Bolehkah Nutrijuice merawat gout?

Dalam Nutrijuice ada phytosterol. Phytosterol dapat mengurangkan kolesterol LDL (jahat) dalam darah. Tetapi, adakah phytosterol juga boleh membantu memperbaiki simptom gout? Gout adalah sejenis arthritis yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam sendi. Apabila tahap asid urik dalam darah terlalu tinggi, ia boleh membentuk kristal yang tajam dalam sendi, menyebabkan keradangan, bengkak, dan kesakitan yang teruk.

Kajian menunjukkan bahawa kolesterol tinggi boleh menyumbang kepada peningkatan asid urik dalam badan. Ini berlaku kerana kolesterol terlibat dalam sintesis purin (purin adalah penyumbang kepada asid urik). Oleh itu, dengan mengurangkan tahap kolesterol, pengeluaran asid urik juga boleh diturunkan, seterusnya mengurangkan pembentukan kristal asid urik dalam sendi. Nutrijuice bertindak dengan cara bersaing dengan kolesterol untuk penyerapan dalam usus kecil. Apabila anda mengambil Nutrijuice yang kaya dengan phytosterol, sterol tumbuhan ini menghalang penyerapan kolesterol dalam usus, yang membawa kepada penurunan tahap kolesterol LDL dalam darah.

Dengan pengurangan tahap kolesterol, terdapat potensi penurunan tahap asid urik dalam darah. Secara tidak langsung, dengan menurunkan tahap kolesterol, phytosterol dalam Nutrijuice membantu mengurangkan tahap asid urik dalam darah. Berikut adalah beberapa cara bagaimana ini boleh memperbaiki simptom gout:

- Dengan menurunkan kolesterol, penghasilan asid urik berkurangan

- Pengurangan kolesterol meningkatkan aliran darah lantas menyingkirkan asid urik dari badan

- phytosterol mempunyai sifat anti-radang. Mengurangkan keradangan membantu mengurangkan bengkak gout

Beberapa kajian klinikal telah menunjukkan bahawa pengambilan 2-3 gram phytosterol setiap hari boleh menurunkan tahap kolesterol LDL sehingga 10%. Walaupun kajian mengenai kesan phytosterol terhadap gout masih terhad, pengurangan kolesterol yang signifikan boleh memberikan manfaat kepada orang yang mengalami gout. Kesimpulannya, Nutrijuice BOLEH memperbaiki simptom gout secara tidak langsung dengan mengurangkan tahap kolesterol LDL dalam darah.

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart