Bolehkah saya "membakar" kolesterol dengan bersenam?
Ramai yang tahu bahawa lemak is bad, tetapi masih ramai yang keliru bahawa kolesterol berbeza dengan lemak. The fat issue is actually the most clearly defined topic in nutrition. Tapi kolesterol...hmmmm.
Kolesterol adalah sejenis lipid, sama seperti lemak. Tetapi, tidak seperti lemak, kolesterol TIDAK DAPAT DIHILANGKAN dengan cara bersenam. It can't be exercised off, sweated out or burned for energy.
Ingat lagi Jim Fixx? Beliau adalah seorang pelari marathon yang konsisten bersenam/berlari dan pernah menghasilkan buku bertajuk The Complete Book of Running. Sebagai seorang yang rajin bersenam, sangat tak masuk akal apabila beliau meninggal akibat kolesterol tinggi (blocked jantung). Tetapi, itulah yang berlaku.
Lemak dan kolesterol sama-sama bergerak di dalam darah. Ia bergerak dengan bantuan lipoprotein.
- LDL bermaksud lipoprotein berketumpatan rendah.
- Ia disebut kolesterol "buruk".
- LDL yang tinggi menyebabkan penumpukan kolesterol di arteri.
- HDL bermaksud lipoprotein berketumpatan tinggi.
- Ia disebut kolesterol "baik".
- Ia membawa kolesterol dari bahagian badan ke hati anda. Hati membuang kolesterol dari badan.
Kolesterol dalam badan dibawa oleh LDL dan HDL. Jika LDL tinggi, maka lebih banyak kolesterol dibawa oleh LDL dan bertumpuk pada arteri. Jika HDL tinggi, maka lebih banyak kolesterol diangkut melalui HDL ke hati dan dibuang dari badan.
Sebab itulah, kolesterol hanya boleh turun bila LDL turun. Ada banyak cara untuk menurunkan LDL dan menambahkan HDL, antaranya :
- kurangkan pengambilan lemak tepu.
- kurangkan berat badan (bersenam bertujuan untuk kurangkan berat badan, bukan untuk kurangkan kolesterol. Jangan salah faham)
- quit smoking
- kurangkan pengambilan steroid and some high blood pressure medicines.
- kawal blood sugar dalam darah
Salah satu cara yang telah terbukti secara saintifik adalah pengambilan STEROL DAN STANOL tumbuhan. Sterol dan stanol ada dalam tumbuhan tetapi kandungannya berbeza-beza. Sterol dan stanol adalah sejenis kolesterol tumbuhan yang menjadikan kolesterol manusia sebagai "makanannya".