Madu dan Diabetes: Adakah Ia Selamat?

Sesetengah orang menambah madu ke dalam kopi dan teh sebagai pemanis. Tetapi adakah madu selamat untuk penghidap diabetes? Jawapan ringkasnya adalah ya, tetapi hanya dalam keadaan tertentu. Penghidap diabetes perlu mengawal pengambilan karbohidrat dan gula, tetapi tidak bermakna mereka perlu mengelakkan gula sama sekali. Secara sederhana, madu bukan sahaja selamat, tetapi mempunyai ciri anti-radang yang mungkin mengurangkan komplikasi diabetes. 

Baiklah, untuk menjelaskan kaitan antara madu dan diabetis, jom kita kenal madu terlebih dahulu. Madu berasal dari nektar dalam bunga. Nektar adalah 80% karbohidrat dan 20% air. Walaupun madu adalah pemanis semulajadi, ia mempunyai lebih karbohidrat dan kalori daripada gula putih. 1 sudu besar madu mempunyai kira-kira 60 kalori dan 17 gram karbohidrat.

Oleh kerana madu adalah gula semula jadi dan karbohidrat, ia secara semulajadi mempengaruhi gula darah. Tetapi, jika dibandingkan dengan gula putih, madu mempunyai has a smaller effect terhadap gula dalam darah. Kajian tahun 2004 mendapati madu menyebabkan peningkatan awal gula dalam darah 30 minit selepas pengambilan. Walau bagaimanapun, paras gula darah kemudiannya menurun dan kekal pada paras yang lebih rendah selama dua jam.

Ini menunjukkan tidak seperti gula putih, madu menyebabkan peningkatan dalam insulin, yang mana insulin mengawal gula darah. Walaupun madu boleh meningkatkan tahap insulin dan membantu penghidap diabetes mengawal gula darah, madu masih belum diistiharkan sebagai pencegah diabetes dari para medical expertise. Tetapi dari sudut pakar makanan, ada hubungkait antara madu dan pencegahan diabetis. Ini kerana madu meningkatkan tahap C-peptide, iaitu bahan yang dilepaskan ke dalam darah apabila badan menghasilkan insulin.

Tahap normal C-peptida bermakna badan menghasilkan insulin yang mencukupi. Insulin yang mencukupi mengawal gula darah ke paras yang lebih baik. Got it? Adakah terdapat risiko memakan madu jika menghidap diabetes? Perlu diingat bahawa madu lebih manis daripada gula. Jika seseorang menggantikan gula dengan madu, dia hanya memerlukan sedikit madu sahaja. Jika membeli madu yang diproses, ia mungkin mengandungi gula atau syrup. Pemanis tambahan boleh menjejaskan gula darah. 

Bagaimana dengan Nutrijuice? Bolehkah pesakit diabetis mengambilnya? Nutrijuice tiada gula putih. Pemanis yang kami gunakan adalah sedikit madu dan stevia. Stevia tidak mempunyai kalori dan tidak meningkatkan paras gula dalam darah. Memandangkan kuantiti madu juga sangat kecil di dalam Nutrijuice, ia hampir tidak menjejaskan gula darah. Kami tidak mengalu-alukan pesakit diabetis untuk mengambil Nutrijuice, tetapi jika mahu mencuba, silakan. Perlu diingat, Nutrijuice BUKAN bertujuan untuk merawat diabetis tetapi menstabilkan kolesterol. Jangan salah faham, ya.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart