Apa kaitan sakit dada (angina) dengan kolesterol?
Angina adalah sejenis sakit dada yang disebabkan oleh pengurangan aliran darah ke jantung.
Jenis 1: Angina Stabil
Angina Stabil adalah angina yang paling biasa. Berlaku semasa beraktiviti dan hilang dengan rehat. Contohnya, sakit yang timbul apabila mendaki bukit atau dalam cuaca sejuk. Kesakitan Angina Stabil biasanya berlangsung dalam masa yang singkat, mungkin lima minit atau kurang.
Jenis 2: Angina Tidak Stabil
Angina jenis ini berlaku semasa berehat. Sakitnya lebih teruk dan berlansung lebih lama, mungkin 20 minit atau lebih. Kesakitan Angina Tidak Stabil tidak hilang dengan rehat atau ubat. Jika aliran darah tidak bertambah baik, jantung kekurangan oksigen dan serangan jantung berlaku.
Kolesterol tinggi boleh menyebabkan pengumpulan plak kolesterol dan mendapan lain pada dinding arteri. Mendapan (plak) ini boleh mengurangkan aliran darah melalui arteri yang boleh menyebabkan komplikasi seperti angina, serangan jantung dan strok. Orang yang gemuk seringkali dikaitkan dengan kolesterol yang tinggi. Ada benarnya. Tetapi, berbadan kurus juga boleh ada kolesterol tinggi. Bagaimana ia boleh berlaku?
Begini. Kolesterol bukan sahaja terbentuk akibat banyak makan, tetapi juga stress. Stress dalam jangka masa yang lama boleh meningkatkan risiko kolesterol tinggi dan juga penyakit jantung. Apabila stress, badan mengeluarkan kortisol (hormon stress). A little stress may even be good for you but constant stress is another story. Jika stress tidak berhenti dan berlansung dengan lama, hormon kortisol akan kekal pada paras yang tinggi dan memberi tekanan berbahaya pada jantung. Tahap kortisol yang tinggi daripada stress yang berpanjangan boleh menyebabkan kolesterol dalam darah meningkat. Jika tahap stress yang tinggi adalah sebahagian daripada kehidupan harian anda, anda berisiko untuk ada kolesterol tinggi.
Ada hubungan antara stress dan kolesterol. Ia terletak pada cara seseorang mengendalikan stress. Selalunya dalam tempoh-tempoh sukar, seseorang yang stress cenderung makan makanan yang tidak sihat dan menambah berat badan. Semua ini meningkatkan risiko kolesterol tinggi. Jika anda sudah mempunyai kolesterol tinggi, stress boleh memburukkan lagi.
Sebuah kajian terhadap 208 pelajar kolej yang berumur 30 tahun ke bawah. Ujian darah diambil semasa peperiksaan mereka. Pada masa yang tertekan ini, pelajar menunjukkan tahap kortisol, adrenalin, dan kolesterol yang lebih tinggi, termasuk kolesterol total dan LDL. Itu menunjukkan bahawa peningkatan kolesterol boleh berlaku pada sesiapa sahaja, dan tidak semestinya kerana badan anda gemuk. NUTRIJUICE boleh diambil tidak kira berapa umur anda. Ia bukan ubat-ubatan, hanyalah makanan tambahan. NUTRIJUICE mengandungi sterol tumbuhan. Kolesterol adalah 'makanan' untuk sterol. Ketika sterol masuk ke dalam badan, ia akan menyerap kolesterol dan menyingkirkannya dari badan.