Macamana nak naikkan tekanan darah.

Macamana nak naikkan tekanan darah.

  

 

Nutrijuice dah diketahui boleh bantu turunkan tekanan darah.

"Jadi, macamana pula dengan tekanan rendah? Boleh ke tak ambik Nutrijuice ni?"

Ok, good question.

 

Memang dari awal lagi kami dah bagitau yang Nutrijuice boleh bantu turunkan tekanan darah. Secara tak lansung, ini membawa maksud, ia tak sesuai untuk mereka yang ada tekanan darah rendah.

Punca tekanan darah rendah adalah pelbagai. Selalunya doktor akan diagnosis keadaan telebih dulu. Kalau korang rasa pening-pening bila bangun dari tempat duduk atau bangun selepas berbaring, ini dipanggil tekanan darah rendah postural. Sebab tu, kena tahu dulu apa punca tekanan daraha menjadi rendah, dan berpandukan pada punca baru kita boleh kenalpasti macamana nak rawat. 

 

Bergantung kepada punca gejala, doktor akan bagitau korang apa yang perlu dibuat untuk naikkan tekanan darah dengan membuat perubahan sikit pada diet dan rutin harian. Yang mudah-mudah je :

 

1. Makan makanan yang tinggi dalam garam.

2. Minum air banyak lebih-lebih lagi kalau cuaca panas.

3. Minum banyak air semasa selesema atau flu.

4. Nak taknak, korang kena buat senaman dengan kerap untuk menggalakkan aliran darah.

5. Berhati-hati ketika bangkit dari tidur atau duduk.

6. Untuk bantu meningkatkan peredaran, gerak-gerakkan kaki dan pergelangan kaki dulu beberapa kali sebelum berdiri. Lepas tu bangun perlahan-lahan. 

7. Kalau bangun dari tidur, duduk dulu kat katil untuk beberapa minit sebelum berdiri.

8. Pastikan tinggikan kepala sikit sewaktu tidur.

9. Elakkan mengangkat benda berat.

10. Elakkan meneran ketika dalam tandas. 

11. Elakkan pendedahan yang berpanjangan kepada air panas, maknanya, kurangkan mandi air panas. Pastikan dalam bilik air ada kerusi, kalau terasa pening, boleh duduk sekejap.

12. Makan dengan lebih kerap tapi portion yang kecil.

13. Kurangkan karbohidrat.

14. Berehat selepas makan.

15. Elakkan ambil ubat-ubatan untuk turunkan tekanan darah sebelum makan.  

 

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart