Pedih ulu hati atau serangan jantung - Bila anda perlu risau

Pedih ulu hati dan serangan jantung sukar untuk dibezakan.

Anda baru sahaja selesai makan dan kemudian merasa dada mencucuk-cucuk. Mungkin pedih ulu hati, kan? Mungkin, tetapi ada kemungkinan sakit dada itu disebabkan oleh kurangnya aliran darah ke jantung (angina) atau sebenarnya itu adalah serangan jantung.

Pedih ulu hati, angina dan serangan jantung may feel very much alike. Doktor yang berpengalaman can't always tell perbezaan ini. Itulah sebabnya, kalau kita mengadu sakit dada, pihak hospital segera menjalankan ujian untuk mengesahkan serangan jantung.

Sekiranya mengalami sakit dada yang berterusan dan anda tidak pasti itu pedih ulu hati atau bukan, dapatkan bantuan kecemasan, lebih-lebih lagi jika sakit dada yang hanya hilang selepas beberapa jam.

Pedih ulu hati adalah kesakitan yang disebabkan oleh asid pencernaan (digestive acid) yang bergerak ke dalam esofagus.

Ciri khas pedih ulu hati :

- Bermula dengan rasa pedih di bahagian atas perut dan naik ke dada.
- Biasanya berlaku selepas makan atau ketika berbaring atau membongkok.
- Boleh berlaku jika makan dalam masa dua jam sebelum tidur.
- Biasanya lega dengan antasid.
- Mungkin disertai dengan rasa masam di mulut terutamanya ketika sedang berbaring.


Tanda dan gejala serangan jantung :

- Rasa sesak dan sakit di dada atau lengan yang boleh merebak ke leher, rahang atau belakang. Ini disertai dengan kulit di kawasan terbabi menjadi kemerahan.
- Mual, senak, pedih ulu hati atau sakit perut.
- Sesak nafas.
- Peluh sejuk.
- Keletihan.
- Pening tiba-tiba.

Gejala serangan jantung yang paling biasa adalah sakit dada atau sesak dada. Wanita lebih cenderung mengalami beberapa gejala lain, seperti sakit rahang, sakit belakang, sesak nafas, mual atau muntah. Masalah jantung lebih kerap berlaku pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes atau kolesterol tinggi. Merokok dan berlebihan berat badan adalah faktor tambahan.


Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart