Skinny Fat

"Skinny fat" biasanya digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang kurus tetapi memiliki peratusan lemak badan yang agak tinggi, walaupun mempunyai BMI normal. Seseorang yang "skinny fat" mempunyai sejumlah besar lemak viseral dan tidak mempunyai jisim otot yang besar. Badan setiap orang berbeza. Sesetengahnya cenderung secara genetik untuk mempunyai peratusan lemak badan yang lebih tinggi dan kurang otot. Semakin berusia juga badan cenderung mengumpul lemak dan hilang jisim otot. Peningkatan lemak badan adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang menjadikan badan lebih sukar mengekalkan otot.

Ketidakseimbangan hormon juga menyumbang kepada peningkatan lemak dalam badan. Contohnya, penurunan tahap estrogen selepas menopaus menyebabkan peningkatan peningkatan jumlah simpanan lemak. Sebab itulah semakin berusia, semakin susah mengekalkan berat badan kerana tahap estrogen yang semakin menyusut. Dan sebab itu jugalah, semakin berusia, walaupun seseorang itu kurus, tetapi kurusnya tidak solid seperti ketika muda. Lebih-lebih lagi pada wajah. Wajah pasti lebih bulat dan jatuh kerana simpanan lemak yang bertambah. 

Seseorang yang skinny fat berisiko mendapat penyakit metabolik kerana mereka adalah obes secara metabolik walaupun berat badan normal. Lima risiko untuk orang skinny fat ialah:
  • tekanan darah tinggi
  • paras gula darah tinggi
  • lemak berlebihan di sekeliling pinggang
  • tahap trigliserida yang tinggi
  • tahap rendah kolesterol HDL yang baik
Baru-baru ini seorang doktor perubatan di Malaysia, dalam videonya mengatakan bahawa dia terperanjat apabila kebanyakkan patient yang tinggi kolesterol adalah dari kalangan mereka yang berbadan kurus. Tahu tak kenapa boleh jadi begitu?

Yang pertama, orang kurus selalu menyangka mereka sihat kerana tidak gemuk. Jadi, mereka cenderung untuk makan makanan yang manis dan berlemak. Apabila makan makanan yang tinggi kandungan gula, gula dalam darah meningkat dan badan menghasilkan insulin. Insulin akan memindahkan gula ke dalam sel lemak dan otot untuk disimpan. Tahap insulin yang meningkat secara berterusan menyebabkan rintangan insulin, iaitu keadaan di mana badan berhenti bertindak balas terhadap insulin. Rintangan insulin membuatkan peningkatan lemak dalam badan. Yang kedua, disebabkan kurus, mereka tidak kisah untuk makan dengan banyak. They are very proud because their bodies are difficult to get fat. Akhirnya tanpa sedar, kolesterol sebenarnya sudah menumpuk di dalam salur darah.



Ini adalah carta kolesterol untuk rujukan anda. Cuba lakukan ujian darah untuk lihat bacaan kolesterol anda. Cuba Nutrijuice selama 2-3 bulan dan anda dapat lihat bacaan kolesterol anda semakin menurun. Ini sudah terbukti.
Diana Ishak
Read more

Bahaya jika TRIGLISERIDA sangat tinggi.

Trigliserida adalah lemak dalam darah. Sebilangan besar makanan berlemak datang dalam bentuk trigliserida. Badan kita sendiri menghasilkan sebahagian besar trigliserida. Apabila seseorang makan terlalu banyak kalori, kalori tambahan diubah menjadi trigliserida dan disimpan di dalam sel lemak. Sekiranya trigliserida sangat tinggi dalam darah, seseorang mungkin perlu mengambil ubat kolesterol. Tahap trigliserida yang sangat tinggi menyebabkan simpanan lemak di kulit dan organ dalaman bertambah.

Lemak yang berkumpul ini boleh merosakkan hati dan pankreas. Pankreas adalah organ penting. Ia menghasilkan jus pencernaan yang diperlukan untuk menyerap makanan. Trigliserida yang sangat tinggi menyebabkan pembengkakan pankreas. Pembengkakan pankreas menyebabkan sakit perut, muntah, dan demam yang teruk. Sekiranya jus pencernaan bocor di luar pankreas, ia boleh mengancam nyawa. Kaedah rawatan pembengkakkan pankreas termasuklah menurunkan berat badan dan perubahan diet.

Selain tu, seseorang yang mempunyai penyakit hati, lebih daripada 10% hatinya dipenuhi oleh lemak. Penyebab penyakit hati yang paling biasa adalah diabetes, obesiti, dan trigliserida tinggi. Orang dewasa dengan trigliserida yang sangat tinggi mempunyai risiko penyakit jantung 4 kali lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai trigliserida yang slightly elevated. Ini kerana, trigliserida yang sangat tinggi menyekat aliran darah ke jantung dan otak, menyebabkan serangan jantung atau strok. Terlalu banyak lemak dalam darah juga menyebabkan endapan terbentuk di arteri yang mengalir ke kaki, yang boleh menyebabkan rasa sakit dan kebas terutama ketika berjalan. Kaki yang sering kebas dan cramp pada waktu malam adalah salah satu petanda trigliserida tinggi dalam darah.

Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa semakin meningkat usia, tahap trigliserida wanita cenderung tinggi. Trigliserida yang tinggi ketika berusia membuatkan seseorang berisiko mendapat dementia (kehilangan fungsi otak). Trigliserida tinggi merosakkan saluran darah di dalam otak dan menyumbang kepada pembentukan protein beracun yang disebut amyloid, penyebab dementia.

Nutrijuice BUKAN rawatan untuk penyakit hati, pankreas berlemak, kebas kaki atau dementia. Tetapi Nutrijuice membantu menurunkan kolesterol (trigliserida) ke tahap normal. Perlu tahu bahawa kolesterol bukanlah penyakit, tetapi PUNCA penyakit. Jadi, Nutrijuice membantu merawat PUNCA penyakit akibat dari kolesterol tinggi.
Diana Ishak
Read more

Pernah terfikir tak kenapa berat badan susah turun?

Apabila makan makanan yang mengandungi lemak (kebanyakannya trigliserida), ia akan melalui perut dan usus. Di dalam usus, lemak dicampur dengan hempedu dari pundi hempedu. Campuran itu kemudian pecah menjadi titisan kecil yang dinamakan misel. Pankreas mengeluarkan enzim yang memecahkan misel menjadi gliserol dan asid lemak. Gliserol dan asid lemak kemudian diserap ke dalam sel usus. Di dalam sel usus, gliserol dan asid lemak disatukan kembali menjadi trigliserida (komponen kolesterol). Molekul trigliserida kemudian akan dibebaskan ke dalam darah. Trigliserida yang terlalu banyak dalam darah bukan sahaja meninggikan kolesterol malah membuatkan berat badan sukar untuk turun. 

Sebab itulah kami cadangkan Basic Value Pack sebagai weight loss booster kerana ketika trigliserida (kolesterol) menurun, berat badan lebih mudah dikurangkan. Itu kisah apabila seseorang makan. Ketika seseorang tidak makan pula, tiada penyerapan makanan berlaku dalam badan. Bila tiada penyerapan, tenaga mesti diambil dari simpanan. Dalam keadaan ini, organ dalam badan mengeluarkan beberapa hormon, antaranya hormon thyroid. Hormon thyroid bertanggung jawab mengatur banyak proses seperti metabolisme, tenaga, dan mood. Semasa tidak makan, badan menggunakan simpanan tenaga (glukosa) dengan bantuan hormon thyroid. Sebab itulah seseorang yang ada masalah hormon thyroid sering bermasalah mengawal berat badan kerana simpanan tenaga tidak dapat digunakan. Akhirnya, simpanan lemak bertumpuk dalam badan.

Sebab itu jugalah kami tidak mencadangkan orang yang ada masalah thyroid mengambil GC PLUS kerana ia mungkin tidak membantu apa-apa. Melainkan anda mahu mencuba GC Plus juga, berserta diet yang ketat, tidak ada masalah. Harapnya semua dah faham tentang bagaimana pembentukan lemak berlaku dalam badan serta kaitannya dengan hormon dan kolesterol.

Apa ada dalam Basic Value Pack?
1 x GC Plus
1 x Nutrijuice
1 x Cleansing Gel 25ml
RM155

Kami juga ada pakej Combo
1 x GC Plus
2 x Nutrijuice
RM190

Kedua-dua pakej tadi adalah weight loss booster kerana selain ada GC Plus, ia juga ada Nutrijuice untuk menurunkan paras trigliserida. Kepada yang ada kolesterol tinggi, kami cadangkan kosisten dengan Nutrijuice lebih lama, sekitar 3-4 bulan. Kemudian, buat ujian darah kembali. Lihat perbezaannya.

 

Diana Ishak
Read more

Apa kaitan kolesterol dengan sakit ulu hati.

Kolesterol tinggi biasanya tidak menyebabkan gejala yang ketara, walaupun ia boleh membawa kepada risiko serangan jantung dan strok. Badan memerlukan kolesterol untuk pengeluaran hormon tertentu. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan lain, seperti pembentukan batu karang. Terdapat dua jenis batu karang, iaitu batu kolesterol dan batu pigmen. Batu kolesterol adalah jenis batu karang yang paling biasa berlaku pada pesakit dengan batu karang.

Paras kolesterol yang tinggi dalam aliran darah telah dikaitkan dengan pedih ulu hati. Individu yang berlebihan berat badan sering mengalami pedih ulu hati yang disebabkan oleh kolesterol. Ini kerana, kolesterol merengsakan lapisan esofagus. Apabila kolesterol terkumpul di esofagus, ia boleh menyebabkan pedih ulu hati atau penyakit refluks gastroesophageal (GERD). Makanan tertentu, seperti makanan berlemak dan bergoreng, boleh meningkatkan tahap kolesterol dan mencetuskan pedih ulu hati. Maka untuk mengurangkan simptom pedih ulu hati, ada 2 cara:
  • menurunkan berat badan
  • menstabilkan kolesterol ke paras normal
  • mengurangkan stress
  • mengurangkan makanan berlemak
Apa yang GreenAard boleh bantu?

Kami ada GC Plus dan Nutrijuice yang masing-masing membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan kolesterol tinggi. Tetapi, jika anda masih suka mengambil makanan berlemak, masih suka tidur lambat, dan makan dengan penuh emosi -- simptom pedih ulu hati sukar untuk dihilangkan. Tidak perlu menurunkan badan dengan drastik, cukup dengan penurunan berat yang konsisten, walaupun seminggu 400g - MEMADAI. Anda akan lihat perlahan-lahan simptom ulu hati akan hilang, badan semakin bertenaga dan kolesterol berkurangan.


Diana Ishak
Read more

Anda mungkin mempunyai kolesterol tinggi dan tidak menyedarinya

Selalunya, tiada simptom khusus menandakan kolesterol anda sedang tinggi. Seseorang yang mempunyai kolesterol tinggi, badannya menyimpan kolesterol tambahan dalam arteri. Arteri adalah saluran yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan. Pengumpulan kolesterol dalam arteri dikenali sebagai plak. Lama kelamaan, plak menjadi keras dan menjadikan arteri sempit.
Mendapan plak yang besar boleh menyekat arteri sepenuhnya.

Plak kolesterol juga boleh pecah, menyebabkan pembentukan darah beku yang menghalang aliran darah. Laluan arteri ke jantung yang tersumbat boleh menyebabkan serangan jantung. Laluan arteri ke otak yang tersumbat pula boleh menyebabkan strok. Ramai orang tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai kolesterol tinggi sehinggalah mengalami salah satu daripada kejadian yang mengancam nyawa tersebut. Tahap kolesterol boleh diketahui melalui ujian darah.

Apa punca kolesterol tinggi?

Hati menghasilkan kolesterol, tetapi badan juga mendapat kolesterol daripada makanan. Makan terlalu banyak makanan yang tinggi lemak boleh meningkatkan tahap kolesterol. Sejarah keluarga juga mempengaruhi tahap kolesterol. Sains menunjukkan bahawa kolesterol tinggi cenderung berlaku dalam keluarga. Jika mempunyai ahli keluarga terdekat yang mempunyai kolesterol tinggi, berkemungkinan anda turut memilikinya.

Berat badan berlebihan dan tidak aktif juga menyebabkan kolesterol tinggi. Jika berlebihan berat badan, seseorang berkemungkinan besar mempunyai tahap trigliserida yang tinggi. Sebab itulah pentingnya memastikan badan tidak overweight, kerana bukan sahaja badan menangggung beban yang berat, malah risiko arteri menjadi tersumbat. Combo GC-Nutrijuice ini adalah pakej yang kami cadangkan untuk menurunkan berat badan DAN kolesterol (terutama trigliserida).
Diana Ishak
Read more

Apa yang perlu diketahui tentang cyst.

Cyst ialah struktur seperti kantung, biasanya diisi dengan bahan cecair, separa pepejal atau gas. Jika kantung dipenuhi dengan nanah, cyst akan berubah menjadi abses. Cyst berbeza dari segi saiz. Sda yang bersaiz mikroskopik hinggalah ke sangat besar. Cyst yang sangat besar boleh mengubah kedudukan organ dalaman.

Majoriti cyst adalah BENIGN iaitu bukan kanser. Cyst adalah perkara biasa yang boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, selalunya akibat daripada jangkitan, kelenjar sebum tersumbat, kelenjar air liur, tindikan, bahkan folikel rambut yang tersumbat. Aktiviti seperti gimnastik, yang memberikan tekanan yang besar pada pergelangan tangan juga boleh menyebabkan cysts terbentuk.

Beberapa punca biasa cysts adalah:
  • ketumbuhan
  • keadaan genetik
  • kerosakan pada organ embrio yang sedang berkembang
  • kecacatan pada sel
  • saluran dalam badan tersumbat yang menyebabkan cecair terkumpul
Kebanyakan cysts tidak menyebabkan sebarang gejala sama sekali sehinggalah dilakukan imbasan pengimejan. Sehingga kini masih belum dapat dipastikan secara khusus apakah yang menyebabkan pembentukan cyst, bagaimana ia merebak dan mengapa some of them boleh hilang begitu sahaja.
Yang pasti cysts tidak mempunyai hubungan dengan diet (makanan), let alone supplemen.

Begitu juga dengan rawatan, tidak boleh merawat atau mencegah cysts dengan memakan makanan tertentu. Seseorang tidak mendapat cyst kerana makanan, kekurangan nutrisi, atau alahan makanan atau apa-apa yang berkaitan dengan makanan.
Diana Ishak
Read more

Kolesterol Rendah Tidak Semestinya Menyihatkan. WHAT?

Pengeluaran hormon menjadi perlahan apabila usia meningkat. Fenomena ini menjadikan badan menghasilkan lebih banyak kolesterol. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kenapa badan memerlukan kolesterol untuk menghasilkan hormon tertentu, dan bagaimana kekurangan hormon boleh membawa kepada peningkatan tahap kolesterol. Memang betul kolesterol yang tinggi melemahkan dan menyumbatkan arteri, tetapi kolesterol yang sangat rendah boleh menyebabkan masalah lain.

Badan memerlukan tahap kolesterol tertentu untuk menghasilkan:
  • Hormon steroid
  • Vitamin D3
  • Asid hempedu
  • Membran sel
Apabila hati tidak menghasilkan kolesterol yang mencukupi, badan boleh mengalami kekurangan hormon. Paras kolesterol 4.13mmol/L atau lebih rendah boleh membahayakan kesihatan kerana mengganggu pengeluaran hormon. Jika mempunyai kolesterol tinggi, anda perlu menurunkannya sekadar cukup untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular tetapi tidak terlalu banyak sehingga mengganggu hormon.

Badan memerlukan kolesterol sama seperti ia memerlukan oksigen, magnesium, dan komponen kritikal yang lain dalam kehidupan. Sudah tentu terlalu banyak kolesterol boleh membunuh, begitu juga dengan minum terlalu banyak air. Tetap boleh membunuh. The demon is in the DOSE. Anda memerlukan jumlah LDL dan HDL yang betul untuk sihat, tetapi bagi kebanyakan orang, paras kolesterol LDL menjadi tinggi apabila mereka berumur.

Kami akan menggunakan contoh hormon pregnenolone untuk menerangkan tentang penglibatan kolesterol dalam pengeluaran hormon. Kebanyakan pregnenolone dibuat dalam kelenjar adrenal, tetapi ada juga dibuat di hati, testis, ovari, kulit, dan retina mata. Apabila badan memerlukan lebih banyak pregnenolone, KOLESTEROL bergerak ke sel di mana ia ditukar menjadi hormon pregnenolone. Dari situ, badan akan menukarkan hormon pregnenolone kepada hormon lain seperti DHEA dan testosteron.

Kekurangan hormon boleh membawa kepada pelbagai gejala, malah, banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan sebenarnya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Simptom kekurangan hormon termasuk:
  • Keletihan kronik
  • Lemahan otot
  • Keinginan seks menurun
  • Disfungsi seksual pada lelaki dan wanita
  • Pertambahan berat badan
Malangnya simptom ini tidak berhenti di sini. Ketidakseimbangan hormon akibat kolesterol yang terlalu rendah boleh memulakan tindak balas berantai komplikasi yang lebih teruk di seluruh badan. Sekarang dah faham betapa pentingnya hormon dan kolesterol untuk kesihatan, kan? Sesiapa yang kolesterol sudah mencapai tahap ideal (minimum 5.2mmol/L), tolong berhenti ambil Nutrijuice.
Diana Ishak
Read more

Jangan berlebihan!

Kumpulan mana yang mempunyai lebih banyak PLAK pada arteri jantung?

(a) orang yang berlebihan berat badan; atau
(b) orang yang lenih berusia, kurus dan menjalankan sekurang-kurangnya satu maraton setiap tahun selama 25 tahun?

Sekiranya anda memilih (a), anda SALAH.

Banyak kes pelari marathon dimasukkan ke hospital kerana strok, serangan jantung, dehidrasi dan kekejangan yang teruk, sedangkan gaya hidup mereka very healthy. Kenapa?

Menurut laporan American Heart Association, serangan jantung secara tiba-tiba di kalangan pelari adalah perkara BIASA. 70% dari pelari marathon yang terkena strok dan serangan jantung ketika larian, berakhir dengan kematian. Running a marathon is a good exercise, tetapi latihan secara beransur-ansur sangat mustahak untuk membina daya tahan, bukannya berlatih hanya apabila ada pertandingan. Apabila berlatih untuk maraton, intensiti senaman secara automatik meningkat. Sekiranya pelari melanggar kemampuannya melebihi sasaran degupan jantung, maka jantung akan tertekan. Denyutan jantung akan meningkat dan individu tersebut boleh mengalami serangan jantung secara tiba-tiba.

Latihan berlebihan dan terlalu aktif boleh menyebabkan serangan jantung juga. Seiring bertambahnya usia, ada kemungkinan plak kolesterol di arteri telahpun terbentuk yang boleh menyebabkan serangan jantung secara tiba-tiba apabila bersenam dengan kuat. Berlari tanpa latihan yang mencukupi adalah kesalahan terbesar yang harus dielakkan. Mulakan secara beransur-ansur. Listen to your body, dan jangan keterlaluan.

Jika terasa sakit dada, sakit kaki, atau letih semasa berlari - BERHENTI. Jangan push badan untuk bersaing dengan orang lain. Mereka mungkin sejak awal sudah berlatih secara rutin. Sebaiknya dapatkan penilaian kesihatan yang terperinci seperti tahap gula darah, blood pressure, pemeriksaan jantung, lipid numbers dan HbA1c.

Leading a healthy lifestyle is important. Ber-aktiviti, menjaga berat badan, dan makan makanan yang sihat. Seseorang mesti makan sesuatu setiap 2 jam. Bagi yang merancang untuk mengambil bahagian dalam maraton, diet haruslah rendah lemak dan rendah kolesterol. Kolesterol tidak mengira saiz badan. Anda slim? Belum tentu kolesterol di paras normal. Lakukan ujian kolesterol. Jika bacaan Total Cholesterol melebihi 5.2m/mol, contact kami untuk cuba Nutrijuice, ok?
Diana Ishak
Read more

"Saya dah cuba statin, tapi progress kolesterol tak berapa baik. Boleh saya cuba Nutrijuice?"

Boleh. Cuma, pada pandangan kami, sekiranya statin tidak berjaya mengurangkan kolesterol, pasti ada yang salah dalam gaya hidup. Begini. Kebanyakan ubat kolesterol merendahkan kolesterol dengan sedikit kesan sampingan, tetapi keberkesanan berbeza bagi setiap orang. Walau mengambil ubat kolesterol, masih penting untuk memakan diet yang sihat.

Jangan menganggap ubat yang doktor bekalkan adalah magic pills. Ubat kolesterol dan gaya hidup perlu bekerjasama untuk membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Seseorang yang mempunyai kolesterol tinggi juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tetapi berita baiknya, ia adalah risiko yang boleh dikawal.

Seseorang yang mempunyai kolesterol tinggi mungkin perlu mengambil ubat untuk memulihkan kolesterol. Jika gaya hidup berubah, mungkin dos ubat dan kesan sampingan dapat dikurangkan. Selain ubat kolesterol, kolesterol boleh diturunkan dengan cara mengurangkan berat badan (sekiranya overweight). Tidak perlu menurunkan berat badan yang banyak untuk menurunkan kolesterol. Jika overweight, menurunkan berat 4.5 kg sahaja sudah mengurangkan LDL hingga 8%. 

Jika ingin mencuba Nutrijuice tidak ada masalah. Malah, tak perlu berhenti ambil ubat kolesterol pun. Kami cadangkang pengambilan Nutrijuice ada gap sekurang-kurangnya 1 jam selepas atau sebelum mengambil ubat kolesterol. Nutrijuice bukan ubat. Tidak ada waktu tertentu untuk pengambilannya. Bagaimanapun, kami cadangkan 1 sudu makan pada waktu pagi dan 1 sudu makan pada waktu malam. Sebotol Nutrijuice cukup untuk 12-14 hari, bergantung pada saiz sudu. Sebaik-baiknya ambil Nutrijuice untuk 2-3 bulan, kemudian uji sekali lagi kolesterol untuk melihat kadar penurunannya.

Diana Ishak
Read more

"Kalau macam tu, boleh tak saya stop Nutrijuice dan start minum jus lemon?"

Paras kolesterol yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Menjadikan seseorang terdedah kepada beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung koronari, strok, diabetes jenis 2 dan tekanan darah tinggi. Adalah amat penting untuk mengawalnya. Mereka yang mengalami masalah kolesterol harus tahu bahawa MAKANAN boleh menjadi punca kolesterol tinggi dalam badan. Tetapi, ada jenis-jenis makanan yang boleh menurunkan paras kolesterol.

Antaranya lemon. Minum jus lemon setiap hari mengurangkan tahap kolesterol LDL (jahat) dalam badan. Jus lemon adalah umpama natural cleansers yang baik kerana kandungan asid sitriknya yang tinggi. Asid sitrik ialah asid lemah yang terdapat secara semula jadi dalam semua buah sitrus. Ekstrak asid sitrik merupakan salah satu bahan dalam Nutrijuice kerana keupayaannya menurunkan kolesterol.

"Maksudnya, saya boleh berhenti mengambil Nutrijuice dan minum jus lemon?"

Ya, boleh. Tetapi, progress penurunan kolesterol mungkin tidak se-efisien Nutrijuice. Kenapa kami katakan begitu? Kerana, perahan jus lemon yang anda dapat dari sebiji lemon bukan semuanya asid sitrik. Berbeza dengan Nutrijuice, kandungan asid sitrik diekstrak dengan kuantiti yang optimum supaya kolesterol dapayt dikurangkan dengan lebih efisien.

Selain dari itu, dalam Nutrijuice ada ekstrak sterol (dari tumbuhan). Sterol merupakan kolesterol tumbuhan. Kolesterol tumbuhan (sterol) menjadikan kolesterol manusia sebagai makanannya. Sterol mengurangkan penyerapan kolesterol oleh badan sehingga lebih banyak kolesterol hilang dalam najis. Proses itu membantu menurunkan jumlah kolesterol dalam darah.

Tetapi satu perkara yang anda perlu tahu adalah, kesan penurunan kolesterol berbeza-beza antara individu, walaupun anda dan dia sama-sama mengambil Nutrijuice. Kenapa begitu? Kerana walaupun anda konsisten mengambil Nutrijuice, anda juga masih makan makanan lain setiap hari. Apa yang anda makan mempengaruhi proses penurunan kolesterol. Maka, ketika sudah memulakan pengambilan Nutrijuice, cuba kawal sedikit pengambilan makanan. Kurangkan makanan yang boleh menambahkan kolesterol.
Diana Ishak
Read more

Kolesterol Tinggi Boleh Merosakkan Kulit.

Kolesterol tinggi biasanya tidak menyebabkan gejala melainkan ia membawa kepada komplikasi. Ini bermakna seseorang tidak tahu dia mempunyai kolesterol tinggi sehingga doktor melakukan ujian darah. Tetapi paras lemak yang tinggi (kolesterol dan trigliserida) boleh menyebabkan perubahan kulit. Petunjuk pertama seseorang mempunyai kolesterol tinggi mungkin datang dalam bentuk benjolan yang tidak dapat dijelaskan, tompok kekuningan pada kulit, atau perubahan warna pada kaki. Gejala pada kulit tersebut mungkin merupakan tanda bahawa tahap kolesterol membimbangkan.

Bagaimana caranya kolesterol tinggi menjejaskan kulit?

Apabila terlalu banyak kolesterol beredar dalam aliran darah, ia boleh mengumpul dalam deposit lemak di bawah kulit. Ini boleh menyebabkan benjolan pada kulit berwarna kekuningan yang dipenuhi dengan lemak (xanthoma). Kolesterol juga boleh menyekat saluran kapilari yang membekalkan oksigen ke kulit. Ini boleh menyebabkan permukaan kulit bertukar warna. Ia juga boleh menyumbang kepada masalah kulit seperti psoriasis.

Kolesterol tinggi kadangkala boleh membawa kepada keadaan yang lebih serius. Apabila plak kolesterol terputus dan menyekat urat atau arteri, menyebabkan ulser kulit. Langkah pertama untuk menangani masalah kulit yang berkaitan dengan kolesterol ialah menstabilkan tahap kolesterol dan trigliserida. Perubahan pada kulit akibat kolesterol yang tinggi boleh dilihat pada kelopak mata. Ada benjolan timbul pada kulit, dipenuhi dengan deposit lemak kolesterol. Keluar bintil pada jari, lutut, siku, dan punggung.

Psoriasis. Ia adalah gangguan autoimun yang menyebabkan tindak balas keradangan dalam badan. Pada tahun 2017, penyelidik menemukan hubungan antara psoriasis dan tahap kolesterol tinggi. Jika anda mempunyai psoriasis, mungkin boleh pertimbangkan untuk memeriksa tahap kolesterol dan trigliserida.


Diana Ishak
Read more

Nutrijuice boleh menyebabkan kerosakan pada kolagen?

Apabila kita mengambil terlalu banyak makanan bergula (white sugar), kadar insulin meningkat. Lebihan gula yang tidak digunakan akan melekat pada lemak dan protein pada kulit. Proses ini dikenali sebagai glycation. Glycation menghasilkan enzim yang melemahkan dan memecahkan kolagen dan elastin, menyebabkan kulit berubah warna dan kendur.

Selalunya ketika mengurangkan pengambilan gula, seseorang cenderung mencari sugar-free foods. JANGAN! Elakkan makanan bebas gula (sugar-free) kerana biasanya makanan bebas gula mengandungi pemanis buatan (artificial sweetener). Pemanis ini menghasilkan signal yang mengelirukan otak dan menyebabkan seseorang makan makanan tersebut dengan banyak. Walaupun pemanis buatan, ia tetap menyumbang kepada glycation.

"Tapi Nutrijuice ada stevia? Adakah bermaksud Nutrijuice akan menyebabkan kerosakan pada kolagen?"

Tidak. Stevia bukan pemanis buatan tetapi pemanis semula jadi (natural sweeteners), sama seperti madu. Pemanis semula jadi mempunyai indeks glisemik (GI) yang lebih rendah daripada gula putih. Pemanis semula jadi mempunyai faedah kesihatan seperti antioksidan, antimikrob dan kaya dengan vitamin dan mineral. Stevia 200 kali lebih manis daripada gula putih tetapi tidak mempunyai kalori.

Stevia juga tidak menunjukkan kesan terhadap tindak balas glukosa darah. Oleh kerana ia tidak mempunyai sifat karbohidrat dan tiada kalori, stevia TIDAK meningkatkan gula darah dan TIDAK menyebabkan glycation. Satu lagi perkara yang ramai mungkin tak tahu adalah, kolesterol tinggi menjejaskan kulit. Kolesterol yang tinggi boleh menyekat saluran kapilari yang membekalkan oksigen ke kulit, yang menyebabkan permukaan kulit bertukar warna.
Diana Ishak
Read more
107 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart