Bagaimana nak menaikkan tekanan darah rendah?

Nutrijuice dah diketahui boleh bantu turunkan tekanan darah.

"Jadi, macamana pula dengan tekanan rendah? Boleh tak ambil Nutrijuice?"

Ok, good question.

Memang dari awal lagi kami beritahu yang Nutrijuice boleh bantu turunkan tekanan darah. Secara tak lansung membawa maksud ia tiaak sesuai untuk mereka yang ada tekanan darah rendah. Punca tekanan darah rendah adalah pelbagai. Selalunya doktor akan diagnosis keadaan telebih dulu. Jika merasa pening-pening bila bangun dari tempat duduk atau bangun selepas berbaring, ini dipanggil tekanan darah rendah postural. Mesti tahu apa punca tekanan darah menjadi rendah dan berpandukan pada punca barulah boleh kenalpasti bagaimana nak merawat. 

Bergantung kepada punca gejala, doktor akan nyatakan apa yang perlu dibuat untuk menaikkan tekanan darah dengan membuat perubahan sikit pada diet dan rutin harian. Yang mudah-mudah saja:

  • Makan makanan yang tinggi dalam garam.
  • Minum air banyak lebih-lebih lagi kalau cuaca panas.
  • Minum banyak air semasa selesema atau flu.
  • Nak taknak, korang kena buat senaman dengan kerap untuk menggalakkan aliran darah.
  • Berhati-hati ketika bangkit dari tidur atau duduk.
  • Untuk bantu meningkatkan peredaran, gerak-gerakkan kaki dan pergelangan kaki dulu beberapa kali sebelum berdiri. Lepas tu bangun perlahan-lahan. 
  • Kalau bangun dari tidur, duduk dulu kat katil untuk beberapa minit sebelum berdiri.
  • Pastikan tinggikan kepala sikit sewaktu tidur.
  • Elakkan mengangkat benda berat.
  • Elakkan meneran ketika dalam tandas. 
  • Elakkan pendedahan yang berpanjangan kepada air panas, maknanya, kurangkan mandi air panas. Pastikan dalam bilik air ada kerusi, kalau terasa pening, boleh duduk sekejap.
  • Makan dengan lebih kerap tapi portion yang kecil.
  • Kurangkan karbohidrat.
  • Berehat selepas makan.
  • Elakkan ambil ubat-ubatan untuk turunkan tekanan darah sebelum makan.  

 

 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart