Diabetes dan kolesterol tinggi boleh berlaku serentak.
Sekiranya anda menghidap diabetes DAN kolesterol tinggi, you’re not alone. Diabetes mampu menurunkan tahap HDL [kolesterol baik] dan meningkatkan trigliserida dan LDL [kolesterol jahat]. Kedua-duanya meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.
Tahap kolesterol yang tinggi boleh membahayakan. Kolesterol adalah sejenis lemak yang ada di dalam arteri. Dari masa ke masa, ia boleh mengeras membentuk plak. Ini akan merosakkan arteri, menjadikannya keras dan sempit serta menghalang aliran darah. Disebabkan itu, jantung harus bekerja lebih kuat untuk mengepam darah. Risiko serangan jantung dan strok meningkat akibat keadaan ini.
Apabila anda menghidap diabetes, terlalu banyak glukosa dalam darah akan menyukarkan aliran darah ke seluruh badan. Dan mempunyai kolesterol tinggi dapat membuatkan keadaan menjadi lebih teruk. Kami akan terangkan bagaimana gula yang tinggi dan kolesterol boleh medatangkan masalah pada penghidap diabetes.
Anda mempunyai saluran darah ke seluruh badan anda. Salur darah membawa darah ke organ penting seperti jantung, ginjal dan otak. Darah terdiri daripada banyak sel darah individual. Apabila terlalu banyak gula dalam darah, sel darah menjadi melekit dan melekat pada dinding dalam saluran darah. Dinding saluran darah juga menjadi melekit dan ini menyebabkan benda-benda lain dalam darah melekat pada dinding seperti kolesterol.
Kolesterol adalah sejenis lemak dalam darah dan apabila bahan berlemak ini memenuhi lapisan dinding yang melekit, ia mulai menumpuk dan membentuk gumpalan. Gumpalan ini dapat menghentikan aliran darah yang mengalir melalui saluran darah. Oleh itu, kolesterol tinggi yang digabungkan dengan gula yang juga tinggi dalam darah akan menyebabkan lebih banyak masalah untuk aliran darah anda. Ini bermakna darah tidak dapat mengalir ke tempat yang diperlukan seperti jantung, dan akhirnya boleh menyebabkan serangan jantung.
Nutrijuice dihasilkan dengan bertujuan untuk membantu merendahkan kandungan kolesterol dalam darah. Masa yang diperlukan untuk menurunkan kandungan kolesterol dalam badan sering bergantung kepada beberapa faktor, termasuk sejauh mana agresifnya rawatan kolesterol tersebut, kecenderungan genetik dan berapa tinggi paras kolesterol sebelum rawatan dilakukan.