Bolehkah Nutrijuice merawat gout?

Dalam Nutrijuice ada phytosterol. Phytosterol dapat mengurangkan kolesterol LDL (jahat) dalam darah. Tetapi, adakah phytosterol juga boleh membantu memperbaiki simptom gout? Gout adalah sejenis arthritis yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam sendi. Apabila tahap asid urik dalam darah terlalu tinggi, ia boleh membentuk kristal yang tajam dalam sendi, menyebabkan keradangan, bengkak, dan kesakitan yang teruk.

Kajian menunjukkan bahawa kolesterol tinggi boleh menyumbang kepada peningkatan asid urik dalam badan. Ini berlaku kerana kolesterol terlibat dalam sintesis purin (purin adalah penyumbang kepada asid urik). Oleh itu, dengan mengurangkan tahap kolesterol, pengeluaran asid urik juga boleh diturunkan, seterusnya mengurangkan pembentukan kristal asid urik dalam sendi. Nutrijuice bertindak dengan cara bersaing dengan kolesterol untuk penyerapan dalam usus kecil. Apabila anda mengambil Nutrijuice yang kaya dengan phytosterol, sterol tumbuhan ini menghalang penyerapan kolesterol dalam usus, yang membawa kepada penurunan tahap kolesterol LDL dalam darah.

Dengan pengurangan tahap kolesterol, terdapat potensi penurunan tahap asid urik dalam darah. Secara tidak langsung, dengan menurunkan tahap kolesterol, phytosterol dalam Nutrijuice membantu mengurangkan tahap asid urik dalam darah. Berikut adalah beberapa cara bagaimana ini boleh memperbaiki simptom gout:

- Dengan menurunkan kolesterol, penghasilan asid urik berkurangan

- Pengurangan kolesterol meningkatkan aliran darah lantas menyingkirkan asid urik dari badan

- phytosterol mempunyai sifat anti-radang. Mengurangkan keradangan membantu mengurangkan bengkak gout

Beberapa kajian klinikal telah menunjukkan bahawa pengambilan 2-3 gram phytosterol setiap hari boleh menurunkan tahap kolesterol LDL sehingga 10%. Walaupun kajian mengenai kesan phytosterol terhadap gout masih terhad, pengurangan kolesterol yang signifikan boleh memberikan manfaat kepada orang yang mengalami gout. Kesimpulannya, Nutrijuice BOLEH memperbaiki simptom gout secara tidak langsung dengan mengurangkan tahap kolesterol LDL dalam darah.

Diana Ishak
Read more

GOUT - Tips semulajadi untuk mengurangkan tahap asid urik dalam badan.

Pembentukan asid urik pada sendi, kulit dan buah pinggang akan menyebabkan GOUT. Gout boleh menyerang sendi pada tangan, jari kaki, lutut, pergelangan kaki dan pergelangan tangan. Simptom gout:
  • sakit mencucuk-cucuk pada sendi
  • radang pada sendi
  • bengkak pada bahagian badan tertentu
Faktor UTAMA di bawah boleh menambahkan kandungan asid uric dalam badan. Bermaksud, golongan ini berisiko mendapat gout:
  • kerosakan buah pinggang
  • genetik (keturunan)
  • penurunan berat badan yang mendadak
  • hypertension
  • kencing manis
  • diet yang tak seimbang
Faktor sampingan yang lain, yang menyumbang kepada risiko gout adalah kurang aktif, pengambilan aspirin yang kerap, stress, kurang air dan SUKA MENAHAN LAPAR. Enam resepi bagi mencegah gout:
  • Rebus 2 ulas BAWANG PUTIH bersama satu setengah cawan susu. Ulang resepi ini selama 15 hari berturut-turut.
  • Campur setengah sudu kecil SAFFRON dalam secawan susu kambing. Minum setiap hari.
  • Titiskan minyak habatussauda ke dalam secawan air panas. Minum setiap pagi dan petang. Setiap kali minum, secawan
  • Campurkan 2 sudu kecil CUKA EPAL dengan 1 sudu kecil MADU dalam air suam. Minum.
  • Minum jus LEMON setiap hari. Hanya setengah biji lemon setiap gelas.
  • Makan sebiji EPAL setiap hari ATAU minum air rebusan HALIA.
Atau, amalkan NUTRIJUICE 2 sudu makan setiap hari. Kesemua bahan-bahan utama dalam resepi tadi, ada dalam NUTRIJUICE - halia, lemon, saffron, madu, epal dan bawang putih. Semua ini ada dalam satu botol Nutrijuice.
Diana Ishak
Read more

Apa kaitan NUTRIJUICE dengan kelegaan sakit kaki yang dialami oleh sesetengah pengguna?


1. Lemon.
Lemon sangat berkesan terhadap asid urik. Asid urik sentiasa dihasilkan oleh badan. Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan sakit pada sendi. Minum perahan jus lemon setiap hari adalah antara usaha untuk merawat arthritis.

2. Delima
Delima mengurangkan sakit sendi. Delima boleh dimakan samada dengan mengambil jusnya atau buah terus. Buah delima yang diambil setiap hari boleh mengurangkan tekanan pada sendi pesakit arthritis rheumatoid.

3. Madu
Madu yang diambil secara teratur 2 kali sehari dikatakan boleh merawat arthritis kronik.

Tiga bahan inilah yang sebenarnya memberikan bonus kepada pengguna Nutrijuice. Gabungan ketiag-tiga ini bukan saja membantu menstabilkan kolesterol dalam darah tetapi juga setiap satunya membantu melegakan sakit sendi.
.

Diana Ishak
Read more

Nutrijuice bukan sekadar untuk kolesterol.

1. KOLESTEROL, GOUT DAN EPAL

Jika nak turunkan tekanan darah dan kolesterol cubalah makan epal 2-3 biji sehari. Memang boleh membantu. Tapi jangan kupas kulitnya kerana kulit epal ada phenolics yang boleh turunkan kolesterol dengan cara menyerap kolesterol dengan lebih berkesan. Penyerapan ni membuatkan kolesterol kurang berkumpul dalam arteri.

Kolesterol tinggi adalah salah satu faktor risiko untuk gout. Jika epal mengurangan kolesterol dalam badan maka ia juga boleh mengurangkan risiko gout juga. Kerana gout terjadi disebabkan pengambilan makanan yang tinggi asid urik seperti daging dan makanan laut. Pesakit gout dicadangkan untuk makan makanan yang rendah kandungan asid uric dan epal adalah yang terbaik kerana kandungan asid uric epal hanya 14 mg. Nak lagi bagus, minum cuka epal (apple cider) kerana ia membantu memecahkan asid uric dalam badan.

2. KOLESTEROL, GOUT DAN LEMON

Jadikan rutin setiap pagi – perah 2 biji lemon dalam air panas dan minum. Ini kerana flavonoid dalam jus lemon bertindak sebagai agen yang menurunkan paras kolesterol. Flavonoid juga memecahkan asid urik penyebab gout. Ramai penghidap gout minum jus lemon untuk cegah serangan gout. Ia bukan saja meningkatkan sistem penghadaman tapi mengurangkan haba dalam badan. Perasan tak sesetengah restoran akan hidangkan air kosong dengan hirisan lemon kalau cuaca terlalu panas? Itulah fungsinya, untuk membuang haba.

3. KOLESTEROL, GOUT DAN MADU

Dulu madu sering digunakan untuk merawat luka dan kesan terbakar. Madu bolehmengurangkan paras kolesterol juga. Tetapi sebelum tu pastikan berbincang dengan doktor tentang risiko kesihatan yang mungkin timbul sekiranya anda memilih untuk cuba rawatan lain selain dari ubat-ubatan doktor.

Boleh ambil 1-5 sudu besar madu dua atau tiga kali sehari untuk menurunkan kolesterol. Rawatan alternatif untuk gout dan artritis adalah dengan menggunakan madu dengan cara mencampurkannya dengan herba lain. Contohnya, kayu manis dengan madu atau cuka epal dengan madu yang dicampur dalam air panas. Mesti minum secara rutin baru dapat lihat hasilnya.

4. KOLESTEROL, GOUT DAN SAFFRON

Saffron adalah salah satu rempah paling mahal di dunia. Ia pernah dikaitkan dengan royalti di mana permaisuri akan menggunakan saffron dalam mandian untuk kecantikan kulit. Saffron juga digunakan dengan meluas untuk rawat gout sejak zaman dahulu. Bahan aktif dalam saffron adalah colchicine, yang memainkan peranan penting dalam merawat gout. Saffron juga ada bahan yang dinamakan crocetin yang berfungsi merendahkan kandungan kolesterol dalam darah. Cuma campurkan suku sudu kecil saffron dalam secawan susu dan minum setiap hari.

5. KOLESTEROL, GOUT DAN NUTRIJUICE

Nutrijuice mengandungi kesemua bahan di atas - madu, saffron, lemon dan ekstrak apple yang semuanya bagus untuk tujuan melegakan gout dan mengurangkan tahap kolesterol. Hanya perlu diambil 2 kali sehari, setiap pagi dan malam. Nak cuba?
 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart