"Saya dah cuba statin, tapi progress kolesterol tak berapa baik. Boleh saya cuba Nutrijuice?"
Boleh. Cuma, pada pandangan kami, sekiranya statin tidak berjaya mengurangkan kolesterol, pasti ada yang salah dalam gaya hidup. Begini. Kebanyakan ubat kolesterol merendahkan kolesterol dengan sedikit kesan sampingan, tetapi keberkesanan berbeza bagi setiap orang. Walau mengambil ubat kolesterol, masih penting untuk memakan diet yang sihat.
Jangan menganggap ubat yang doktor bekalkan adalah magic pills. Ubat kolesterol dan gaya hidup perlu bekerjasama untuk membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Seseorang yang mempunyai kolesterol tinggi juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tetapi berita baiknya, ia adalah risiko yang boleh dikawal.
Seseorang yang mempunyai kolesterol tinggi mungkin perlu mengambil ubat untuk memulihkan kolesterol. Jika gaya hidup berubah, mungkin dos ubat dan kesan sampingan dapat dikurangkan. Selain ubat kolesterol, kolesterol boleh diturunkan dengan cara mengurangkan berat badan (sekiranya overweight). Tidak perlu menurunkan berat badan yang banyak untuk menurunkan kolesterol. Jika overweight, menurunkan berat 4.5 kg sahaja sudah mengurangkan LDL hingga 8%.
Jika ingin mencuba Nutrijuice tidak ada masalah. Malah, tak perlu berhenti ambil ubat kolesterol pun. Kami cadangkang pengambilan Nutrijuice ada gap sekurang-kurangnya 1 jam selepas atau sebelum mengambil ubat kolesterol. Nutrijuice bukan ubat. Tidak ada waktu tertentu untuk pengambilannya. Bagaimanapun, kami cadangkan 1 sudu makan pada waktu pagi dan 1 sudu makan pada waktu malam. Sebotol Nutrijuice cukup untuk 12-14 hari, bergantung pada saiz sudu. Sebaik-baiknya ambil Nutrijuice untuk 2-3 bulan, kemudian uji sekali lagi kolesterol untuk melihat kadar penurunannya.