Anda mungkin mempunyai kolesterol tinggi dan tidak menyedarinya

Selalunya, tiada simptom khusus menandakan kolesterol anda sedang tinggi. Seseorang yang mempunyai kolesterol tinggi, badannya menyimpan kolesterol tambahan dalam arteri. Arteri adalah saluran yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan. Pengumpulan kolesterol dalam arteri dikenali sebagai plak. Lama kelamaan, plak menjadi keras dan menjadikan arteri sempit.
Mendapan plak yang besar boleh menyekat arteri sepenuhnya.

Plak kolesterol juga boleh pecah, menyebabkan pembentukan darah beku yang menghalang aliran darah. Laluan arteri ke jantung yang tersumbat boleh menyebabkan serangan jantung. Laluan arteri ke otak yang tersumbat pula boleh menyebabkan strok. Ramai orang tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai kolesterol tinggi sehinggalah mengalami salah satu daripada kejadian yang mengancam nyawa tersebut. Tahap kolesterol boleh diketahui melalui ujian darah.

Apa punca kolesterol tinggi?

Hati menghasilkan kolesterol, tetapi badan juga mendapat kolesterol daripada makanan. Makan terlalu banyak makanan yang tinggi lemak boleh meningkatkan tahap kolesterol. Sejarah keluarga juga mempengaruhi tahap kolesterol. Sains menunjukkan bahawa kolesterol tinggi cenderung berlaku dalam keluarga. Jika mempunyai ahli keluarga terdekat yang mempunyai kolesterol tinggi, berkemungkinan anda turut memilikinya.

Berat badan berlebihan dan tidak aktif juga menyebabkan kolesterol tinggi. Jika berlebihan berat badan, seseorang berkemungkinan besar mempunyai tahap trigliserida yang tinggi. Sebab itulah pentingnya memastikan badan tidak overweight, kerana bukan sahaja badan menangggung beban yang berat, malah risiko arteri menjadi tersumbat. Combo GC-Nutrijuice ini adalah pakej yang kami cadangkan untuk menurunkan berat badan DAN kolesterol (terutama trigliserida).
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart