"Saya Menghidap Hiperkolesterolemia Familial. Bolehkah Ambil Nutrijuice?"

Hiperkolesterolemia familial (HF) adalah sejenis keadaan genetik yang menyebabkan kadar kolesterol darah yang sangat tinggi. Pesakit dengan hiperkolesterolemia familial biasanya mempunyai kadar kolesterol yang sangat tinggi disebabkan oleh faktor genetik. Penggunaan Nutrijuice yang mengandungi fitosterol boleh menjadi pilihan tambahan untuk membantu menurunkan kolesterol. Nutrijuice mengandungi fitosterol, yang diketahui dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.

Namun, fitosterol hanya berkesan untuk mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Untuk pesakit hiperkolesterolemia, mereka boleh mengambil Nutrijuice sebagai pelengkap kepada rawatan utama seperti statin atau ubat lain yang digunakan. Bagi pesakit hiperkolesterolemia, fitosterol dalam Nutrijuice tidak cukup kuat untuk menurunkan kolesterol. Pesakit perlu rawatan dengan statin atau ubat lain yang lebih efektif. Nutrijuice mungkin lebih sesuai sebagai pelengkap kepada rawatan utama, bukan sebagai pengganti.

Kesimpulannya, pesakit dengan hiperkolesterolemia familial boleh mempertimbangkan untuk mengambil Nutrijuice sebagai tambahan kepada rawatan tetapi perlu mendapatkan nasihat doktor. Bagi individu yang belum disarankan mengambil ubat kolesterol tetapi ingin menurunkan tahap kolesterol, Nutrijuice adalah pilihan yang sesuai.

Fitosterol adalah bahan semula jadi yang terdapat dalam tumbuhan dan telah terbukti membantu menurunkan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Fitosterol menghalang badan menyerap kolesterol dari makanan dalam usus. Apabila kolesterol dari makanan kurang diserap, lebih banyak kolesterol dikeluarkan daripada badan, menyebabkan tahap kolesterol dalam darah menurun. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan fitosterol sebanyak 2-3 gram sehari boleh mengurangkan kolesterol LDL sehingga 10-15%.

Untuk keberkesanan maksimum, Nutrijuice perlu diambil secara konsisten setiap hari selama sekurang-kurangnya 6-8 minggu. Selepas tempoh tersebut, anda boleh memeriksa tahap kolesterol untuk melihat perubahan. Ambil Nutrijuice sebelum makan atau bersama makanan untuk membantu keberkesanan fitosterol.

Diana Ishak
Read more

Saya Ada Kolesterol Tinggi. Nak Cuba Nutrijuice, Tapi Saya Ada GERD

Gastroesophageal reflux disease (GERD) dan kolesterol tinggi adalah dua masalah kesihatan yang berbeza, tetapi ada hubungan tidak langsung antara kedua-duanya. GERD adalah keadaan di mana asid perut naik ke esofagus (saluran makanan), menyebabkan gejala seperti pedih ulu hati (heartburn) atau sakit dada. Ini berlaku apabila otot yang mengawal pembukaan antara esofagus dan perut (sphincter esofagus bawah) tidak berfungsi dengan baik, membolehkan asid perut naik ke atas.

Kegemukan adalah faktor risiko untuk kedua-dua GERD dan kolesterol tinggi. Berat badan berlebihan memberi tekanan pada perut, menyebabkan asid perut lebih mudah naik ke esofagus, yang memperburukkan gejala GERD. Dalam masa yang sama, kegemukan juga meningkatkan tahap kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida dalam darah, meningkatkan risiko kolesterol tinggi.

Bagi pesakit GERD, kedua-dua kolesterol dan berat badan perlu dipertimbangkan, tetapi fokus utama adalah menguruskan berat badan terlebih dahulu. Penurunan berat badan dapat membantu meningkatkan fungsi otot sphincter esofagus bawah (LES), yang mengawal pembukaan antara esofagus dan perut. Dengan otot LES yang lebih kuat, ia lebih cenderung menahan asid perut dalam perut, sekali gus mengurangkan simptom GERD seperti pedih ulu hati, kembung, dan sakit dada.

Menurunkan berat badan juga dapat mengurangkan keperluan untuk ubat-ubatan atau penggunaannya dalam jangka masa panjang. Walaupun kolesterol tinggi penting untuk diuruskan, ia bukan penyebab langsung GERD. Namun, bagi pesakit GERD yang juga mempunyai kolesterol tinggi, pengurusan kedua-dua masalah ini adalah perlu.

Jika anda mempunyai GERD dan kolesterol tinggi, YA, anda boleh mencuba Nutrijuice sebagai sebahagian daripada usaha menguruskan kolesterol anda. Namun, pastikan fokus utama adalah menurunkan berat badan terlebih dahulu kerana ini akan membantu mengurangkan simptom GERD dan memperbaiki kesihatan secara keseluruhan.

Diana Ishak
Read more

Apakah kolesterol ada kaitan dengan GERD?

Kolesterol dan GERD tidak mempunyai hubungan langsung, tetapi terdapat beberapa cara di mana tahap kolesterol dan GERD boleh saling mempengaruhi. Yang pertama, kolesterol tinggi, khususnya LDL (kolesterol jahat), boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Penyakit jantung, boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan masalah lain yang mungkin mengganggu fungsi sistem pencernaan.

Yang kedua, obesiti sering dikaitkan dengan tahap kolesterol tinggi. Lemak perut yang berlebihan boleh memberi tekanan pada perut, meningkatkan asid perut naik ke esofagus dan menyebabkan simptom GERD seperti pedih ulu hati.

Yang ketiga, diet tinggi lemak tepu dan kolesterol boleh menyebabkan kolesterol tinggi, dan memperburuk GERD. Makanan berlemak boleh melambatkan pengosongan perut dan merangsang pengeluaran asid perut yang berlebihan. Pemilihan makanan yang betul dapat membantu menurunkan tahap kolesterol dan juga mengurangkan simptom GERD. Suplemen berserat tinggi seperti Maaltyd dan Nutrijuice baik untuk kedua-dua pengurusan kolesterol dan kesihatan pencernaan.

Yang keempat, gaya hidup yang menyumbang kepada kolesterol tinggi, seperti diet tidak sihat, boleh mempengaruhi kesihatan pencernaan dan meningkatkan risiko GERD. Walaupun kolesterol tinggi dan GERD tidak mempunyai hubungan langsung, keduanya boleh berkait melalui kegemukan dan jenis makanan yang diambil. Menguruskan kolesterol dan menjaga berat badan boleh membantu mengurangkan risiko GERD.

Diana Ishak
Read more

Berat badan saya menurun tetapi kenapa kolesterol meningkat?

Menurunkan berat badan adalah berbeza bagi setiap orang. Ia memerlukan perhatian yang berterusan terhadap bagaimana badan bertindak balas terhadap teknik penurunan berat badan. Banyak hal boleh berlaku semasa proses penurunan berat badan. Ini ada kaitan dengan genetik dan gabungan faktor biologi dan persekitaran. Kerana tindak balas badan setiap orang berbeza, maka penting untuk mengetahui petunjuk yang badan berikan.

Salah satunya adalah peningkatan kolesterol walaupun telah menurunkan berat badan. Kolesterol yang meningkat semasa penurunan berat badan is not always a cause for concern. Dalam beberapa kes, it’s completely normal. Jika seseorang kurang mengambil makanan berkarbohidrat, kolesterol akan meningkat walaupun berat badan menunjukkan penurunan.

Tahap kolesterol boleh meningkat ketika menurunkan berat badan. Ini disebabkan oleh pengecutan sel-sel lemak. Sel lemak dan kolesterol dalam tisu lemak menjadi loose (displaced) ketika sel lemak mengecut. Mereka dibebaskan dalam aliran darah, yang menyebabkan kolesterol meningkat. Tahap kolesterol akan menurun setelah berat badan stabil. Sekiranya tahap kolesterol tetap tinggi, mungkin ada faktor lain yang menyumbang. Contohnya, ketika menjalani diet seseorang cenderung memakan makanan yang ringkas tanpa disedari makanan ringkas itu boleh jadi makanan diproses dan kandungan gulanya tinggi (walaupun tidak manis).

Sekiranya berdiet tetapi kadar kolesterol konsisten meningkat, mungkin ada penyebab lain, contohnya:
  • sejarah keluarga dengan penyakit jantung, diabetes dan strok, menyumbang kepada risiko kolesterol tinggi.
  • faktor genetik meningkatkan risiko kolesterol tinggi. Ia meningkat seiring usia.
  • hiperkolesterolemia iaitu keadaan yang menyebabkan seseorang mempunyai kolesterol tinggi walaupun mengamalkan gaya hidup sihat.
Nutrijuice adalah produk khas untuk kolesterol. Ia telah membantu ramai pengguna mendapatkan kolesterol yang ideal/normal selepas beberapa botol penggunaan (bergantung kepada seberapa tinggi bacaan kolesterol anda sekarang).
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart