Apa maksud bacaan ujian kolesterol anda? Bolehkah makanan yang anda makan mengubah tahap kolesterol?

Orang kata semua kolesterol tak bagus untuk badan.

Kolesterol penting untuk badan berfungsi dengan baik. Badan kita memerlukan kolesterol untuk menghasilkan hormon dan membina sel. Kolesterol bergerak dalam darah melalui lipoprotein. Dua jenis lipoprotein adalah LDL [jahat] dan HDL [baik]. Tetapi jika LDL terlalu banyak, ia menumpuk di dinding saluran darah, membentuk plak. Apabila saluran darah membina plak dari masa ke masa, saluran menjadi sempit. Penyempitan ini menyekat aliran darah ke jantung dan dari jantung ke organ lain. Bila aliran darah ke jantung tersumbat, boleh menyebabkan sakit dada atau serangan jantung.


Orang kata kita boleh rasa kalau kolesterol meningkat.

Kolesterol tinggi biasanya tak mempunyai tanda/gejala. Selalunya tahap kolesterol yang tidak sihat hanya disedari ketika mendapat serangan jantung atau strok. Kadang-kadang, ada tanda pada luar badan, contohnya kutil pada kelopak mata dan kemunculan lebihan kulit berwarna kekuningan yang disebut xanthomas. Ini adalah tanda kolesterol tinggi.


Orang kata makan makanan berkolesterol tak akan membuatkan tahap kolesterol badan naik.

Kenyataan itu tidak tepat. It cam be complicated. Makanan tinggi kolesterol biasanya mempunyai banyak lemak tepu. Lemak tepu dapat meningkatkan jumlah kolesterol, jadi lebih baik pilih makanan yang rendah lemak tepu. Makanan yang dibuat dari haiwan, termasuk daging merah, mentega, dan keju, tinggi lemak tepu.


Orang kata, once kolesterol tinggi, there's no other treatment melainkan ambil ubat kolesterol.

Salah! You can do many things to improve your cholesterol levels :

[1] Hadkan makanan tinggi lemak tepu.
[2] Berhenti merokok.
[3] Be active.
[4] Turunkan berat badan [it helps]
[5] Cubalah NUTRIJUICE.


Siapa yang digalakkan mencuba Nutrijuice?

[1] Yang mempunyai bacaan LDL yang tinggi.
[2] Yang menghidap cardiovascular disease yang sudah mengalami penyempitan arteri kerana terlalu banyak plak.
[3] Yang sudah ada gejala sakit dada.
[4] Yang ada tanda-tanda kolesterol pada kulit dan mata.
[5] Yang sering kebas-kebas kaki.

Kumpulan [2] mungkin memerlukan ubat kolesterol juga. Berbincanglah dengan doktor mengenai cara terbaik menguruskan kolesterol anda.

Diana Ishak
Read more

Madu dan Berat Badan - Bolehkah menurunkan berat badan dengan madu?

1. Madu sememangnya makanan bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam. Sebab itulah ia dikatakan gula semulajadi.

2. Sebenarrnya madu boleh membantu menurunkan berat badan kerana :

  • mengurangkan selera makan
  • membantu badan membakar lemak

3. Tetapi jangan salah faham dengan keajaiban madu. Madu tetap mengandungi KALORI. Jika anda ingin mengawal berat badan dengan, jangan lupa kira kalori madu. Walaupun ia mempunyai banyak manfaat kesihatan berbanding gula halus, it is sugar nonetheless.

4. Pakar pemakanan mencadangkan untuk memulakan pagi dengan mencampurkan sesudu madu dan setengah biji jus lemon ke dalam secawan air suam. Bukan sahaja campuran tersebut membantu menurunkan berat badan tetapi juga meningkatkan imuniti. 

Jadi sekarang anda dah faham kenapa kami katakan BASIC VALUE PACK adalah weight loss booster? Ini kerana di dalam pek ini ada Nutrijuice yang mengandungi ekstrak lemon dan madu. 

Diana Ishak
Read more

Diabetes dan kolesterol tinggi boleh berlaku serentak.

Sekiranya anda menghidap diabetes DAN kolesterol tinggi, you’re not alone. Diabetes mampu menurunkan tahap HDL [kolesterol baik] dan meningkatkan trigliserida dan LDL [kolesterol jahat]. Kedua-duanya meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Tahap kolesterol yang tinggi boleh membahayakan. Kolesterol adalah sejenis lemak yang ada di dalam arteri. Dari masa ke masa, ia boleh mengeras membentuk plak. Ini akan merosakkan arteri, menjadikannya keras dan sempit serta menghalang aliran darah. Disebabkan itu, jantung harus bekerja lebih kuat untuk mengepam darah. Risiko serangan jantung dan strok meningkat akibat keadaan ini.

Apabila anda menghidap diabetes, terlalu banyak glukosa dalam darah akan menyukarkan aliran darah ke seluruh badan. Dan mempunyai kolesterol tinggi dapat membuatkan keadaan menjadi lebih teruk. Kami akan terangkan bagaimana gula yang tinggi dan kolesterol boleh medatangkan masalah pada penghidap diabetes.

Anda mempunyai saluran darah ke seluruh badan anda. Salur darah membawa darah ke organ penting seperti jantung, ginjal dan otak. Darah terdiri daripada banyak sel darah individual. Apabila terlalu banyak gula dalam darah, sel darah menjadi melekit dan melekat pada dinding dalam saluran darah. Dinding saluran darah juga menjadi melekit dan ini menyebabkan benda-benda lain dalam darah melekat pada dinding seperti kolesterol.

Kolesterol adalah sejenis lemak dalam darah dan apabila bahan berlemak ini memenuhi lapisan dinding yang melekit, ia mulai menumpuk dan membentuk gumpalan. Gumpalan ini dapat menghentikan aliran darah yang mengalir melalui saluran darah. Oleh itu, kolesterol tinggi yang digabungkan dengan gula yang juga tinggi dalam darah akan menyebabkan lebih banyak masalah untuk aliran darah anda. Ini bermakna darah tidak dapat mengalir ke tempat yang diperlukan seperti jantung, dan akhirnya boleh menyebabkan serangan jantung.

Nutrijuice dihasilkan dengan bertujuan untuk membantu merendahkan kandungan kolesterol dalam darah. Masa yang diperlukan untuk menurunkan kandungan kolesterol dalam badan sering bergantung kepada beberapa faktor, termasuk sejauh mana agresifnya rawatan kolesterol tersebut, kecenderungan genetik dan berapa tinggi paras kolesterol sebelum rawatan dilakukan.

Diana Ishak
Read more

Bagaimana kaitan tiroid dan kolesterol?

Kolesterol tinggi adalah faktor risiko penyakit jantung dan strok. Diet dan pilihan gaya hidup lain sering menjadi penyebab kolesterol tinggi. Tetapi kadang-kadang masalah kesihatan lain seperti gangguan tiroid, adalah penyebab.

 

Apa Kesan Tiroid Terhadap Kolesterol?

Penghasilan terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon tiroid boleh meningkatkan risiko kolesterol darah yang tidak normal. Kami akan terangkan hubungan antara tiroid dan kolesterol dalam post ini.

Apabila tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi, ia tidak aktif, yang disebut hipotiroidisme. Menghasilkan terlalu banyak hormon membawa kepada tiroid yang terlalu aktif, yang disebut hipertiroidisme.

Simptom hypotiroidisme :

  • Sembelit
  • Berat badan naik
  • Kulit kering
  • Kerap sakit sendi
  • Haid tidak teratur
  • Stress

Simptom hypertiroidisme :

  • Kerap cirit-birit
  • Sukar tidur
  • Berat badan menurun
  • Mood swings
  • Mudah gugup
  • Mudah marah

 

Memahami kaitan antara tiroid dan kolesterol

Hormon tiroid, terutamanya T3, berperanan dalam membantu hati membuang lebihan kolesterol dari badan. Apabila badan tidak menghasilkan hormon tiroid yang cukup, hati tidak dapat memproses kolesterol dengan sempurna. Hati membuang kolesterol "jahat" ke dalam darah lebih dari yang sepatutnya, menyebabkan tahap kolesterol "jahat" menjadi tinggi.

Kalau anda didiagnosis dengan kolesterol tinggi, cuba minta doktor periksa tahap hormon tiroid. Di samping itu harus memantau kadar kolesterol secara berkala dan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko terkena kolesterol tinggi.

Kebanyakkan pengguna melihat hasil pengambilan Nutrijuice selepas 2-3 botol penggunaan. Tetapi jika kolesterol tidak turun lansung atau meningkat, cuba dapatkan rawatan tiroid. Selalunya doktor akan memberikan ubat kolesterol. Sekiranya anda sudah mula mengambil ubat kolesterol, sila berhenti mengambil Nutrijuice.

 

Diana Ishak
Read more

UBAT KOLESTEROL BUKAN UBAT AJAIB, BEGITU JUGA DENGAN NUTRIJUICE!

Kebanyakan kita mahukan ubat kolesterol yang boleh jadi 'magic bullet' untuk menurunkan kolesterol dengan cepat. Even statin [ubat kolesterol] yang diambil setiap hari belum terbukti berkesan dalam menstabilkan bacaan kolesterol sekiranya kita tidak berpantang makanan.

Maknanya, kalau kita ambil statin dalam masa yang sama mengambil makanan rendah kolesterol, you may not need to take the pill. Begitu juga dengan Nutrijuice. Ia bukanlah produk ajaib yang boleh menurunkan kolesterol sekelip mata, apatah lagi kalau kita tetap mahu makan makanan high cholesterol.

Statin dan Nutrijuice sama-sama dapat berfungsi dengan baik hanya apabila ANDA membuat pilihan yang sihat dalam diet anda.

Nutrijuice boleh membantu, tetapi jangan fikir bila sudah ambil Nutrijuice you can eat whatever you want.

Cara terbaik merawat kolesterol adalah dengan mencegahnya dari menjadi tinggi kerana kolesterol tinggi bermaksud risiko mendapat sakit penyakit jantung juga lebih tinggi.

Kolesterol cenderung untuk meningkat seiring bertambahnya usia. Dan sesetengah orang ada masalah metabolik yang menyebabkan badan menghasilkan kolesterol secara berlebihan. Tetapi ramai ada kolesterol tinggi mendapatkannya dari gaya hidup. Berat badan berlebihan adalah salah satu punca.

Ramai pengguna Nutrijuice berkongsi bacaan kolesterol yang menurun setelah mengambil Nutrijuice 2-3 bulan. Kami percaya, ia bukanlah kerana Nutrijuice semata-mata tetapi juga usaha mereka untuk mengawal pemakanan.

TAHNIAH!

Pengguna Nutrijuice dinasihatkan untuk :

[i] menurunkan berat badan [jika overweight]

[ii] makan makanan yang rendah kolesterol.

[iii] berhenti merokok.

Jika mahu, banyakkan makan sayur dan buah. Kenapa?

Tahukah anda sayuran dan buah ada kolesterol tersendiri yang boleh 'memakan' kolesterol dalam badan kita?

Tumbuhan ada STANOL dan STEROL yang berfungsi mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus. Bila usus kurang menyerap kolesterol, maka lebih banyak kolesterol keluar dari badan dalam bentuk najis. Bila banyak kolesterol keluar dari badan, tahap kolesterol dalam darah pun menurun.

Kaedah inilah yang kita gunapakai pada NUTRIJUICE. Nutrijuice ada ekstrack stanol dan sterol dari tumbuhan terpilih.

BOLEHKAH SAYA AMBIL NUTRIJUICE BERSAMA-SAMA UBAT KOLESTEROL?

Boleh, tetapi Nutrijuice tidak boleh menggantikan apa yang ditetapkan oleh doktor. Bermakna, kalau selagi doktor arahkan anda ambil ubat kolesterol, sila patuh. At the same time, anda boleh ambil Nutrijuice. Insyallah, it works.

Jika anda sudah pun berjaya menurunkan kolesterol dengan Nutrijuice, kongsikan dengan kami pengalaman anda.

 

Diana Ishak
Read more

Kurus pun boleh dapat kolesterol tinggi.

Orang yang berbadan kurus selalu menyangka mereka tidak ada masalah kesihatan kerana masalah kesihatan selalunya dikaitkan dengan orang yang ada masalah berat badan. Berat badan yang overweight memang berisiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit tetapi belum tentu lagi badan yang kurus tidak mempunyai masalah kesihatan. Kita semua boleh mempunyai masalah kesihatan at any size, and we might not even know it.

On the outside, seseorang kelihatan sihat dan fit, tetapi di dalam? Rupa-rupanya ada kolesterol yang sangat tinggi menghampiri tahap strok.

Apa yang ramai tidak tahu, 1/4 dari manusia yang tidak berlebihan berat badan mempunyai risiko sakit jantung akibat kolesterol tinggi atau tekanan darah tinggi. Kolesterol tidak mengenal jenis badan dan berat badan. Berat badan seseorang tidak menentukan tahap kolesterolnya rendah.

Bahkan pelari maraton yang aktif berlari/bersenam juga berisiko mendapat kolesterol tinggi. Jim Fixx, penulis "The Complete Book of Running" yang juga seorang pelari maraton yang aktif melibatkan diri dalam larian marathon meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 1984. Serangan itu berpunca dari arteri yang tersumbat oleh kolesterol. Kajian menunjukkan larian atau senaman yang berlebihan dapat meningkatkan pengumpulan plak koronari [akibat kolesterol]. Jadi jangan pandang mudah dengan skinny fat. Kerana di dalam tubuh yang kurus, mungkin ada salur darah yang sedang tersumbat dengan kolesterol. 

Diana Ishak
Read more

Trigliserida [kolesterol] penyebab berat badan susah untuk turun

Memiliki LDL tinggi [kolesterol jahat] memberi kesan buruk terhadap mekanisme sistem kardiovaskular. Ini kerana, ia mempengaruhi pengaliran darah dalam pembuluh darah.

Sebagaimana yang kita tahu, darah adalah medium pengangkutan utama dalam badan. Ia mengangkut pelbagai nutrisi dan oksigen ke sel-sel tubuh. Jika kolesterol terbentuk dalam pembuluh darah, ini mengakibatkan aliran darah tidak dapat mengalir seperti yang sepatutnya lantas mewujudkan komplikasi.

Berat badan yang melampau adalah konsekuensi terbesar mengapa kolesterol meningkat dalam badan dan ini juga adalah penyebab kenapa berat badan susah turun dan cepat naik - ada kaitan dengan kolesterol.

Selalunya mereka yang overweight lebih cenderung memilih makanan tinggi lemak dan kolesterol. Makanan tinggi lemak memainkan peranan dalam meningkatkan LDL [kolesterol jahat]. Trigliserida adalah sejenis kolesterol jahat juga. Kalori dan gula yang diambil secara berlebihan bukan sahaja disimpan dalam sel lemak tetapi juga ditukarkan menjadi trigliserida. Trigliserida yang tinggi dalam badan adalah salah satu punca kenapa berat susah untuk turun.

Diana Ishak
Read more

Pesakit diabetis boleh ambil Nutrijuice?

Nutrijuice tak mengandungi gula. Hanya stevia.

Jadi, secara lojiknya, Nutrijuice boleh diambil oleh pesakit diabetis.

Walaubagaimanapun, Nutrijuice ada madu. Dan madu boleh mempengaruhi gula dalam darah. Madu sebenarnya lebih manis daripada gula pasir dan madu juga ada kandungan karbohidrat dan kalori yang lebih sedikit lebih dari gula pasir.
Tak ada perbezaan ketara pun kalau anda gantikan penggunaan gula pasir dengan madu. Tapi, kalau anda lebih suka rasa madu, silakan guna tapi dalam kuantiti sederhana. 

Walaupun kami tak cadangkan mana-mana pesakit diabetis ambil Nutrijuice, terdapat beberapa pengguna yang memberi respon bacaan gula dalam darah mereka turun selepas mengambil Nutrijuice. Boleh jadi ini akibat dari tindakbalas pelbagai bahan di dalam Nutrijuice yang menjadikannya begitu. Jadi, kalau ada pengidap diabetis nak cuba Nutrijuice, terpulang. 




Diana Ishak
Read more

Apa kaitan NUTRIJUICE dengan kelegaan sakit kaki yang dialami oleh sesetengah pengguna?


1. Lemon.
Lemon sangat berkesan terhadap asid urik. Asid urik sentiasa dihasilkan oleh badan. Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan sakit pada sendi. Minum perahan jus lemon setiap hari adalah antara usaha untuk merawat arthritis.

2. Delima
Delima mengurangkan sakit sendi. Delima boleh dimakan samada dengan mengambil jusnya atau buah terus. Buah delima yang diambil setiap hari boleh mengurangkan tekanan pada sendi pesakit arthritis rheumatoid.

3. Madu
Madu yang diambil secara teratur 2 kali sehari dikatakan boleh merawat arthritis kronik.

Tiga bahan inilah yang sebenarnya memberikan bonus kepada pengguna Nutrijuice. Gabungan ketiag-tiga ini bukan saja membantu menstabilkan kolesterol dalam darah tetapi juga setiap satunya membantu melegakan sakit sendi.
.

Diana Ishak
Read more

Anda sering sesak nafas?

.

"Sesak nafas punca awal kolestrol tinggi"😱

.

✴️Sesak nafas boleh terjadi pada orang yang memiliki kandungan kolesterol tinggi dalam tubuh.

✴️Hal ini disebabkan kerana paru-paru tidak mendapatkan jumlah oksigen yang cukup akibat terlalu banyak kolesterol dalam darah.

✴️Selain itu, biasanya orang yang memiliki kolesterol berlebihan juga terkena gangguan seperti kegemukan dan obesiti. Obesiti boleh menyebabkan beberapa organ pernafasan terbantut kerana lemak yang terkumpul dalam beberapa bahagian tubuh.

.

Dengan Nutrijuice yang merupakan gabungan sumber semulajadi ini diformulasikan untuk membantu mengurangkan tahap kolestrol dalam darah sekaligus meransang tindakbalas positif fungsi badan manusia melawan pelbagai penyakit.

Syiema Suaid
Read more

Check kolesterol setiap 2 bulan.

.

Anda mungkin sering mendengar berkenaan serangan jantung, namun adakah anda mengetahui penyebab penyakit ini ? 

.
Penyakit ini berlaku apabila pembuluh darah (arteri) menjadi sempit akibat penyumbatan plak lemak dan kolesterol mengakibatkan aliran darah terganggu dan tidak boleh mengalir ke jantung. 
.
Otot jantung akan mengalami kekurangan oksigen dan menyebabkan “ischaemia”. Jika penyumbatan pembuluh darah di tahap yang teruk (75%) bekalan oksigen akan terhenti. 
.
Otot jantung yang terlibat akan mati. Ini boleh menyebabkan serangan jantung yang teruk dan boleh membawa kematian.

.

Nutrijuice membantu merendahkan kolestrol secara semulajadi. Boleh lihat testimoni pengguna yang berjaya menurunkan kolestrol dalam masa hanya 2-3 minggu.
https://greenaard.myshopify.com/pages/testimoni-nutrijuice

Syiema Suaid
Read more

Resepi mengurangkan kolesterol

Nak turunkan kolesterol secara alami?

Boleh.
Resepinya ada pada gambar ni.
.
SETIAP HARI, ambil :
.
✔️ 4 biji epal
✔️ 6 biji delima
✔️ 4 biji lemon
✔️ 2 buku bawang putih mentah 
✔️ secubit safron
✔️ beberapa biji kurma
✔️ madu
.
.
Itu adalah menu harian yang MESTI DIAMBIL SETIAP HARI untuk mengurangkan kolesterol.
.
Tapi, kenapa nak susah-susah kalau ada cara yang lebih senang?
NUTRIJUICE juga ada KESEMUA bahan dalam gambar.
Semua bahan diesktrak dan dibotolkan dalam 1 botol.
Hanya ambil 1 sudu pagi dan 1 sudu petang.
Insyallah, dalam masa 2 minggu boleh lihat hasilnya.
Tengok testimoni pengguna di sini :
https://greenaard.myshopify.com/pages/testimoni-nutrijuice

Diana Ishak
Read more
100 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart