"Saya Menghidap Hiperkolesterolemia Familial. Bolehkah Ambil Nutrijuice?"

Hiperkolesterolemia familial (HF) adalah sejenis keadaan genetik yang menyebabkan kadar kolesterol darah yang sangat tinggi. Pesakit dengan hiperkolesterolemia familial biasanya mempunyai kadar kolesterol yang sangat tinggi disebabkan oleh faktor genetik. Penggunaan Nutrijuice yang mengandungi fitosterol boleh menjadi pilihan tambahan untuk membantu menurunkan kolesterol. Nutrijuice mengandungi fitosterol, yang diketahui dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.

Namun, fitosterol hanya berkesan untuk mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Untuk pesakit hiperkolesterolemia, mereka boleh mengambil Nutrijuice sebagai pelengkap kepada rawatan utama seperti statin atau ubat lain yang digunakan. Bagi pesakit hiperkolesterolemia, fitosterol dalam Nutrijuice tidak cukup kuat untuk menurunkan kolesterol. Pesakit perlu rawatan dengan statin atau ubat lain yang lebih efektif. Nutrijuice mungkin lebih sesuai sebagai pelengkap kepada rawatan utama, bukan sebagai pengganti.

Kesimpulannya, pesakit dengan hiperkolesterolemia familial boleh mempertimbangkan untuk mengambil Nutrijuice sebagai tambahan kepada rawatan tetapi perlu mendapatkan nasihat doktor. Bagi individu yang belum disarankan mengambil ubat kolesterol tetapi ingin menurunkan tahap kolesterol, Nutrijuice adalah pilihan yang sesuai.

Fitosterol adalah bahan semula jadi yang terdapat dalam tumbuhan dan telah terbukti membantu menurunkan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Fitosterol menghalang badan menyerap kolesterol dari makanan dalam usus. Apabila kolesterol dari makanan kurang diserap, lebih banyak kolesterol dikeluarkan daripada badan, menyebabkan tahap kolesterol dalam darah menurun. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan fitosterol sebanyak 2-3 gram sehari boleh mengurangkan kolesterol LDL sehingga 10-15%.

Untuk keberkesanan maksimum, Nutrijuice perlu diambil secara konsisten setiap hari selama sekurang-kurangnya 6-8 minggu. Selepas tempoh tersebut, anda boleh memeriksa tahap kolesterol untuk melihat perubahan. Ambil Nutrijuice sebelum makan atau bersama makanan untuk membantu keberkesanan fitosterol.

Diana Ishak
Read more

Kanak-kanak boleh mempunyai kolesterol tinggi. Benarkah?

Ya, kanak-kanak sememangnya boleh mempunyai kolesterol tinggi. Peningkatan paras kolesterol dalam kalangan kanak-kanak menjadi kebimbangan disebabkan oleh faktor genetik dan gaya hidup. Apa sebab kanak-kanak berpotensi mendapat kolesterol tinggi?

Yang pertama, genetik. Sesetengah kanak-kanak mewarisi keadaan genetik yang dikenali sebagai hiperkolesterolemia familial. Kondisi tersebut menyebabkan paras kolesterol tinggi tanpa mengira diet atau gaya hidup. Keadaan genetik ini mempengaruhi kemampuan badan untuk memproses kolesterol dengan betul, menyebabkan paras yang lebih tinggi sejak usia muda.

Yang kedua, diet dan gaya hidup. Kanak-kanak yang banyak mengambil gula mudah mendapat kolesterol tinggi. Tambahan pula di zaman sekarang, kanak-kanak tidak aktif dan hanya bermain game (handphone). Gaya hidup sedentari menyumbang kepada peningkatan berat badan dan kolesterol tinggi.

Yang ketiga, kegemukan. Kadar obesiti kanak-kanak semakin meningkat. Kegemukan menyebabkan peningkatan sindrom metabolik, seperti rintangan insulin dan kolesterol tinggi, yang semuanya meningkatkan risiko kencing manis dan jantung. Sesetengah keadaan kesihatan, seperti diabetes, hipotiroidisme, atau penyakit buah pinggang, boleh menyebabkan peningkatan paras kolesterol sebagai kesan sampingan.

Jika anda sudah ada penyakit-penyakit yang disebutkan tadi, cuba check kolesterol. Pasti kolesterol anda tinggi. Kolesterol tinggi semasa kanak-kanak boleh menyumbang kepada perkembangan awal aterosklerosis, atau pengerasan arteri. Arteri yang mengeras meningkatkan kemungkinan masalah kardiovaskular pada masa akan datang. Ini kerana pengumpulan kolesterol berlaku secara beransur-ansur, dan peningkatan sedikit dalam kolesterol pada usia muda boleh memberi kesan jangka panjang yang ketara jika tidak dirawat.

Bolehkah Nutrijuice diambil oleh kanak-kanak?

Ya, boleh. Nutrijuice bukan ubat. Ia adalah makanan tambahan yang selamat di semua peringkat usia. Tetapi untuk kanak-kanak, hanya perlu 1 sudu makan sehari sahaja.

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart