Adakah selamat untuk membuang biji kolesterol pada mata
Mendapan kolesterol, juga dikenali sebagai xanthomas, berlaku apabila kolesterol terkumpul di bawah kulit. Biji-biji kolesterol juga akan mula tumbuh apabila tahap kolesterol di tahap membimbangkan.
Biji kolesterol tidak menyakitkan, dan boleh berlaku di banyak tempat di badan termasuk tapak tangan, kaki, dan kelopak mata. Biji kolesterol bukan kanser dan tidak merebak. Walau bagaimanapun, pertumbuhannya menunjukkan tahap kolesterol yang tidak sihat. Badan menggunakan kolesterol untuk menghasilkan sel baru, dan hormon.
Walau bagaimanapun, kolesterol yang tinggi menyebabkan masalah kesihatan. Penting untuk faham bahawa masalah kolesterol yang tinggi menyebabkan tumbuhnya biji kolesterol, dan percubaan untuk membuang biji ini TIDAK membantu merawat tahap kolesterol anda.
Penyebab biji kolesterol yang pertama adalah HIPERKOLESTEROLEMIA KELUARGA, iaitu keadaan genetik yang menyebabkan kolesterol berkumpul.
Seseorang yang mempunyai HIPERKOLESTEROLEMIA KELUARGA mempunyai tahap kolesterol yang luar biasa tinggi walaupun dalam keadaan kesihatan yang baik.
Penyebab kedua adalah DISLIPIDEMIA. Ini adalah keadaan di mana seseorang mempunyai:
- tinggi kolesterol LDL
- rendah kolesterol HDL
- tinggi total kolesterol (kedua-dua LDL dan HDL)
- tinggi trigliserida
Penyebab ketiga, HYPERTRIGLYCERIDEMIA. Ini adalah trigliserida yang sangat tinggi dalam darah.
OBESITI dan DIABETIS juga penyebab tumbuhnya biji kolesterol. Seseorang boleh menghalang biji kolesterol daripada terbentuk dengan mengekalkan tahap kolesterol di bawah kawalan.
Mendapan kolesterol di sekeliling mata boleh dibuang melalui pembedahan. Deposit kolesterol yang dibuang boleh tumbuh lagi sekiranya kolesterol masih tinggi dalam badan.
Jadi, cara yang paling berkesan menghalang pertumbuhan biji kolesterol adalah dengan mengawal kolesterol terlebih dahulu. Kandungan sterol dalam Nutrijuice telah terbukti secara saintifik mampu menurunkan tahap kolesterol dengan selamat. Sterol adalah kolesterol tumbuhan yang menjadikan kolesterol dalam badan manusia sebagai 'makanannya'.