Madu : Baik atau Buruk?

Madu sering dikatakan alternatif untuk gula biasa. Ia ada banyak manfaat kesihatan dan kandungan antioksidan yang tinggi. Walaupun profil pemakanan berbeza-beza bergantung pada jenisnya, satu sudu makan madu biasanya ada 64 kalori.

Madu kaya dengan beberapa antioksidan penting, seperti asid fenolik dan flavonoid. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa antioksidan ini dapat melindungi dari penyakit jantung dan diabetes. Jadi, menukar gula biasa kepada madu boleh meningkatkan kesihatan jantung.

Madu juga dapat menurunkan kadar trigliserida [kolesterol]. Trigliserida yang tinggi dalam badan bukan sahaja boleh meningkatkan kolesterol tetapi juga menyebabkan anda susah menurunkan berat badan.

Walaupun begitu, perlu ingat bahawa madu mengandungi kalori. 1 sudu makan bersamaan 64 kalori. Jika tak betul-betul dijaga, ia boleh sabotaj berat badan anda. Walaupun madu tinggi kalori, ia tetap merupakan pilihan yang lebih baik daripada gula halus. Tetapi, ia tetap perlu diambil secara sederhana untuk mengelakkan kesan buruk terhadap berat badan anda.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart