Kolesterol Tinggi Boleh Merosakkan Kulit.

Kolesterol tinggi biasanya tidak menyebabkan gejala melainkan ia membawa kepada komplikasi. Ini bermakna seseorang tidak tahu dia mempunyai kolesterol tinggi sehingga doktor melakukan ujian darah. Tetapi paras lemak yang tinggi (kolesterol dan trigliserida) boleh menyebabkan perubahan kulit. Petunjuk pertama seseorang mempunyai kolesterol tinggi mungkin datang dalam bentuk benjolan yang tidak dapat dijelaskan, tompok kekuningan pada kulit, atau perubahan warna pada kaki. Gejala pada kulit tersebut mungkin merupakan tanda bahawa tahap kolesterol membimbangkan.

Bagaimana caranya kolesterol tinggi menjejaskan kulit?

Apabila terlalu banyak kolesterol beredar dalam aliran darah, ia boleh mengumpul dalam deposit lemak di bawah kulit. Ini boleh menyebabkan benjolan pada kulit berwarna kekuningan yang dipenuhi dengan lemak (xanthoma). Kolesterol juga boleh menyekat saluran kapilari yang membekalkan oksigen ke kulit. Ini boleh menyebabkan permukaan kulit bertukar warna. Ia juga boleh menyumbang kepada masalah kulit seperti psoriasis.

Kolesterol tinggi kadangkala boleh membawa kepada keadaan yang lebih serius. Apabila plak kolesterol terputus dan menyekat urat atau arteri, menyebabkan ulser kulit. Langkah pertama untuk menangani masalah kulit yang berkaitan dengan kolesterol ialah menstabilkan tahap kolesterol dan trigliserida. Perubahan pada kulit akibat kolesterol yang tinggi boleh dilihat pada kelopak mata. Ada benjolan timbul pada kulit, dipenuhi dengan deposit lemak kolesterol. Keluar bintil pada jari, lutut, siku, dan punggung.

Psoriasis. Ia adalah gangguan autoimun yang menyebabkan tindak balas keradangan dalam badan. Pada tahun 2017, penyelidik menemukan hubungan antara psoriasis dan tahap kolesterol tinggi. Jika anda mempunyai psoriasis, mungkin boleh pertimbangkan untuk memeriksa tahap kolesterol dan trigliserida.


Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart