Bagaimana kegemukan meningkatkan risiko kolesterol.
Overweight meningkatkan peluang untuk mempunyai terlalu banyak lipoprotein berketumpatan rendah (LDL), atau "kolesterol jahat" dalam darah. Setiap 4kg berat badan yang berlebihan menyebabkan badan menghasilkan 10 miligram kolesterol tambahan SETIAP HARI. Maka, menurunkan berat badan boleh membantu menurunkan kolesterol. Badan memerlukan sedikit kolesterol. Hati menggunakan kolesterol untuk membina sel dan menyimpan lemak. Badan juga menggunakannya untuk membuat vitamin D.
Masalah bermula apabila terdapat terlalu banyak LDL dalam aliran darah. Lebihan LDL menyebabkan lemak terkumpul yang kemudiannya menyekat saluran arteri, dan akhirnya menyekat aliran darah. Itu boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.
Salah satu punca berat badan susah untuk turun adalah ketidakupayaan badan menguruskan trigliserida -- satu lagi bahan berlemak yang diperlukan dalam jumlah yang kecil. Trigliserida terbentuk dalam hati daripada lemak dan glukosa. Jika badan menghasilkan terlalu banyak trigliserida, itu bermakna kandungan lemak dan gula dalam badan adalah tinggi. Trigliserida yang tinggi menyebabkan kolesterol meningkat. Trigliserida yang tinggi juga adalah bukti bahawa simpanan lemak dan gula dalam badan berlebihan. Inilah punca kegemukan.
Menurunkan berat badan mengurangkan jumlah lemak sekaligus menstabilkan tahap kolesterol ke paras normal. Menurunkan berat badan juga boleh membalikkan rintangan insulin supaya badan lebih mampu mengawal hormon dan lipoprotein. Dalam satu kajian, orang yang hilang sekurang-kurangnya 5% berat badan telah mengurangkan tahap LDL, jumlah kolesterol dan trigliseridanya. Tetapi orang yang kehilangan kurang daripada 5% berat badan hanya dapat menurunkan tahap trigliserida sahaja.