Kenapa trigliserida yang tinggi dikatakan bahaya?
Trigliserida merupakan sumber tenaga utama badan. Ia memainkan peranan dalam bagaimana badan berfungsi. Trigliserida memindahkan asid lemak ke seluruh badan untuk digunakan di bahagian-bahagian yang memerlukan.
That sounds pretty good, kan? Tapi, kenapa trigliserida yang tinggi dikatakan bahaya?
Apabila trigliserida mencapai tahap tinggi, ia mula memberi kesan negatif kepada badan. But again, bagaimana sesuatu yang diperlukan oleh badan boleh memberi kesan buruk? Lojiknya, semakin tinggi trigliserida, patutnya semakin bagus, betul tak?
Ok, jom kita tengok dari mana asal trigliserida.
Kebanyakan orang dengan trigliserida tinggi, risiko mendapat serangan jantung dan strok lebih tinggi. Mempunyai trigliserida tinggi ditambah lagi dengan LDL tinggi (bad cholesterol) menyebabkan pengumpulan lemak di arteri. Jika darah tidak dapat bergerak dengan bebas melalui arteri-arteri tersebut, serangan jantung dan strok boleh berlaku.
Trigliserida dan kolesterol bukanlah dari jenis lemak yang sama, tetapi saling berkaitan. Ketika trigliserida menurun, kolesterol jahat (LDL) menurun, manakala kolesterol baik (HDL) menaik. Ketika trigliserida menaik, kolesterol jahat (LDL) juga menaik, manakala kolesterol baik (HDL) menurun. Ini bermakna, ketika trigliserida tinggi, tahap kolesterol jahat menjadi lebih berbahaya.
Trigliserida yang banyak dari yang diperlukan oleh badan akan disimpan di tempat yang tak sepatutnya ia berada. Otot adalah salah satu darinya. Trigliserida yang banyak di otot menyebabkan otot resistan terhadap insulin. Otot yang resistan membuatkan berat badan bermasalah untuk turun.
Trigliserida yang sangat tinggi juga menyebabkan pankreatitis yang teruk, yang boleh membawa maut. Pankreatitis dapat mematikan sel yang menghasilkan insulin. Tanpa sel tersebut, badan tidak dapat mengawal blood sugar.
Selain itu, trigliserida yang sangat tinggi menyebabkan masalah pada kulit. Antara yang paling biasa adalah xanthoma pada mata (selaput kekuningan). Walau bagaimanapun, sebaik sahaja kadar gula darah dan lemak (termasuk trigliserida) menurun, xanthoma boleh hilang.
Trigliserida dihasilkan di hati, tetapi ketika tahapnya sangat tinggi, ia menyebabkan fatty liver pula. Fatty liver menyebabkan masalah kerosakan hati dan sirosis.
Selain mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan yang kaya dengan tumbuhan, kami syorkan NUTRIJUICE kerana ia mengandungi sekurang-kurangnya 2 gram sterol yang berupaya menurunkan trigliserida.