Adakah mengah petunjuk lemak badan bertambah?
Mengah atau cepat penat semasa melakukan aktiviti tidak semestinya menjadi petunjuk langsung bahawa lemak badan telah bertambah. Tetapi, peningkatan berat badan secara keseluruhan boleh menyebabkan seseorang lebih cepat mengah. Ini kerana badan perlu bekerja lebih keras untuk menyokong berat tambahan dan bekalan oksigen yang diperlukan juga meningkat. Apabila berat badan yang berlebihan, jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Ini menyebabkan jantung dan paru-paru perlu berfungsi lebih intensif, yang boleh menyebabkan badan cepat penat dan sesak nafas.
Tubuh orang gemuk memerlukan lebih banyak oksigen untuk menyokong berat tambahan. Ini punca mereka cepat mengah. Orang gemuk mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi untuk menyokong keperluan tubuh yang besar. Mereka memerlukan lebih banyak oksigen ketika bergerak, menyebabkan sesak nafas lebih cepat. Tubuh mereka membakar lebih banyak kalori, dan ini membebankan sistem pernafasan terutamanya ketika melakukan aktiviti berat. Selalunya, bila berat badan bertambah, lemak yang terkumpul di sekitar organ akan bertambah juga. Lemak yang membalut paru-paru dan diafragma boleh mengehadkan pergerakan paru-paru dan menghalangnya daripada mengembang sepenuhnya. Ini menyebabkan kesukaran untuk mengambil nafas yang mencukupi.
Orang yang gemuk juga mudah mendapat tekanan darah tinggi atau hipertensi. Tekanan darah yang tinggi boleh memberi kesan kepada keupayaan jantung untuk mengepam darah dengan cekap. Ini mengakibatkan peredaran darah kurang lancar ke otot dan organ lain, menyebabkan cepat mengah. Kegemukan juga menyumbang kepada sleep apnea, di mana pernafasan terganggu semasa tidur. Lemak berlebihan di sekitar leher dan tekak juga boleh menyempitkan saluran pernafasan. Sleep apnea boleh membawa risiko yang paling membimbangkan, iaitu kematian mengejut semasa tidur. Sleep apnea boleh menyebabkan paras oksigen dalam aliran darah menurun secara mendadak, yang mengakibatkan serangan jantung atau strok semasa tidur. Pernafasan boleh terhenti dengan sendirinya dan menjadi punca meninggal ketika sedang tidur.
GreenAard TIDAK ADA produk khusus untuk memperbaiki kualiti tidur anda, tetapi kami ada GC PLUS dan NUTRIJUICE. Kedua-duanya adalah kombo terbaik untuk penurunan berat badan. NUTRIJUICE membantu merendahkan tahap trigliserida. Jika tahap trigliserida yang tinggi dalam darah, badan lebih suka membakarnya dan bukannya membakar lemak yang anda cuba hilangkan. Ini menyukarkan seseorang untuk mengurangkan berat badan kerana lemak yang sepatutnya hilang masih kekal ada dalam badan.
GC PLUS pula merupakan produk yang menghalang pembentukan lemak baru. Sebab itulah kami selalu cadangkan kombinasi kedua-dua GC PLUS dan NUTRIJUICE ini untuk yang mahu menurunkan berat badan. Jika ada masalah kegemukan, tidak mengambil sebarang ubat darah tinggi, serta tidak ada masalah tiroid dan buah pinggang, sila whatsapp 012-7728976 untuk dapatkan produk ini.