Tanda-tanda pada kaki boleh jadi petanda kolesterol anda tinggi
Semua orang tahu kolesterol tinggi boleh buatkan saluran darah ke jantung tersumbat, tapi ia takkan berhenti setakat tu. Kolesterol boleh memberi kesan kepada kaki yang mengakibatkan penyakit arteri periferal, atau PAD. Selepas lima tahun, 20% daripada yang menghidapi PAD akan dapat serangan jantung. Check point-point di bawah, manalah tahu kalau-kalau anda ada tanda-tanda ini tanpa sedar. Lebih cepat korang kesan simptom-simptom pada kaki, lebih senang mencegah serangan jantung.
Gejala PAD
Antara gejala PAD yang biasa adalah rasa tak selesa pada kaki. Tak selesa yang macamana? Bila anda buat senaman walaupun senaman ringan, akan tetap berasa sakit di bahagian kaki. Sakitnya mungkin dari peha, menjalar hingga ke tumit. Kaki terasa "berat". Kadangkala, anda terpaksa berhenti beberapa kali kerana kesakitan tadi. Pernah tak anda kerap berhenti berehat semasa berjalan kaki? Dan selalunya tempoh berhenti tu konsisten. Contohnya, berjalan 2 blok, berhenti. Sambung lagi berjalan 2 blok, terpaksa berhenti lagi. Orang yang ada PAD, kerap kejang (cramp) kaki sewaktu nak tidur/sedang tidur. Biasanya kejang di bahagian tumit, betis dan jari kaki. Kalau anda terkena kekejangan ni, selalunya kesakitan tu boleh lega dengan menjuntaikan kaki dari katil atau duduk di kerusi supaya tarikan graviti membantu aliran darah ke kaki.
Kuku berubah warna
Pernah terperasan kuku dan kulit pada kaki berubah warna? Kalau dulunya warna pink, tiba-tiba berubah jadi warna kusam pucat. Atau kuku jadi lebih tebal dari biasa? Atau bulu kaki gugur dengan banyak? Apabila saluran darah tersumbat oleh kolesterol, kaki tak menerima aliran darah yang normal. Kalau bulu kaki anda tebal, cuba perhati-perhatikan kalau-kalau bulu kaki itu makin susut (gugur). Ataupun, cuba cukur bulu kaki dan lihat berapa cepat dia tumbuh. Kalau dia tumbuh dengan sangat perlahan, mungkin anda ada PAD dan itu adalah antara tanda-tanda kolesterol tinggi dalam badan.
Sering sejuk pada kaki
Sering berasa sejuk pada kaki, ini juga petanda awal PAD. Tapi tak semestinya, sebab sejuk-sejuk pada kaki ni adalah perkara normal yang ada pada semua peringkat umur walaupun tak menghidap PAD. Tapi, kalau hanya sebelah kaki saja sejuk atau bahagian bawah kaki saja yang sejuk, ok, ini masanya untuk cepat jumpa doktor. Perhatikan juga pada bahagian betis. Kalau otot betis mengecil sebelah, itu menunjukkan anda ada atrofi, iaitu pengecutan otot betis akibat dari kurangnya aliran darah.
Selain dari tu, perhatikan juga simptom-simptom ini :
- Muncul kutil putih (biji-biji lemak) di bahagian bawah mata dan leher.
- Kerap letih dan cepat mengantuk.
- Sakit kaki dan sering kebas kaki.
- Selalu rasa kembung perut.
- Kerap sakit dada dan berdebar-debar dengan tak semena-mena.
- Krem/kejang kaki di waktu malam.
- Kuku menjadi lebih tebal dan lambat panjang.
- Rasa tegang di bahagian tengkuk.
Nampak macam sakit biasa, kan? Dan selalunya kita ambil mudah "Alah, nanti urut dengan minyak panas, hilanglah sakit tu", "Tak cukup rehat agaknya ni. Dapat tidur sejam dua, segarlah balik".
Tapi, kalau dah hari-hari pun kerap letih, mesti ada something wrong, betul tak? Kini dah ada cara efektif, cepat serta lebih ekonomi untuk bebas masalah kolesterol tinggi dalam badan dengan Nutrijuice.