Berat badan saya menurun tetapi kenapa kolesterol meningkat?


Kemampuan berat badan untuk berkurangan ketika berdiet adalah berbeza bagi setiap orang. Ia memerlukan perhatian yang berterusan tentang bagaimana badan bertindak balas terhadap teknik penurunan berat badan.

Banyak hal boleh berlaku semasa proses penurunan berat badan. Ada kaitan dengan genetik dan gabungan faktor biologi dan persekitaran. Tindak balas berat badan setiap orang berbeza, maka penting untuk mengetahui petunjuk yang badan berikan.

Salah satu pentunjuk adalah kolesterol.

Kolesterol yang meningkat semasa penurunan berat badan is not always a cause for concern. Dalam beberapa kes, it’s completely NORMAL. Kolesterol yang meningkat ketika menurunkan berat badan adalah disebabkan oleh pengecutan sel-sel lemak. Sel lemak dan kolesterol dalam tisu lemak menjadi loose (displaced) ketika sel lemak mengecut.

Kolesterol akan menurun setelah berat badan stabil. Sekiranya tahap kolesterol tetap tinggi, mungkin ada faktor lain yang menyumbang. Contohnya, ketika menjalani diet, seseorang cenderung memakan makanan yang ringkas. Tanpa disedari makanan ringkas itu boleh jadi makanan diproses dan kandungan gulanya tinggi (walaupun tidak manis). Sekiranya kadar kolesterol konsisten meningkat, mungkin ada penyebab lain, contohnya sejarah keluarga dengan penyakit jantung, diabetes dan strok.

Genetik (keturunan) juga penyumbang kepada kolesterol tinggi di mana kolesterol dengan sendirinya meningkat. Keadaan ini dinamakan hiperkolesterolemia di mana seseorang mempunyai kolesterol tinggi walaupun mengamalkan gaya hidup sihat.

Nutrijuice adalah produk khas untuk kolesterol. Ia telah membantu ramai pengguna mendapatkan kolesterol yang normal selepas beberapa botol penggunaan (bergantung kepada seberapa tinggi bacaan kolesterol anda sekarang).

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart