Kolesterol Rendah Tidak Semestinya Menyihatkan. WHAT?

Pengeluaran hormon menjadi perlahan apabila usia meningkat. Fenomena ini menjadikan badan menghasilkan lebih banyak kolesterol. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kenapa badan memerlukan kolesterol untuk menghasilkan hormon tertentu, dan bagaimana kekurangan hormon boleh membawa kepada peningkatan tahap kolesterol. Memang betul kolesterol yang tinggi melemahkan dan menyumbatkan arteri, tetapi kolesterol yang sangat rendah boleh menyebabkan masalah lain.

Badan memerlukan tahap kolesterol tertentu untuk menghasilkan:
  • Hormon steroid
  • Vitamin D3
  • Asid hempedu
  • Membran sel
Apabila hati tidak menghasilkan kolesterol yang mencukupi, badan boleh mengalami kekurangan hormon. Paras kolesterol 4.13mmol/L atau lebih rendah boleh membahayakan kesihatan kerana mengganggu pengeluaran hormon. Jika mempunyai kolesterol tinggi, anda perlu menurunkannya sekadar cukup untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular tetapi tidak terlalu banyak sehingga mengganggu hormon.

Badan memerlukan kolesterol sama seperti ia memerlukan oksigen, magnesium, dan komponen kritikal yang lain dalam kehidupan. Sudah tentu terlalu banyak kolesterol boleh membunuh, begitu juga dengan minum terlalu banyak air. Tetap boleh membunuh. The demon is in the DOSE. Anda memerlukan jumlah LDL dan HDL yang betul untuk sihat, tetapi bagi kebanyakan orang, paras kolesterol LDL menjadi tinggi apabila mereka berumur.

Kami akan menggunakan contoh hormon pregnenolone untuk menerangkan tentang penglibatan kolesterol dalam pengeluaran hormon. Kebanyakan pregnenolone dibuat dalam kelenjar adrenal, tetapi ada juga dibuat di hati, testis, ovari, kulit, dan retina mata. Apabila badan memerlukan lebih banyak pregnenolone, KOLESTEROL bergerak ke sel di mana ia ditukar menjadi hormon pregnenolone. Dari situ, badan akan menukarkan hormon pregnenolone kepada hormon lain seperti DHEA dan testosteron.

Kekurangan hormon boleh membawa kepada pelbagai gejala, malah, banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan sebenarnya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Simptom kekurangan hormon termasuk:
  • Keletihan kronik
  • Lemahan otot
  • Keinginan seks menurun
  • Disfungsi seksual pada lelaki dan wanita
  • Pertambahan berat badan
Malangnya simptom ini tidak berhenti di sini. Ketidakseimbangan hormon akibat kolesterol yang terlalu rendah boleh memulakan tindak balas berantai komplikasi yang lebih teruk di seluruh badan. Sekarang dah faham betapa pentingnya hormon dan kolesterol untuk kesihatan, kan? Sesiapa yang kolesterol sudah mencapai tahap ideal (minimum 5.2mmol/L), tolong berhenti ambil Nutrijuice.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart