Turunkan Kolesterol Dengan Phytosterols
Phytosterols terdapat dalam membran sel tumbuhan. Ia mempunyai struktur yang serupa dengan kolesterol dalam tubuh manusia. Phytosterols menghalang kolesterol daripada diserap. Sebab itulah phytosterols harus menjadi sebahagian daripada eating plan.
Strategi pertama untuk menurunkan kolesterol ialah mengubah suai corak pemakanan. Gantikan lemak tidak sihat (trans dan tepu) dengan yang sihat. Banyakkan makanan berserat seperti buah dan sayur. Jika strategi ini tidak berfungsi sepenuhnya, atau jika ingin menurunkan kolesterol even further, boleh cuba menambah phytosterols pada diet.
Oleh kerana phytosterols secara strukturnya serupa dengan kolesterol badan manusia, apabila ia dimakan, ia bersaing dengan kolesterol untuk penyerapan dalam sistem pencernaan. Akibatnya, penyerapan kolesterol disekat, dan paras kolesterol berkurangan. Keberkesanan phytosterols sangat kuat sehinggakan Program Pendidikan Kolesterol Kebangsaan Amerika mengesyorkan orang yang mempunyai kolesterol tinggi mengambil 2 gram phytosterols setiap hari.
Phytosterols secara semula jadi terdapat dalam kuantiti yang kecil dalam minyak sayuran, kekacang, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tidak mendapat phytosterols yang mencukup. Purata pengambilan adalah kurang daripada 500 miligram (mg) sehari. Jumlah itu sangat jauh dari yang diperlukan untuk menurunkan kolesterol.
Itulah sebabnya banyak pengeluar makanan berusaha menambahkan ekstrak phytosterols ke dalam produk mereka. Nutrijuice ada sterol yang ditambah untuk membantu mengurangkan kolesterol dan membantu menstabilkan tekanan darah. Kandungan phytosterols dalam Nutrijuice adalah optimum untuk kegunaan seharian. Cuba konsisten dengan Nutrijuice selama sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum mengambil semula ujian kolesterol. Lihat hasilnya.
Kepada yang ada masalah overweight, dengar sini. Setiap 4.5 kg lemak berlebihan menghasilkan kira-kira 10 mg kolesterol SETIAP HARI. Bayangkan jika anda sudah overweight selama bertahun-tahun. Sebab itulah kegemukan meningkatkan risiko sakit jantung. Berita baiknya, dengan menurunkan berat badan, tahap kolesterol dapat berkurang perlahan-lahan.