Berat badan saya menurun tetapi kenapa kolesterol meningkat?


Kemampuan berat badan untuk berkurangan ketika berdiet adalah berbeza bagi setiap orang. Ia memerlukan perhatian yang berterusan tentang bagaimana badan bertindak balas terhadap teknik penurunan berat badan.

Banyak hal boleh berlaku semasa proses penurunan berat badan. Ada kaitan dengan genetik dan gabungan faktor biologi dan persekitaran. Tindak balas berat badan setiap orang berbeza, maka penting untuk mengetahui petunjuk yang badan berikan.

Salah satu pentunjuk adalah kolesterol.

Kolesterol yang meningkat semasa penurunan berat badan is not always a cause for concern. Dalam beberapa kes, it’s completely NORMAL. Kolesterol yang meningkat ketika menurunkan berat badan adalah disebabkan oleh pengecutan sel-sel lemak. Sel lemak dan kolesterol dalam tisu lemak menjadi loose (displaced) ketika sel lemak mengecut.

Kolesterol akan menurun setelah berat badan stabil. Sekiranya tahap kolesterol tetap tinggi, mungkin ada faktor lain yang menyumbang. Contohnya, ketika menjalani diet, seseorang cenderung memakan makanan yang ringkas. Tanpa disedari makanan ringkas itu boleh jadi makanan diproses dan kandungan gulanya tinggi (walaupun tidak manis). Sekiranya kadar kolesterol konsisten meningkat, mungkin ada penyebab lain, contohnya sejarah keluarga dengan penyakit jantung, diabetes dan strok.

Genetik (keturunan) juga penyumbang kepada kolesterol tinggi di mana kolesterol dengan sendirinya meningkat. Keadaan ini dinamakan hiperkolesterolemia di mana seseorang mempunyai kolesterol tinggi walaupun mengamalkan gaya hidup sihat.

Nutrijuice adalah produk khas untuk kolesterol. Ia telah membantu ramai pengguna mendapatkan kolesterol yang normal selepas beberapa botol penggunaan (bergantung kepada seberapa tinggi bacaan kolesterol anda sekarang).

Diana Ishak
Read more

Statin vs Sterol Tumbuhan untuk mengawal kolesterol

Terdapat 2 jenis kolesterol utama:

(i) LDL - kolesterol "jahat"
(ii) HDL - kolesterol "baik"

Memakan makanan yang menambahkan kolesterol HDL tidak mencukupi sekiranya tahap kolesterol LDL tetap tinggi. Jadi, apakah cara untuk mengurangkan kolesterol LDL?

Dua penyelesaian adalah STATIN dan STEROL TUMBUHAN. Statin adalah ubat yang di-prescribed oleh doktor, manakala sterol adalah bahan yang terdapat pada sesetengah plant-based food. Statin berfungsi dengan cara mengurangkan jumlah kolesterol LDL yang dibuat oleh hati. Statin juga membantu menyerap semula kolesterol yang ada di arteri. Sterol tumbuhan adalah sebatian yang menyekat badan daripada menyerap kolesterol. Sterol tumbuhan adalah rawatan semula jadi yang paling berkesan untuk kolesterol tinggi.

Sterol boleh didapati dalam buah, sayur, kekacang dan bijirin. Walau bagaimanapun, semua makanan ini mengandungi kadar sterol yang rendah. Makan makanan ini tidak memberi kesan besar pada tahap kolesterol kecuali dimakan dengan SANGAT BANYAK, dan ini amat mustahil. Sebagai contoh, dalam 1kg broccoli, kandungan sterol adalah kurang dari 2mg. Dan dalam 1kg oren, kandungan sterol adalah 400mg. Untuk menurunkan kolesterol, badan memerlukan 2g (2000mg) sterol sehari. Ini bermakna, untuk dapatkan sterol dari buah oren, kita perlu makan sekitar 30 biji oren sehari!

Cara yang lebih mudah untuk mendapatkan cukup sterol adalah dengan memakan makanan yang diperkaya dengan sterol (fortified foods). Caranya, sterol ditambahkan ke makanan tertentu. Nutrijuice mengandungi ekstrak sterol. Memandangkan tidak ada manfaat kesihatan memakan lebih daripada 2g sterol sehari, tak perlu ambil lebih dari 2 sudu makan setiap hari. 2 sudu Nutrijuice sehari sudah cukup untuk keperluan sterol badan. Sterol mungkin tidak mengurangkan risiko serangan jantung atau strok seperti statin, tetapi secara saintifik dan klinikal sterol telah terbukti membantu mengurangkan kolesterol LDL yang menjadi penyebab strok dan serangan jantung (can check in any nutrition and medical journal).
Diana Ishak
Read more

TRIGLISERIDA adalah jenis lemak yang paling biasa dalam badan.

Walaupun lemak selalunya dianggap buruk, itu tidak berlaku pada trigliserida. Trigliserida merupakan sumber tenaga utama badan. Trigliserida memainkan peranan dalam bagaimana badan berfungsi. Trigliserida memindahkan asid lemak ke seluruh badan untuk digunakan di bahagian-bahagian yang memerlukan. That sounds pretty good, kan? Tapi, kenapa trigliserida yang tinggi dikatakan bahaya?

Apabila trigliserida mencapai tahap tinggi, molekul lemak mula memberi kesan negatif kepada badan. But again, bagaimana sesuatu yang diperlukan oleh badan boleh memberi kesan buruk? Lojiknya, semakin tinggi trigliserida, semakin bagus, betul tak? Ok, jom kita tengok dari mana asal trigliserida.

Bagi kebanyakan orang dengan trigliserida tinggi, ia akan mempengaruhi risiko serangan jantung dan strok. Mempunyai trigliserida tinggi + LDL tinggi (bad cholesterol) + HDL rendah (good cholesterol) menyebabkan penumpukan lemak di arteri. Jika darah tidak dapat bergerak dengan bebas melalui arteri-arteri tersebut, serangan jantung dan strok boleh berlaku. Trigliserida dan kolesterol bukan jenis lemak yang sama, tetapi saling berkaitan. Ketika trigliserida menurun, kolesterol baik (HDL) menaik, dan ketika trigliserida menaik, HDL menurun. Dan ketika trigliserida tinggi, LDL akan jadi lebih berbahaya.

Trigliserida yang terhasil lebih banyak dari yang diperlukan oleh badan akan disimpan di tempat yang tak sepatutnya ia berada. Otot adalah salah satu darinya. Akhirnya menyebabkan otot resistant terhadap insulin dan membuatkan berat badan bermasalah untuk turun. Trigliserida yang sangat tinggi juga menjadikan pankreas mendapat pankreatitis yang teruk, yang boleh membawa maut. Pankreatitis dapat mematikan sel yang menghasilkan insulin. Tanpa sel ini, badan tidak dapat menghasilkan insulin yang diperlukan untuk mengawal blood sugar.

Selain itu, trigliserida yang sangat tinggi boleh menyebabkan masalah pada kulit, antara yang paling biasa adalah xanthoma pada mata (selaput kekuningan). Tetapi, sebaik sahaja kadar gula darah dan lemak (termasuk trigliserida) menurun, xanthoma boleh hilang. Jadi sekarang kita dah tahu trigliserida dihasilkan di hati, tetapi ketika tahapnya sangat tinggi, ia juga boleh menyebabkan penumpukan lemak atau penyakit hati-lemak (fatty liver). Fatty liver boleh menyebabkan masalah yang teruk seperti kerosakan hati dan sirosis.

Selain mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan yang kaya dengan tumbuhan, kami syorkan NUTRIJUICE kerana ia mengandungi sekurang-kurangnya 2 gram sterol yang berupaya menurunkan trigliserida.


Diana Ishak
Read more

Nutrijuice boleh menyebabkan kerosakan pada kolagen?

Apabila kita mengambil terlalu banyak makanan berkarbohidrat sederhana seperti gula halus (white sugar), kadar insulin meningkat. Lebihan gula yang tidak digunakan akan melekat pada lemak dan protein di kulit kita. Proses ini dikenali sebagai glycation. Glycation menghasilkan enzim yang melemahkan dan memecahkan kolagen dan elastin, menyebabkan kulit berubah warna dan kendur.

Selalunya ketika mengurangkan pengambilan gula, seseorang cenderung mencari sugar-free foods. JANGAN! Elakkan makanan bebas gula (sugar-free) dengan banyak kerana biasanya makanan bebas gula mengandungi pemanis buatan (artificial sweetener). Pemanis ini menghasilkan signal yang mengelirukan otak dan menyebabkan seseorang makan makanan tersebut dengan banyak. Walaupun ia adalah pemanis buatan, ia tetap menyumbang kepada glycation.

"Tapi Nutrijuice ada stevia? Adakah bermaksud Nutrijuice menyebabkan kerosakan pada kolagen?"

Oh, tidak. Stevia bukan pemanis buatan tetapi pemanis semula jadi (natural sweeteners), sama seperti madu. Pemanis semula jadi mempunyai indeks glisemik (GI) yang lebih rendah daripada gula putih. Ia mempunyai faedah kesihatan seperti antioksidan, antimikrob dan kaya dengan vitamin dan mineral. Stevia adalah tumbuhan yang telah digunakan sejak abad ke-16. Ia tidak mempunyai kalori, tetapi 200 kali lebih manis daripada gula putih. Stevia juga tidak menunjukkan kesan terhadap tindak balas glukosa darah. Oleh kerana ia tidak mempunyai sifat karbohidrat dan tiada kalori, stevia tidak meningkatkan gula darah dan tidak menyebabkan glycation.
Diana Ishak
Read more

Bagaimana Lemak Memasuki Badan

Apabila seseorang makan makanan yang mengandungi lemak (kebanyakannya trigliserida), ia akan melalui perut dan usus. Di dalam usus, titisan lemak besar dicampur dengan hempedu dari pundi hempedu. Campuran itu kemudian pecah menjadi titisan kecil yang dinamakan misel. Misel meningkatkan luas permukaan lemak.

Pankreas mengeluarkan enzim lipase yang menyerang permukaan setiap misel dan memecah lemak menjadi gliserol dan asid lemak. Gliserol dan asid lemak ini diserap ke dalam sel usus. Di dalam sel usus, gliserol dan asid lemak disatukan kembali menjadi trigliserida yang dilapisi chylomicrons (sejenis protein).

Note: Chylomicrons menjadikan trigliserida larut dengan lebih mudah di dalam air.

Chylomicrons dilepaskan ke sistem limfa dan tidak masuk langsung ke aliran darah kerana terlalu besar untuk melewati dinding kapilari. Hanya apabila sistem limfa bergabung dengan urat, barulah chylomicrons masuk ke dalam aliran darah.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa lemak dipecah menjadi gliserol dan asid lemak jika ia akan dibina semula di dalam usus? Ini kerana, molekul lemak terlalu besar untuk melintasi membran sel dengan mudah. Oleh itu, semasa melalui sel usus atau ketika melintasi sebarang penghalang sel, lemak mesti dipecahkan terlebih dulu.

Semasa kita makan gula-gula atau makanan, asid lemak di dalam usus merangsang pankreas untuk mengeluarkan hormon insulin. Insulin memberitahu sel untuk melakukan:
  • Menyerap glukosa dan menukarkannnya menjadi glikogen.
  • Menyerap asid lemak dan menukarkannnya menjadi lemak (trigliserida).
  • Menyerap asid amino dan menukarkannnya menjadi protein
Sebelum asid lemak ditukar menjadi lemak, ia perlu diserap dulu ke sel lemak, sel otot dan sel hati. Dalam sel-sel ini, asid lemak dijadikan molekul lemak yang besar (trigliserida). Molekul trigliserida ini kemudian akan melalui proses di awal tadi iaitu pecah kepada bentuk misel, kemudian masuk ke dalam usus, kemudian dibentuk semula menjadi trigliserida sebelum dibebaskan ke dalam darah.

Trigliserida yang terlalu banyak dalam darah bukan sahaja meninggikan kolesterol malah membuatkan berat badan sukar untuk turun. Sebab itulah kami cadangkan Basic Value Pack sebagai weight loss booster kerana selain membantu mengurangkan trigliserida (kolesrerol). Ketika seseorang tidak makan, tiada penyerapan makanan berlaku dalam badan. Bila tiada penyerapan, insulin dalam darah menjadi sedikit.

Walau bagaimanapun, badan sentiasa menggunakan tenaga; dan jika tiada penyerapan makanan, tenaga ini mesti diambil dari simpanan. Dalam keadaan ini, organ dalam badan mengeluarkan beberapa hormon, antaranya hormon thyroid. Hormon thyroid bertanggung jawab mengatur banyak proses seperti metabolisme, tenaga, dan mood.

Semasa tidak makan, atau ketika bersenam, badan menggunakan simpanan tenaga (glukosa) dengan bantuan hormon thyroid. Sebab itulah seseorang yang ada masalah hormon thyroid sering bermasalah mengawal berat badan dan mengambil GC PLUS tidak membantu apa-apa. Beberapa sel dalam badan seperti sel otak hanya memperoleh tenaga dari glukosa. Maka sebab itu jangan skip karbohidrat!

Harapnya semua dah faham tentang bagaimana pembentukan dan penggunaan lemak berlaku dalam badan serta kaitannya dengan hormon.
Diana Ishak
Read more

Tekanan Darah: Know your numbers!

Ramai yang mahu mengambil GC PLUS dan Nutrijuice tetapi bila ditanya "Ada darah tinggi?". Jawapannya, "TAK TAHU".

Tekanan darah tinggi sebaiknya di-check secara berkala. Ini kerana, tekanan darah yang tinggi selalunya tidak disedari kerana tidak ada tanda-tanda yang jelas. Sekiranya tekanan darah jadi terlalu tinggi, ia akan memberi tekanan pada saluran darah, jantung dan organ lain, seperti otak, buah pinggang dan mata.

Apakah tekanan darah yang normal?
  • Di bawah 120/80 mmHg - optimum
  • Antara 120/80 dan 129/84 mmHg - normal
  • Antara 130/85 dan 139/89 mmHg - high-normal
Seseorang dikatakan mempunyai tekanan darah tinggi (hypertension) jika:
  • tekanan sistolik lebih besar daripada atau sama dengan 140 mmHg, dan/atau
  • tekanan diastolik lebih besar daripada atau sama dengan 90 mmHg

 

Kategori Hypertension

Systolic  Diastolic
Mild hypertension 140-159 mmHg dan/atau 90-99 mmHg
Moderate hypertension 160-179 mmHg dan/atau 100-109 mmHg
Severe hypertension lebih besar atau sama dengan 180 mmHg dan/atau lebih besar atau sama dengan 110 mmHg
Isolated systolic hypertension lebih besar dari 140 mmHg DAN kurang dari 90 mmHg

 

Sebaiknya jangan merokok atau minum minuman berkafein selama 2 jam sebelum tekanan darah diambil kerana boleh menyebabkan peningkatan bacaan.

Tekanan darah yang meningkat adalah risiko utama penyakit jantung. Semakin tinggi tekanan darah, semakin besar kemungkinan mendapat strok.  Atas sebab ini, mesti sentiasa mengawasi tekanan darah. Jika sudah ada darah tinggi, pastikan mengambil ubat dan TIDAK BOLEH MENGAMBIL GC PLUS. Boleh ambil Nutrijuice tapi perlu ada gap dengan pengambilan ubat darah tinggi.

Nutrijuice adalah untuk menurunkan kolesterol. Kolesterol adalah salah satu punca tekanan darah menjadi tinggi. Kolesterol berkumpul pada saluran darah akan memberi tekanan pada saluran darah. Nutrijuice adalah kategori makanan tambahan, bukan ubat-ubatan. Boleh diambil oleh semua peringkat umur.

Diana Ishak
Read more

Bahaya jika TRIGLISERIDA sangat tinggi

Trigliserida adalah lemak dalam darah. Sebilangan besar makanan berlemak datang dalam bentuk trigliserida. Badan kita sendiri menghasilkan sebahagian besar trigliserida. Apabila seseorang makan terlalu banyak kalori, kalori tambahan diubah menjadi trigliserida dan disimpan di dalam sel lemak. Sekiranya trigliserida sangat tinggi dalam darah, seseorang mungkin perlu mengambil ubat.

Tahap trigliserida yang sangat tinggi menyebabkan simpanan lemak di kulit dan organ dalaman bertambah. Lemak yang berkumpul ini boleh merosakkan hati dan pankreas. Pankreas adalah organ penting. Ia menghasilkan jus pencernaan yang diperlukan untuk menyerap makanan. Trigliserida yang sangat tinggi menyebabkan pembengkakan pankreas.

Pembengkakan pankreas menyebabkan sakit perut, muntah, dan demam yang teruk. Sekiranya jus pencernaan bocor di luar pankreas, ia boleh mengancam nyawa. Kaedah rawatan termasuklah menurunkan berat badan dan perubahan diet.

Lemak yang terkumpul di hati adalah penyebab penyakit hati yang paling biasa. Ini boleh menyebabkan parut kekal pada hati, barah, dan kegagalan hati, yang mengancam nyawa. Seseorang yang mempunyai penyakit hati, lebih daripada 10% hatinya dipenuhi oleh lemak. Penyebab penyakit hati yang paling biasa adalah diabetes, obesiti, dan trigliserida tinggi.

Orang dewasa dengan trigliserida yang sangat tinggi mempunyai risiko penyakit jantung 4 kali lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai trigliserida yang sedikit tinggi (slightly elevated). Ini kerana, trigliserida yang sangat tinggi menyekat aliran darah ke jantung dan otak, menyebabkan serangan jantung atau strok. Strok adalah kerosakan otak yang disebabkan oleh penurunan bekalan darah ke sel-sel otak.

Terlalu banyak lemak dalam darah juga menyebabkan endapan terbentuk di arteri yang mengalir ke kaki, yang boleh menyebabkan rasa sakit dan kebas terutama ketika berjalan. Kaki yang sering kebas dan cramp pada waktu malam adalah salah satu petanda trigliserida tinggi dalam darah. Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa semakin meningkat usia, tahap trigliserida wanita cenderung tinggi. Ini boleh menambahkan risiko mendapat dementia.

Demensia bermaksud kehilangan fungsi otak. Umur sememangnya faktor besar untuk demensia, begitu juga dengan trigliserida yang sangat tinggi. Trigliserida tinggi merosakkan saluran darah di dalam otak dan menyumbang kepada pembentukan protein beracun yang disebut amyloid, penyebab demensia.

Nutrijuice bukan rawatan untuk penyakit hati, pankreas berlemak, kebas kaki atau penyakit nyanyuk. Malah, ia bukanlah ubat untuk penyakit jantung. Tetapi Nutrijuice diformulasikan khas untuk membantu menurunkan kolesterol (trigliserida) ke tahap normal. Kolesterol bukanlah penyakit tetapi PUNCA penyakit.


Diana Ishak
Read more

Bolehkah buah-buahan menaikkan gula darah?

Pernah dengar orang kata "Tak boleh makan buah kalau ada diabetes"?

Well, secara teori, buah mengandungi karbohidrat dan gula semula jadi yang disebut fruktosa, yang dapat meningkatkan kadar gula dalam darah. Disebabkan buah mempunyai karbohidrat, ia boleh menaikkan gula darah. Maka penting untuk mengira karbohidrat yang dimakan dan mengimbangkannya dengan diet.

Selain karbohidrat dalam buah, indeks glisemik (GI) juga menentukan sejauh mana makanan mempengaruhi gula dalam darah. Indeks glisemik (GI) adalah sistem penilaian untuk makanan berkarbohidrat. GI menunjukkan seberapa cepat makanan mempengaruhi tahap gula darah (glukosa) ketika makanan itu dimakan.

Makan makanan rendah GI membantu mengawal gula darah. But they may not always be good for you kerana gula-gula dan secawan beras perang boleh mempunyai nilai GI yang sama. Walaupun makanan itu rendah GI tetapi jika dimakan dalam hidangan yang besar (large serving) tetap boleh menaikkan gula darah.

Maka cara terbaik adalah dengan menjaga pemakanan. Pilih jenis buah. Dua sudu kismis mempunyai jumlah karbohidrat yang sama dengan sebiji epal bersaiz kecil. Pilih buah segar atau frozen fruit. Buah dalam tin mengandungi sirap gula yang tinggi karbohidrat dan boleh meningkatkan gula darah lebih tinggi daripada buah segar. Kurangkan jus buah kerana ia tinggi karbohidrat dan tidak mempunyai serat untuk mencegah lonjakan gula darah. Banyak minum jus buah meningkatkan risiko diabetes.
Diana Ishak
Read more

Berat badan saya menurun tetapi kenapa kolesterol meningkat?

Menurunkan berat badan adalah berbeza bagi setiap orang. Ia memerlukan perhatian yang berterusan terhadap bagaimana badan bertindak balas terhadap teknik penurunan berat badan. Banyak hal boleh berlaku semasa proses penurunan berat badan. Ini ada kaitan dengan genetik dan gabungan faktor biologi dan persekitaran. Kerana tindak balas badan setiap orang berbeza, maka penting untuk mengetahui petunjuk yang badan berikan.

Salah satunya adalah peningkatan kolesterol walaupun telah menurunkan berat badan. Kolesterol yang meningkat semasa penurunan berat badan is not always a cause for concern. Dalam beberapa kes, it’s completely normal. Jika seseorang kurang mengambil makanan berkarbohidrat, kolesterol akan meningkat walaupun berat badan menunjukkan penurunan.

Tahap kolesterol boleh meningkat ketika menurunkan berat badan. Ini disebabkan oleh pengecutan sel-sel lemak. Sel lemak dan kolesterol dalam tisu lemak menjadi loose (displaced) ketika sel lemak mengecut. Mereka dibebaskan dalam aliran darah, yang menyebabkan kolesterol meningkat. Tahap kolesterol akan menurun setelah berat badan stabil. Sekiranya tahap kolesterol tetap tinggi, mungkin ada faktor lain yang menyumbang. Contohnya, ketika menjalani diet seseorang cenderung memakan makanan yang ringkas tanpa disedari makanan ringkas itu boleh jadi makanan diproses dan kandungan gulanya tinggi (walaupun tidak manis).

Sekiranya berdiet tetapi kadar kolesterol konsisten meningkat, mungkin ada penyebab lain, contohnya:
  • sejarah keluarga dengan penyakit jantung, diabetes dan strok, menyumbang kepada risiko kolesterol tinggi.
  • faktor genetik meningkatkan risiko kolesterol tinggi. Ia meningkat seiring usia.
  • hiperkolesterolemia iaitu keadaan yang menyebabkan seseorang mempunyai kolesterol tinggi walaupun mengamalkan gaya hidup sihat.
Nutrijuice adalah produk khas untuk kolesterol. Ia telah membantu ramai pengguna mendapatkan kolesterol yang ideal/normal selepas beberapa botol penggunaan (bergantung kepada seberapa tinggi bacaan kolesterol anda sekarang).
Diana Ishak
Read more

GOUT - Tips semulajadi untuk mengurangkan tahap asid urik dalam badan.

Pembentukan asid urik pada sendi, kulit dan buah pinggang akan menyebabkan GOUT. Gout boleh menyerang sendi pada tangan, jari kaki, lutut, pergelangan kaki dan pergelangan tangan. Simptom gout:
  • sakit mencucuk-cucuk pada sendi
  • radang pada sendi
  • bengkak pada bahagian badan tertentu
Faktor UTAMA di bawah boleh menambahkan kandungan asid uric dalam badan. Bermaksud, golongan ini berisiko mendapat gout:
  • kerosakan buah pinggang
  • genetik (keturunan)
  • penurunan berat badan yang mendadak
  • hypertension
  • kencing manis
  • diet yang tak seimbang
Faktor sampingan yang lain, yang menyumbang kepada risiko gout adalah kurang aktif, pengambilan aspirin yang kerap, stress, kurang air dan SUKA MENAHAN LAPAR. Enam resepi bagi mencegah gout:
  • Rebus 2 ulas BAWANG PUTIH bersama satu setengah cawan susu. Ulang resepi ini selama 15 hari berturut-turut.
  • Campur setengah sudu kecil SAFFRON dalam secawan susu kambing. Minum setiap hari.
  • Titiskan minyak habatussauda ke dalam secawan air panas. Minum setiap pagi dan petang. Setiap kali minum, secawan
  • Campurkan 2 sudu kecil CUKA EPAL dengan 1 sudu kecil MADU dalam air suam. Minum.
  • Minum jus LEMON setiap hari. Hanya setengah biji lemon setiap gelas.
  • Makan sebiji EPAL setiap hari ATAU minum air rebusan HALIA.
Atau, amalkan NUTRIJUICE 2 sudu makan setiap hari. Kesemua bahan-bahan utama dalam resepi tadi, ada dalam NUTRIJUICE - halia, lemon, saffron, madu, epal dan bawang putih. Semua ini ada dalam satu botol Nutrijuice.
Diana Ishak
Read more

2 pemanis semula jadi yang baik

Susah untuk berhenti mengambil makanan dan minuman manis.
Tetapi memandangkan gula sangat berbahaya, kita harus belajar untuk hidup tanpanya. Mujurlah terdapat beberapa pemanis semula jadi yang boleh menggantikan gula putih.

Pemanis semula jadi bukan artificial sweetener, ya! Pemanis semula jadi adalah NATURAL SWEETENER. Ia bersifat rendah kalori, rendah fruktosa dan rasanya sangat manis.

STEVIA
Stevia adalah pemanis semula jadi yang terdapat dalam NUTRIJUICE. Stevia bukanlah tumbuhan baru. Ia telah ditanam untuk tujuan pemanis dan perubatan selama berabad-abad di Amerika Selatan. Stevia hampir tidak mempunyai kalori. Stevia dapat menurunkan tekanan darah tinggi tetapi ia tidak mempengaruhi tekanan darah orang yang normal. Bermakna, ketika orang yang normal mengambil Nutrijuice, tekanan darah tidak akan menurun. Tak perlu risau, ok?

ERYTHRITOL
Satu lagi pemanis semula jadi yang selalu ditanyakan kepada kami adalah Erythritol. Erythritol adalah pemanis yang juga rendah kalori. Ini adalah sejenis alkohol gula yang terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan tertentu. Erythritol tidak menaikkan kadar gula darah dan tidak mempengaruhi kolesterol atau trigliserida. Erythritol diserap ke dalam badan dari usus tetapi akhirnya dikeluarkan dari buah pinggang, tidak berubah.

Pada pendapat kami, erythritol tidak mempunyai faedah kesihatan jadi ia tidak akan jadi berbahaya dan selamat digunakan. Walau bagaimanapun ia boleh menyebabkan masalah pencernaan jika diambil terlalu banyak dalam satu-satu masa.

Bagaimana pula dengan madu?

Gula kelapa, madu dan sirap maple adalah antara pemanis yang sering diambil oleh mereka yang mementingkan kesihatan. Sebenarnya, ia tidak jauh beza dengan gula. Ketiga-tiga pemanis ini mengandungi sedikit fruktosa tetapi hati manusia tidak dapat membezakannya.

[Note] Fruktosa ditukarkan kepada lemak dan disimpan dalam hati.

Walau bagaimanapun, kesan buruk madu bergantung sepenuhnya pada konteks. Maksudnya, jika seseorang makan terlalu banyak karbihidrat, atau obesiti, atau ada diabetis, madu boleh jadi merbahaya. Sebab itulah kami tak galakkan penghidap kencing manis mengambil Nutrijuice kerana selain stevia, di dalam Nutrijuice ada madu. Stevia tidak memberi kesan kepada pesakit ini tetapi madu mungkin menambahkan masalah.

Walaupun terdapat testimoni positif dari pesakit kencing manis yang mendapati tahap gula darahnya menurun selepas mengambil Nutrjuice, seperti yang kami katakan tadi ia bergantung kepada konteks kerana tahap resistant insulin dan tahap gula dalam darah pesakit tidak sama antara satu dengan yang lain. Nutrijuice mengandungi stevia dan madu. Kedua-duanya adalah pemanis semula jadi dan selamat digunakan serta membantu dalam cholesterol management. Hubungi kami untuk dapatkan free consultation penggunaan Nutrijuice. Whatsapp 012-7728976.
Diana Ishak
Read more

Kolesterol Boleh Mempengaruhi Hubungan Intim

Kita pasti ada kriteria yang ingin kita dapatkan dari pasangan kita. Dia mesti seorang yang bijak, baik, ada kerja yang bagus, ringan tulang, hormat orang tua, romantik, etc. Ternyata ada satu perkara lagi yang harus kita pertimbangkan iaitu tahap kolesterol yang sihat kerana kolesterol boleh mempengaruhi hubungan intim.

Kolesterol berperanan dalam pembentukan hormon seks.
Manusia tidak dapat hidup dengan sempurna tanpa tahap kolesterol tertentu kerana kolesterol membantu perkembangan tubuh. Kolesterol memainkan peranan dalam hubungan seks kerana ia penting untuk perkembangan hormon seks. Pada wanita, kolesterol membantu pengeluaran estrogen dan progesteron. Pada lelaki, ia membantu pengeluaran testosteron.

Tanpa hormon-hormon tersebut, badan tidak dapat membentuk sifat fizikal tertentu yang berkaitan dengan jantina, seperti payudara untuk wanita atau bulu pada badan untuk lelaki. Hormon-hormon ini juga penting untuk pembiakan, jadi badan perlukan kolesterol yang optimum untuk menghasilkan hormon-hormon ini.Tetapi akan menjadi sebaliknya jika kolesterol terlalu tinggi.

Kolesterol tinggi boleh menyebabkan erectile dysfunction
Bagi lelaki, kesukaran untuk ereksi ada pelbagai punca, termasuk stress, keletihan, medication, masalah prostat, atau kolesterol tinggi. Terlalu banyak kolesterol menyebabkan arteri tersumbat dan menyekat aliran darah. Aliran darah yang terhad adalah bad news untuk zakar kerana erection bergantung pada aliran darah ke zakar.

Jika ada masalah mengekalkan erection, sila berjumpa doktor. Salah satu perkara pertama yang mungkin diperiksa oleh doktor adalah tahap kolesterol, yang bermaksud anda perlu membuat perubahan pada diet untuk kembali 'sihat'.

Kolesterol tinggi boleh menyebabkan wanita kurang berminat dengan seks
Kolesterol boleh melambatkan atau menyekat aliran darah ke organ pembiakan. Sama seperti kolesterol tinggi dapat mempengaruhi ereksi lelaki, ia juga dapat mempengaruhi kemampuan wanita untuk terangsang. Kolesterol akan berkumpul di arteri dan menyukarkan darah untuk sampai ke kawasan pelvis. Itu menyukarkan wanita untuk terangsang.

Menggunakan pelincir (lubricant) sama sekali tidak akan menyelesaikan masalah seksual wanita. Sebahagian arteri yang tersumbat lead to the clitoris. Ini antara punca kenapa wanita susah orgasme. Again, tanyakan kepada doktor untuk memastikan bahawa kolesterol adalah penyebabnya, dan bukan sebab-sebab lain.

"Kalau penyebabnya adalah kolesterol adakah itu bermakna it is ok?"

Bukan begitu. Kolesterol tinggi adalah bahaya untuk kesihatan. Tetapi, kolesterol bukanlah sejenis penyakit. Ia hanya punca yang boleh menyebabkan penyakit (darah tinggi, jantung). Jika penyebabnya adalah kolesterol, hanya perlukan perubahan diet.

Antara yang boleh dicuba adalah NUTRIJUICE. Nutrijuice membantu kolesterol kembali ke paras yang normal. Kami cadangkan anda beli 4 botol Nutrijuice sekaligus. 4 botol cukup untuk 2 bulan (bergantung pada size sudu). Sebelum mengambil Nutrijuice pastikan ambil bacaan kolesterol terlebih dahulu. Selepas penggunaan 2 bulan, check kolesterol kembali.
Diana Ishak
Read more
107 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart