Bolehkah Nutrijuice merawat gout?

Dalam Nutrijuice ada phytosterol. Phytosterol dapat mengurangkan kolesterol LDL (jahat) dalam darah. Tetapi, adakah phytosterol juga boleh membantu memperbaiki simptom gout? Gout adalah sejenis arthritis yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam sendi. Apabila tahap asid urik dalam darah terlalu tinggi, ia boleh membentuk kristal yang tajam dalam sendi, menyebabkan keradangan, bengkak, dan kesakitan yang teruk.

Kajian menunjukkan bahawa kolesterol tinggi boleh menyumbang kepada peningkatan asid urik dalam badan. Ini berlaku kerana kolesterol terlibat dalam sintesis purin (purin adalah penyumbang kepada asid urik). Oleh itu, dengan mengurangkan tahap kolesterol, pengeluaran asid urik juga boleh diturunkan, seterusnya mengurangkan pembentukan kristal asid urik dalam sendi. Nutrijuice bertindak dengan cara bersaing dengan kolesterol untuk penyerapan dalam usus kecil. Apabila anda mengambil Nutrijuice yang kaya dengan phytosterol, sterol tumbuhan ini menghalang penyerapan kolesterol dalam usus, yang membawa kepada penurunan tahap kolesterol LDL dalam darah.

Dengan pengurangan tahap kolesterol, terdapat potensi penurunan tahap asid urik dalam darah. Secara tidak langsung, dengan menurunkan tahap kolesterol, phytosterol dalam Nutrijuice membantu mengurangkan tahap asid urik dalam darah. Berikut adalah beberapa cara bagaimana ini boleh memperbaiki simptom gout:

- Dengan menurunkan kolesterol, penghasilan asid urik berkurangan

- Pengurangan kolesterol meningkatkan aliran darah lantas menyingkirkan asid urik dari badan

- phytosterol mempunyai sifat anti-radang. Mengurangkan keradangan membantu mengurangkan bengkak gout

Beberapa kajian klinikal telah menunjukkan bahawa pengambilan 2-3 gram phytosterol setiap hari boleh menurunkan tahap kolesterol LDL sehingga 10%. Walaupun kajian mengenai kesan phytosterol terhadap gout masih terhad, pengurangan kolesterol yang signifikan boleh memberikan manfaat kepada orang yang mengalami gout. Kesimpulannya, Nutrijuice BOLEH memperbaiki simptom gout secara tidak langsung dengan mengurangkan tahap kolesterol LDL dalam darah.

Diana Ishak
Read more

Bacaan Tekanan Darah yang Baik untuk Usia 40-an

Untuk seseorang yang berusia 40-an, bacaan tekanan darah yang ideal adalah sekitar 120/80 mmHg. Bacaan ini menunjukkan tekanan darah sistolik (nombor atas) dan diastolik (nombor bawah) berada dalam julat normal. Tekanan sistolik ialah tekanan apabila jantung mengepam darah, manakala tekanan diastolik ialah tekanan ketika jantung berada dalam keadaan rehat antara denyutan. Walau bagaimanapun, bacaan tekanan darah yang 120–129 / <80 mmHg masih dianggap normal. Tetapi apabila tekanan sistolik melebihi 130 mmHg atau tekanan diastolik melebihi 80 mmHg, anda dikategorikan sebagai mempunyai tekanan darah tinggi.

Apabila seseorang mempunyai tekanan darah tinggi, tekanan dikenakan ke atas dinding arteri. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan arteri dan dinding arteri menjadi keras (aterosklerosis). Aterosklerosis boleh menyebabkan arteri sempit, mengurangkan aliran darah, dan meningkatkan risiko serangan jantung atau strok. Tekanan darah tinggi yang tak dikawal boleh menyempitkan arteri di sekitar buah pinggang. Lambat laun boleh merosakkan fungsinya, menyebabkan penyakit buah pinggang.

Tekanan darah tinggi juga boleh merosakkan salur darah kecil di mata, menyebabkan masalah penglihatan atau kebutaan. Tekanan darah tinggi selalunya berkait rapat dengan kolesterol tinggi. Kolesterol yang tinggi menyebabkan pengumpulan plak di dinding arteri, menjadikannya sempit dan mengeras. Ini menyukarkan jantung untuk mengepam darah, yang menyebabkan tekanan darah meningkat. Pengumpulan plak boleh menyebabkan penyakit jantung koronari dan serangan jantung.

Tekanan darah tinggi juga mempunyai kaitan dengan diabetes. Tekanan darah tinggi dan diabetes adalah keadaan yang sering muncul bersama kerana kedua-duanya berkongsi faktor risiko yang sama iaitu berat badan berlebihan. Tekanan darah tinggi boleh memperburukkan rintangan insulin, iaitu keadaan di mana sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin. Sebaliknya, diabetes yang tidak terkawal juga boleh merosakkan salur darah dan meningkatkan risiko mendapat tekanan darah tinggi. Sekiranya kolesterol anda tinggi, rawat ini dahulu kerana kolesterol yang tak distabilkan meninggikan risiko mendapat tekanan darah tinggi, yang kemudiannya berpotensi mendapat penyakit 3 serangkai.

GreenAard mencadangkan Nutrijuice untuk menstabilkan paras kolesterol. Nutrijuice mempunyai phytosterol. Phytosterol bersaing dengan kolesterol dalam usus untuk diserap. Oleh kerana struktur kimianya hampir sama dengan kolesterol, phytosterol menghalang penyerapan kolesterol dari makanan. Ini menyebabkan lebih banyak kolesterol dikeluarkan dari badan melalui najis, seterusnya mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart