Bolehkah buah-buahan menaikkan gula darah?

Pernah dengar orang kata "Tak boleh makan buah kalau ada diabetes"?

Well, secara teori, buah mengandungi karbohidrat dan gula semula jadi yang disebut fruktosa, yang dapat meningkatkan kadar gula dalam darah. Disebabkan buah mempunyai karbohidrat, ia boleh menaikkan gula darah. Maka penting untuk mengira karbohidrat yang dimakan dan mengimbangkannya dengan diet.

Selain karbohidrat dalam buah, indeks glisemik (GI) juga menentukan sejauh mana makanan mempengaruhi gula dalam darah. Indeks glisemik (GI) adalah sistem penilaian untuk makanan berkarbohidrat. GI menunjukkan seberapa cepat makanan mempengaruhi tahap gula darah (glukosa) ketika makanan itu dimakan.

Makan makanan rendah GI membantu mengawal gula darah. But they may not always be good for you kerana gula-gula dan secawan beras perang boleh mempunyai nilai GI yang sama. Walaupun makanan itu rendah GI tetapi jika dimakan dalam hidangan yang besar (large serving) tetap boleh menaikkan gula darah.

Maka cara terbaik adalah dengan menjaga pemakanan. Pilih jenis buah. Dua sudu kismis mempunyai jumlah karbohidrat yang sama dengan sebiji epal bersaiz kecil. Pilih buah segar atau frozen fruit. Buah dalam tin mengandungi sirap gula yang tinggi karbohidrat dan boleh meningkatkan gula darah lebih tinggi daripada buah segar. Kurangkan jus buah kerana ia tinggi karbohidrat dan tidak mempunyai serat untuk mencegah lonjakan gula darah. Banyak minum jus buah meningkatkan risiko diabetes.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart