Bagaimana kaitan tiroid dan kolesterol?

Kolesterol tinggi adalah faktor risiko penyakit jantung dan strok. Diet dan pilihan gaya hidup lain sering menjadi penyebab kolesterol tinggi. Tetapi kadang-kadang masalah kesihatan lain seperti gangguan tiroid, adalah penyebab.

 

Apa Kesan Tiroid Terhadap Kolesterol?

Penghasilan terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon tiroid boleh meningkatkan risiko kolesterol darah yang tidak normal. Kami akan terangkan hubungan antara tiroid dan kolesterol dalam post ini.

Apabila tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi, ia tidak aktif, yang disebut hipotiroidisme. Menghasilkan terlalu banyak hormon membawa kepada tiroid yang terlalu aktif, yang disebut hipertiroidisme.

Simptom hypotiroidisme :

  • Sembelit
  • Berat badan naik
  • Kulit kering
  • Kerap sakit sendi
  • Haid tidak teratur
  • Stress

Simptom hypertiroidisme :

  • Kerap cirit-birit
  • Sukar tidur
  • Berat badan menurun
  • Mood swings
  • Mudah gugup
  • Mudah marah

 

Memahami kaitan antara tiroid dan kolesterol

Hormon tiroid, terutamanya T3, berperanan dalam membantu hati membuang lebihan kolesterol dari badan. Apabila badan tidak menghasilkan hormon tiroid yang cukup, hati tidak dapat memproses kolesterol dengan sempurna. Hati membuang kolesterol "jahat" ke dalam darah lebih dari yang sepatutnya, menyebabkan tahap kolesterol "jahat" menjadi tinggi.

Kalau anda didiagnosis dengan kolesterol tinggi, cuba minta doktor periksa tahap hormon tiroid. Di samping itu harus memantau kadar kolesterol secara berkala dan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko terkena kolesterol tinggi.

Kebanyakkan pengguna melihat hasil pengambilan Nutrijuice selepas 2-3 botol penggunaan. Tetapi jika kolesterol tidak turun lansung atau meningkat, cuba dapatkan rawatan tiroid. Selalunya doktor akan memberikan ubat kolesterol. Sekiranya anda sudah mula mengambil ubat kolesterol, sila berhenti mengambil Nutrijuice.

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart