak kekal dan paras kolesterol biasanya akan berkurangan apabila berat badan stabil. Maksudnya, jika sebelum ini kolesterol anda normal tetapi ketika menurunkan berat badan ia meningkat tinggi, cuba bertenang dulu. Tidak perlu ambil Nutrijuice. Tetapi jika anda telah mencapai matlamat berat badan dan kolesterol kekal tinggi, mungkin pada ketika itu boleh mula ambil Nutrijuice.
Diana Ishak
Read more

Bagaimana trigliserida menyukarkan seseorang untuk menurunkan berat badan.

Jika pernah cuba menurunkan berat badan dan tidak berjaya, you know how frustrating it can be. Banyak faktor yang menyumbang kepada berat badan yang sukar diturunkan tetapi jarang orang terfikirkan tentang trigliserida. Trigliserida ialah sejenis lemak yang terdapat dalam darah. Apabila seseorang makan banyak kalori lebih dari keperluan badan, badan menyimpan lebihan ini sebagai trigliserida. Trigliserida ini kemudiannya dilepaskan ke dalam aliran darah apabila badan memerlukan tenaga. Walau bagaimanapun, jika badan tidak menggunakan semua tenaga ini, trigliserida boleh terkumpul dari masa ke masa, membawa kepada tahap yang tinggi dalam darah.

Jadi, apa kaitannya dengan penurunan berat badan? Well, apabila seseorang cuba menurunkan berat badan, badan perlu membakar lebih banyak kalori daripada yang diambil. Tetapi jika mempunyai tahap trigliserida yang tinggi, badan lebih cenderung membakar trigliserida sebagai sumber tenaga dan bukannya membakar lemak yang anda cuba hilangkan. Ini boleh menyukarkan seseorang untuk mengurangkan berat badan.

Bukan itu sahaja, tahap trigliserida yang tinggi juga dikaitkan dengan rintangan insulin, yang boleh menyukarkan badan menurunkan berat. Rintangan insulin adalah keadaan yang berlaku apabila sel-sel dalam badan menjadi kurang responsif terhadap insulin. Ini boleh menghalang usaha penurunan berat badan kerana insulin adalah hormon yang membantu mengawal penyimpanan lemak dalam badan. Apabila rintangan insulin hadir, badan memegang lemak, menjadikannya sukar untuk menurunkan berat badan.

The good news is, terdapat langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap trigliserida dan menggalakkan penurunan berat badan. Yang pertama, makan diet rendah gula. Ini boleh membantu menurunkan trigliserida. Yang kedua, ubat statin (ubat kolesterol) mungkin disyorkan oleh doktor untuk membantu menguruskan tahap trigliserida. Yang ketiga, suplemen tertentu seperti NUTRIJUICE boleh membantu menurunkan paras trigliserida. Ini sudah terbukti.
Diana Ishak
Read more

Menguruskan Kolesterol Dengan Ubat atau Rawatan Alternatif?

Masalah kolesterol tinggi adalah isu biasa di seluruh dunia. Walaupun genetik memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kolesterol, gaya hidup seperti diet, senaman dan tahap tekanan juga boleh memberi kesan kepada paras kolesterol. Mengekalkan tahap kolesterol yang sihat adalah penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Jika seseorang telah didiagnosis dengan kolesterol tinggi, doktor mungkin mengesyorkan ubat seperti:
  • statin
  • penyerap kolesterol
  • penyerap asid hempedu, atau
  • perencat PCSK9 (inhibitors)

Ubat-ubatan tersebut berfungsi dengan cara menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain daripada ubat-ubatan, terdapat rawatan alternatif yang bersita "ubat semula jadi" yang boleh membantu menguruskan tahap kolesterol. "Ubat semula jadi" ini termasuklah perubahan diet, suplemen dan ubat herba.

Kajian telah menunjukkan bahawa diet berasaskan tumbuhan boleh membantu menurunkan paras kolesterol. Sterol tumbuhan adalah sebatian semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan yang telah dikaji dan dibuktikan kesan penurunan kolesterol pada manusia. Mana bukti kajian?

Ada. 

Kajian 1: Ras et al. (2014)
Kajian ini, yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Jantung Amerika, mengkaji kesan sterol tumbuhan pada paras kolesterol pada individu dengan hiperkolesterolemia. Para penyelidik mendapati bahawa mengambil 2 gram sterol tumbuhan setiap hari membawa kepada pengurangan dalam tahap kolesterol LDL (jahat).

Kajian 2: Gylling et al. (2014)
Dalam kajian terbitan European Journal of Clinical Nutrition, penyelidik mengkaji kesan sterol tumbuhan pada individu yang mengalami sindrom metabolik. Para peserta mengambil diet yang ditambah dengan sterol tumbuhan selama 12 minggu. Kajian tersebut menunjukkan bahawa sterol tumbuhan berjaya mengurangkan tahap kolesterol LDL dengan ketara pada individu yang mengalami sindrom metabolik.

Mesti ada yang nak tahu bagaimana cara sterol tumbuhan menurunkan kolesterol dalam badan manusia, betul tak? Caranya, sterol tumbuhan menyekat penyerapan kolesterol dalam usus kecil. Apabila kita makan makanan yang mengandungi kolesterol, ia diserap ke dalam aliran darah melalui dinding usus dan dibawa ke hati. Hati kemudiannya menghasilkan hempedu, yang membantu memecahkan kolesterol dan mengeluarkannya dari badan. Walau bagaimanapun, apabila sterol tumbuhan hadir, ia bersaing dengan kolesterol untuk diserap ke dalam aliran darah. Ini bermakna kurang kolesterol yang diserap, dan lebih banyak dibuang ke dalam najis. 

Ujian klinikal telah menunjukkan bahawa pengambilan 2-3 gram sterol tumbuhan setiap hari boleh menurunkan tahap kolesterol LDL (jahat) sehingga 10%. Ini bersamaan dengan pengurangan yang dicapai oleh beberapa ubat kolesterol. Nutrijuice ada kandungan sterol yang optimum untuk menurunkan kolesterol tinggi dalam badan. Tetapi, tidak bermakna ambil 1-2 botol Nutrijuice sudah memadai. Tidak, ya. Jika kolesterol anda sudah tinggi, sudah pasti memerlukan masa untuk ia kembali ke tahap normal. Lagipun, setiap hari anda masih makan. Makanan yang dimakan ada kolesterolnya sendiri. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa walaupun Nutrijuice (sterol tumbuhan) memang berkesan dalam mengurangkan tahap kolesterol, ia tidak boleh digunakan sebagai pengganti diet. Maksudnya, makan Nutrijuice tetapi jika tidak menjaga pemakanan yang lain, progres penurunan kolesterol mungkin terganggu.

Diana Ishak
Read more

"Kak Di, kalau LDL saya tinggi boleh ambil Nutrijuice tak?"

Ok, ni mesti kes Kak Di explain tentang triglycerides, orang ingat Nutrijuice hanya untuk turunkan triglycerides. Jika anda telah menjalani ujian kolesterol, laporan dengan nombor dan istilah berbeza mungkin mengelirukan. Memahami nombor ini adalah penting untuk menilai risiko kesihatan dan membuat rawatan yang sesuai. Dalam kolesterol report selalunya ada 4 perkara ni:

  • Total cholesterol
  • LDL cholesterol
  • HDL cholesterol
  • Tryglycerides

Semua tadi adalah KOLESTEROL. Maka, ketika Nutrijuice membantu menurunkan kolesterol, bermakna dia membantu menurunkan LDL, HDL dan triglycerides sekaligus. TOTAL CHOLESTEROL ialah jumlah semua jenis kolesterol dalam darah, termasuk LDL dan HDL. Jumlah tahap kolesterol yang tinggi bermakna anda mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih tinggi. However, this number alone won't tell you everything you need to know.

LDL dirujuk sebagai kolesterol "jahat" kerana ia membentuk plak dalam arteri, meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Pembentukan plak menyempitkan arteri dan menyekat aliran darah. Jika bekuan darah terbentuk dan menyekat arteri, serangan jantung atau strok boleh berlaku. Oleh itu, jika paras LDL tinggi, ini adalah perkara yang perlu dibimbangkan. HDL sebaliknya dipanggil kolesterol "baik" kerana ia membantu mengeluarkan kolesterol LDL dari darah. Tahap HDL yang lebih tinggi boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

TRIGLYCERIDES adalah sejenis lemak yang terdapat dalam aliran darah yang boleh menyumbang kepada pembentukan plak dalam arteri. Tahap trigliserida yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Trigliserida yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang tinggi dikenali sebagai dislipidemia, yang meninggikan risiko seseorang mendapat penyakit jantung. Tahap trigliserida yang tinggi juga menyumbang kepada pankreatitis (keradangan pankreas).

Perlu faham bahawa kolesterol bukan penyakit. Walau bagaimanapun, paras kolesterol yang tinggi boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Maka, merawat punca kepada penyakit adalah penting. Jika kolesterol anda tinggi, whatsapp kami sekarang untuk cuba Nutrijuice.

Diana Ishak
Read more
104 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart