Apa yang ibu perlu tahu tentang ekzema pada bayi.

"Anak saya dapat ekzema dari nursery".

Tidak, Ibu. Ekzema bukan penyakit berjangkit. Ia adalah auto-immune disease yang tidak diketahui secara tepat bagaimana boleh berlaku. Bayi yang mempunyai ekzema TIDAK akan menjangkiti orang lain. Sekiranya anak secara "tiba-tiba" mendapat ekzema, itu pasti ahli keluarga ada sejarah ekzema atau allergi. Check your relatives too. Saintis berpendapat ekzema boleh diturunkan dari gen ibu bapa, but no one is sure why only some children get it.


"Anak saya ada ekzema. Adakah dia akan terus menghidapnya seumur hidup?".

Memang benar tidak ada penawar untuk ekzema, tetapi tidak bermakna anak akan mengalami gatal-gatal kulit selamanya. It tends to get better with time. Ekzema selalunya hilang (simptom berkurangan) ketika usia menjangkau 2-3 tahun. Bagi mereka yang ekzema berpanjangan hingga dewasa, biasanya simptom lebih mild.


"Apa yang saya makan boleh mempengaruhi susu badan".

Ini benar. Ekzema akan menjadi lebih baik pada anak ketika ibu berhenti minum susu dan makan telur. Susu dan telur adalah makanan berisiko allergen hazard (dalam course food safety you will learn this kind of hazard).


"Saya tak mandikan anak dengan kerap supaya ekzemanya berkurangan".

Salah, Ibu. Mandi dengan air suam dan sabun yang mild tidak lebih dari 15 minit membantu mengurangkan simptom ekzema. Elakkan mandi buih atau sabun yang ada pewangi because scented soaps will irritate the skin. Jika guna sabun berbuih, pastikan bilas betul-betul. Sapukan krim atau jeli petroleum within 3 minutes to lock the moisture.


"Anak saya suka main air liur. Ekzema susah nak baik".

Ya, betul. Bayi mudah mendapat ruam/ekzema di sekitar dagu dan pipi. Ini kerana baby selalu drooling. So what can you do? Sapukan jeli petroleum (Vaseline) pada dagu, pipi, dan leher supaya ada barrier antara air liur dan kulitnya.


"Saya pakaikan baju fabrik cotton saja pada anak".

Ibu bijak! Pakaian yang diperbuat daripada kapas DAN longgar akan terasa lebih baik pada kulit bayi. Yang penting basuh pakaiannya sebelum dipakaikan dan gunakan detergen yang bebas pewangi. Salah satu natural remedy yang sesuai untuk kulit bayi adalah MINYAK POKOK TEH (tea tree oil). Tea tree oil adalah antimikrobial, antifungal, dan disinfectant. Minyak ini membantu merawat ruam dan mengurangkan simptom ekzema.

Walau bagaimanapun, tea tree oil adalah minyak yang kuat, it can be harsh on baby skin. Mesti berhati-hati bila menyapukan pada bayi 6 bulan ke bawah. Kalau menggunakan essential oil tea tree, pastikan dilute dengan carrier oil mengikut formula yang tepat kerana essential oil is extremely potent. Selepas dilution dibuat, sapukan small amount dulu pada kulit bayi. Monitor progress selama 24 jam. Jika reaction timbul, stop guna. Walaupun tea tree oil bagus, rawatan ekzema tidak sama bagi semua orang.

Sekiranya tidak pasti dilution yang tepat, cubalah GREEN CLEANSING GEL. Formulasinya terbukti berkesan kepada ramai pengguna yang telah mencubanya. Cleansing Gel ini mengandungi :
- tea tree oil
- olive oil
- coconut oil
- rose water
- cinnamon
- seaweed
- aloe vera

Diana Ishak
Read more

Bukan semua TEA TREE OIL boleh selesaikan masalah kulit.

Minyak pokok teh (tea tree oil), juga dikenali sebagai minyak Melaleuca. Ia adalah minyak pati (essential oil) yang didapatkan melalui kaedah mengukus daun pokok teh.

Tea tree oil bersifat antibakteria. Penyelidikan ke atas tea tree oil menunjukkan:
  • berkesan untuk menghilangkan jerawat.
  • berkesan merawat kelemumur.
  • dengan kombinasi dengan lavender oil, terbukti efektif merawat telur kutu.
  • tidak berkesan dalam merawat kulat pada kuku.
Walaupun tea tree oil popular dalam merawat penyakit kulit, results might vary kerana tidak ada kaedah standard untuk menghasilkan produk tea tree oil yang sesuai untuk semua jenis masalah kulit. it’s like you have to try it first.

Perlu juga diingat bahawa bukan semua tea tree oil memberikan kesan terapeutik yang sama. Walaupun sama-sama dari genus Melaleuca, spesis yang berbeza memberikan tindakbalas yang berbeza.

Melaleuca cajuputi adalah sejenis tea tree oil, tetapi fungsinya untuk treat infection. Tiger Balm and Minyak Telon menggunakan tea tree oil jenis cajuputi.

Melaleuca alternifolia pula lebih efektif pada kulit dan boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam dan masalah kekeringan/menggelupas. GreenAard Cleansing Gel menggunakan spesis ini.

Melaleuca quinquenervia pula adalah jenis tea tree oil yang digunakan untuk merawat migrain/sakit kepala.

Maksudnya, bukan semua tea tree oil boleh merawat masalah kulit. Some people bila dengar produk 'tea tree oil', terus sapu pada kulit. Bila tidak ada hasil positif, lantas menuduh produk tidak berkesan.

Ada 2 sebab produk tidak berkesan bila digunakan:
  • anda menggunakan spesis tea tree oil yang kurang tepat.
  • masalah kulit anda perlukan rawatan yang berbeza.
Untuk spesis Melaleuca cajuputi, pokok terbaik adalah dari Malaysia, Myanmar and Indonesia. No wonder Tiger Balm originally from Myanmar!

Manakala spesis Melaleuca alternifolia, jenis ini hanya terdapat di Australia. Sebab itulah GreenAard sukar menurunkan harga Cleansing Gel kerana kosnya sudah agak tinggi. Tetapi insyallah, GreenAard hanya berikan bahan yang terbaik.
Diana Ishak
Read more

Jerawat yang disebabkan oleh hormon.

Jerawat hormon adalah jerawat yang berkaitan dengan turun naik hormon. Ia boleh mempengaruhi pada usia apa pun dan sangat biasa berlaku pada wanita.

Hormon secara general bukanlah penyebab jerawat tetapi ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan jerawat tumbuh. Ada beberapa faktor yang menyumbang, termasuk haid dan menopaus.

Semasa akil baligh, jerawat sering muncul di zon-T. Ini merangkumi dahi, hidung, dan dagu. Setelah umur meningkat, jerawat tumbuh di bahagian bawah wajah. Ini merangkumi bawah pipi dan sekitar rahang.

Jerawat hormon boleh tumbuh dalam bentuk whiteheads dan jerawat nasi. Ia boleh disebabkan oleh :
  • haid
  • PCOS
  • menopaus
  • peningkatan hormon androgen
Turun naik hormon boleh memburukkan lagi masalah jerawat apabila:
  • kulit menjadi radang (merah dan pedih).
  • kulit mengeluarkan minyak (sebum) yang banyak.
  • folikel rambut tersumbat.
  • bakteria penyebab jerawat merebak dengan banyak.
Wanita mula menopaus pada usia 40-50an. Sebilangan wanita dapat masalah jerawat semasa menopaus akibat penurunan tahap estrogen.

Cara merawat jerawat hormon di rumah:

Gunakan tea tree oil
Minyak ini berfungsi mengurangkan keradangan kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Jika guna EO, cairkan tea tree oil dengan carrier oil seperti minyak kelapa, jojoba, atau zaitun. Cleansing Gel GreenAard ada campuran ketiga-tiga tea tree oil, mintak zaitun dan minyak kelapa.

Gunakan teh hijau
Teh hijau mengurangkan keradangan dalam badan. Cuba minum beberapa cawan teh hijau sehari. Atau, gunakan skincare yang mengandungi sekurang-kurangnya 2% ekstrak teh hijau. Cleansing Gel GreenAard juga mengandungi ekstrak teh hijau. On anothor note, GC Plus juga ada ekstrak teh hijau.

Gunakan alpha hydroxy acid
Asid hidroksi alfa (AHA) adalah sejenis asid tumbuhan. AHA membantu membuang sel kulit mati berlebihan yang menyumbatkan liang pori. AHA membantu meminimumkan parut jerawat. AHA banyak dalam produk yang membantu mengurangkan kedut [anti-aging skincare].

Bahan-bahan dalam Cleansing Gel GreenAard:
  • Tea Tree Oil
  • Ekstrak rumpai laut
  • Ekstrak teh hijau
  • Ekstrak kayu manis
  • Minyak kelapa
  • Minyak zaitun
  • Aloevera
  • Air mawar
  • Glycerin
Diana Ishak
Read more

Hydrator vs Moisturizers: Apa perbezaannya?

Adakah air pelembap yang baik?

Air bukan bahan yang cukup kuat untuk menjaga kelembapan kulit. Sejurus selepas membasahkan wajah dengan air, ia akan tersejat bersama-sama minyak semula jadi kulit. Semakin kerap membasuh muka tanpa menggunakan pelembap atau hydrator, semakin besar potensi kulit akan kering.

Moisturizers adalah bahan berasaskan minyak seperti minyak mineral dan minyak tumbuhan. Moisturizers melindung permukaan kulit dengan cara mencegah air keluar. Ia juga menjadikan kulit terasa lebih licin dan kurang kering. Hydrator pula bahan yang disebut humectants seperti gliserin atau asid hyaluronik, yang menyerap air dari atmosfera dan mengekalkan air tersebut pada kulit.

Penting untuk difahami bahawa kedua-dua hydrator dan moisturizer berfungsi dengan sangat berbeza. Salah pilih boleh merosakkan kulit. Walaupun tujuannya sama untuk menjadikan kulit lebih terhidrat, but the game plan bergantung pada jenis kulit kita. Sekiranya kulit kering secara semula jadi sepanjang tahun dan cenderung mengelupas, mungkin ini bukan disebabkan cuaca tetapi kulit yang susah mengekalkan kelembapan. Untuk itu, perlu gunakan moisturizer untuk lock kelembapan. Bahan-bahan yang boleh dicuba: minyak tumbuhan seperti minyak jojoba dan minyak kelapa. 

Sekiranya kulit kering sekali sekala, cari serum penghidratan yang mengandungi asid hyaluronik yang boleh mengekalkan berat air 1000 kali ganda. Bahan-bahan yang boleh dicuba: asid hyaluronik, aloe vera, glycerin

Tidak ada salahnya menggunakan pelembap dan hydrator sekaligus. Guna hydrator seperti asid hyaluronik terlebih dahulu, diikuti dengan minyak tumbuhan untuk lock kelembapan. If you want to keep things simple, cari produk yang ada kedua-duanya. Bio Cellulose Mask adalah pilihan terbaik untuk mendapatkan mannfaat kedua-duanya. Microfiber yang digunakan mampu menahan air lebih lama bagi menghidratkan wajah sementara di dalam mask ada serum untuk melembapkan kulit.

Diana Ishak
Read more

Berjuta-juta orang mempunyai hama bulu mata tetapi tidak menyedarinya.

Hama bulu mata adalah mikroskopik, jadi manusia tidak dapat melihatnya dengan mata kasar. Secara semula jadi hama ini terdapat di folikel rambut di mana ia memakan sel kulit mati. Salah satu hama ini, Demodex folliculorum paling mempengaruhi bulu mata. Ia memakan sel kulit mati di sekitar bulu mata dan kelopak mata.

Setiap orang mempunyai hama ini dan hama ini boleh tersebar antara manusia dan haiwan. Hama dalam jumlah yang besar dapat menyebabkan masalah kulit. Oleh kerana hama bulu mata tidak kelihatan, manusia tidak dapat mendiagnosis kehadirannya. Simptom kehadiran hama ini pada bulu mata termasuk:
  • kegatalan pada bulu mata dan kulit di sekitarnya
  • kulit bersisik dan kasar
  • kemerahan di sekitar mata
  • rasa pedih di mata anda
  • ruam, seperti eczema
Gejala boleh menjadi buruk dan mengakibatkan keradangan mata. Bulu mata berkerak, mata melekit, dan sering berkelip. Lama kelamaan, boleh menyebabkan kelainan pertumbuhan bulu mata. Hama ini akan menyebabkan gejala yang teruk sekiranya keadaan kulit sudah sedia bermasalah.

Hama bulu mata boleh berjangkit. Ia boleh merebak dari hubungan dekat dengan orang lain yang mengalami serangan hama pada bulu mata atau kulit mereka. Jangan pernah berkongsi alat solekan mata kerana hama ini dapat disebarkan melalui maskara, eyeliner, dan kosmetik lain yang digunakan di sekitar kawasan bulu mata.

Jika mendapat jangkitan hama bulu mata, doktor selalunya akan memberi ubat sapu (krim) untuk membantu memerangkap hama dan mencegahnya merebak dan bertelur. Minyak pokok teh (tea tree oil) adalah salah satu rawatan yang boleh digunakan di rumah untuk rawatan jangkitan hama ini.

Cleasing Gel GreenAard telah banyak membantu menyelesaikan masalah kulit seperti acne dan eczema (boleh lihat testimoni di www.greenaard.com). Cleansing Gel mengandungi bahan aktif terpinen-4-ol yang diesktrak dari tea tree oil. Kandungan bahan aktif yang tinggi ini membuatkan Cleansing Gel cepat merawat masalah kulit. Bahan aktif terpinen-4-ol ini juga merupakan 'racun' buat hama bulu mata. Apabila terkena bahan aktif ini, hama bulu mata mati serta-merta. Mungkin anda boleh gunakan Cleansing Gel untuk membersihkan berus solekan (cadangan kami sahaja).
Diana Ishak
Read more

Genetik Eczema - It's Kind of a Big Deal

ECZEMA bukanlah penyakit yang luar biasa. Lebih dari 100 juta orang seluruh dunia mendapat eczema. Biasanya terjadi pada usia kanak-kanak tetapi orang dewasa masih boleh mendapat eczema secara tiba-tiba. Eczema boleh muncul pada bila-bila masa. Walaupun ia adalah penyakit biasa, it is not easy to deal with.

Punca eczema isn’t totally clear, tetapi ada kaitan dengan faktor luaran dan genetik (family history). Faktor persekitaran, termasuk penggunaan produk penjagaan diri, pencemaran udara, faktor iklim/cuaca seperti panas, sejuk dan lembap, dan makanan boleh menjadi punca eczema. Sekiranya eczema wujud dalam keluarga, peluang untuk mendapat eczema lebih tinggi, walaupun tanpa triggers dari faktor persekitaran. Walaupun eczema tidak boleh dirawat, at least dengan mengetahui sejarah keluarga, kita boleh bersedia dan berjaga-jaga dalam menghadapi eczema kerana separuh dari penghidap eczema will develop asthma dan food allergy.

Sekiranya telah didiagnosis dengan eczema, simptom boleh menjadi bertambah buruk kalau terdedah kepada pencetus eczema, antaranya, persekitaran yang terlalu sejuk atau terlalu kering. Perubahan suhu menghilangkan kelembapan kulit, menyebabkan kulit kering dan bersisik. Berpeluh berlebihan juga boleh merengsakan kulit terutamanya ketika peluh terperangkap, contohnya pada siku, lutut, dan leher.

Dalam keadaan tegang/stress/anxiety, badan mengepam hormon stress (kortisol) menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Sel menghasilkan antibodi alergi dengan cepat. Sel darah putih melepaskan histamin yang menyebabkan gatal-gatal. Terdedah kepada bahan kimia tertentu, termasuk fragrance, sabun, deterjen, dan kosmetik, boleh merengsakan kulit dan membuka peluang untuk tindak balas eczema berlaku.

Tidak kira usia, ramai penghidap eczema mengalami gatal-gatal yang teruk. Gatal-gatal menyebabkan calar, mengakibatkan kulit ada bukaan yang boleh terkena infection bakteria. Infection akan menambah-burukkan lagi keadaan eczema. Cleansing Gel GreenAard diformulasikan khas untuk kulit sensitif seperti eczema dan acne. Ramai yang telah berpuas hati dengan Cleansing Gel. Tetapi perlu diingat, Cleansing Gel bukan magic potion. Ia hanya mengurangkan simptom eczema, meredakan gatal-gatal dan memperbaiki kulit. Eczema will reappear if exposed to the factors that trigger it. Whatsapp 012-7728976 untuk meklumat lanjut tentang Cleansing Gel.
Diana Ishak
Read more

Cara melambatkan penuaan pada kulit

GUNAKAN PELINDUNG MATAHARI (SUNSCREEN)
Memakai pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF 30 SETIAP HARI boleh melambatkan tanda-tanda penuaan pada kulit. Sinar UVB (penyebab utama sunburn) sebahagian besarnya disekat oleh kaca, tetapi sinar UVA (penyebab utama penuaan kulit) dapat menembusi kaca. Sekiranya anda berada dalam jarak beberapa kaki dari tingkap, sinar UVA akan sampai kepada anda.

JANGAN HANYA MENJAGA KULIT WAJAH
Jangan hadkan rejimen pelembap (moisturiser) dan pelindung kulit (sunscreen) hanya pada wajah. Amalkan menggunakan sunscreen dengan sekurang-kurangnya SPF 30 dan losyen di seluruh badan.

GUNA SATU PRODUK BARU PADA SATU MASA
Berikan masa untuk produk bekerja. Mengaplikasi beberapa produk (yang menjalankan fungsi yang sama) kepada kulit tidak akan memperlambat tanda-tanda penuaan dengan segera. Setiap produk kosmetik memerlukan sedikit masa nampak hasilnya, apatah lagi jika kulit damage teruk.

TANGGALKAN SEMUA SOLEKAN SEBELUM TIDUR
Nak wajah awet muda?
Tabiat mencuci muka boleh mempengaruhi penampilan kulit. Basuh muka paling kurang dua kali sehari menggunakan cleanser. Yang paling penting, wajah mesti benar-benar bersih dari solekan terutamanya sebelum tidur. Kulit yang masih ada solekan/bedak sewaktu tidur akan menyumbatkan liang muka apabila bercampur dengan minyak muka.

Nota penting : Kulit mengeluarkan minyak semasa tidur.

IKUTI JADUAL TIDUR YANG BETUL
Tidur sangat penting untuk semua organ termasuk kulit anda. Tidur yang cukup pada waktu yang betul akan memberi kulit masa untuk memperbaharui dirinya setiap hari. Sistem lain di badan meningkat semasa tidur. Terdapat peningkatan pembebasan hormon pertumbuhan semasa tidur serta hormon yang mengatur selera makan. Orang tak cukup tidur lebih cepat lapar.

KEKAL HIDRAT (MINUM DENGAN CUKUP)
Kekeringan boleh menjadikan kedutan muncul lebih cepat. Minum air secukupnya. Air menjadikan badan terhidrat dan membantu mengekalkan keanjalan kulit. Orang yang minum air secukupnya lebih cepat hilang parut luka, kurang kedutan pada kulit dan lambat menunjukkan tanda-tanda penuaan daripada mereka yang minum sedikit air.




Diana Ishak
Read more

Bahayakah SLES/SLS?

SLS [Sodium Lauryl Sulphate] dan SLES [Sodium Laureth Sulphate] adalah antara bahan yang sering dijumpai dalam produk penjagaan dan pembersihan badan - seperti sabun, pencuci muka, syampu, ubat gigi, dan bahan pencuci.
Apakah kesan menggunakan SLS atau SLES pada badan?

Sodium lauryl sulfate (SLS) adalah surfectant yang biasa digunakan dalam produk yang mempunyai sifat 'pembersihan'. Fungsi surfectant adalah untuk mengurangkan ketegangan permukaan air supaya kotoran dan minyak di badan atau pakaian lebih senang dibersihkan dan dibuang.

SLS/SLES juga berfungsi sebagai agen pembuih dalam produk tertentu. Kandungan SLS diperoleh dari MINYAK SAWIT atau MINYAK KELAPA. Ia melalui pelbagai proses kimia semasa penghasilannya sehingga hilang sifat semula jadi.

SLES, atau Sodium Laureth Sulfate adalah sebatian yang berasal dari SLS. SLES dibuat dari bahan asas yang sama dengan SLS iaitu minyak kelapa atau minyak sawit yang direaksikan dengan alkohol melalui proses etoksilasi [ethoxylation]. Proses ini menjadikan SLES lebih selamat digunakan berbanding SLS.

SLS tidak berbahaya apabila digunakan dan segera dibilas dari kulit, seperti syampu dan sabun. Walau bagaimanapun, penggunaan kandungan SLS dalam produk yang bertahan lama pada kulit [krim wajah], kepekatannya tidak boleh melebihi 1%.

Produk GreenAard yang mengandungi SLES adalah Cleansing Gel, dan ia diesktrak dari minyak kelapa. SLES dalam Cleansing Gel adalah sebagai agen pembuih. Untuk merawat kulit berjerawat, SLES mampu membuang lebihan minyak pada jerawat.
Diana Ishak
Read more

Soal Jawab Masalah Kulit dengan GreenAard

Soalan 1 : Mengapa kulit penting?

Kulit adalah organ terbesar badan. Ia mengawal suhu badan, melindungi dari cedera, dan mencegah infeksi. Kulit mengandungi saraf yang memberi rasa sejuk, panas, sakit, tekanan, dan sentuhan.


Soalan 2 : Bagaimana merawat sunburn?
Berikut adalah antara rawatan yang boleh dilakukan :

Cara 1 : Tekapkan kain sejuk/ais ke kawasan yang terjejas.
Cara 2 : Ambil Tylenol (acetaminophen) atau ambil aspirin untuk melegakan ketidakselesaan dan keradangan.
Cara 3 : Sapukan krim hidrokortison 1%.
Cara 4 : Sapukan minyak kelapa.
Cara 5 : Sapukan gel aloe vera.
Cara 6 : Gunakan Cleansing Gel GreenAard yang mengandungi aloe vera + minyak kelapa + tea tree oil.
Cara 7 : Sekiranya sunburn terlalu teruk, sila berjumpa doktor dengan segera.


Soalan 3 : Apa yang menyebabkan jerawat?
Punca sebenar jerawat tidak diketahui, tetapi salah satu faktor adalah peningkatan hormon androgen. Androgen adalah hormon seks lelaki yang meningkat pada lelaki dan perempuan semasa akil baligh. Beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan jerawat jadi teruk adalah :
- geseran yang disebabkan oleh bersandar
- menggaru kulit
- memicit jerawat
- stress

PENTING!
Jerawat bukan disebabkan oleh coklat atau makanan lain.


Soalan 4 : Apa pula yang menyebabkan acne?
Acne disebabkan oleh minyak sebum keluar dengan berlebihan dan pori-pori yang tersumbat. Tak dapat dipastikan kenapa sebilangan orang ada masalah acne dan yang lain tidak, tetapi seperti jerawat, tahap hormon mungkin memainkan peranan.

Acne paling kerap berlaku pada orang muda. 80% daripadanya mengalami masalah acne sebelum usia 30. Acne kurang muncul pada orang yang lebih berusia kerana tahap hormon pada ketika ini lebih stabil. Sekiranya anda ada masalah acne, basuh kawasan terbabit dengan Cleansing Gel GreenAard dengan lembut tidak lebih dari dua kali sehari. Elakkan menggunakan scrub dan toner.


Soalan 5 : Jika saya guna Cleansing Gel GreenAard, berapa lama masa yang diambil untuk kulit sembuh?
Prediction is a tough business. Ia bergantung kepada how severe is your skin condition is. Several days or several weeks, or several months may be necessary for successful skin work. Jika masalah kulit anda adalah jerawat, kawalan emosi juga memainkan peranan. Kami ada testimoni dari pengguna yang ada masalah acne. Penggunaan Cleansing Gel dengan konsisten memberikan hasil yang positif.



Soalan 6 : Perlukah saya berhenti menggunakan krim atau pil yang diberikan oleh doktor jika saya mahu mencuba Cleansing Gel GreenAard?
Typically, by the time people come to GreenAard, they have seen several practitioners and tried a few other products. None of these have been a cure-all. This is something yang mesti anda decide untuk diri sendiri. GreenAard bukan pakar dermatologi, alergi, atau doktor yang berkaitan. Kami menawarkan produk yang kami keberkesanannya telah dicuba ke atas beberapa pengguna yang mengalami masalah yang mungkin sama dengan anda. If we feel our product is not appropriate or may be harmful to you, we will share our concern and strongly urge a second medical opinion.

Whatsapp us for free consultation : 012-7728976

Diana Ishak
Read more

Cara Merawat dan Mencegah Ekzema

Walaupun tidak ada penawar untuk ekzema, anda beberapa cara untuk mengurangkan simptom. Keep in mind that there’s no perfect solution that works for everyone. Dari ubat sapu, ubat makan, sabun, krim, lotion - kita mesti pelembap hingga ubat, mencari tahu apa yang terbaik untuk rawatan. Mungkin memerlukan beberapa trial and error.

Yang PERTAMA, mesti kenal apa yang mencetuskan ekzema. Setiap orang yang ada masalah ekzema mesti ada PENCETUS masing-masing. Yang biasa termasuk :

  • Alergen, seperti bulu binatang, debu, habuk, serbuk
  • Makanan tertentu
  • Sabun dan detergen
  • Perubahan suhu
  • Kain yang kesat
  • Skincare atau wangian
  • Stress
  • Peluh
  • Asap rokok

Jadi, boleh fahamkan kenapa rawatan ekzema tak sama untuk semua orang? Ini kerama PENCETUSnya juga tak sama.

KEDUA, pilih pelembap (Moisturizer) yang betul.

Pelembap adalah first line of defense untuk memastikan kulit tidak kering. Untuk kulit ekzema, ada 3 basic type yang boleh dipilih :

  • Jenis seperti jeli petroleum (ala-ala Vaseline). Ini PALING BAGUS kerana ia menahan kelembapan tetapi agak berminyak.
  • Krim. Menahan kelembapan tetapi tidak sebagus jeli petroleum.
  • Losyen. Nipis, kurang menahan kelembapan dan tak begitu berkesan kerana tak tahan lama.

Semasa menyapukan pelembap, PLEASE BE GENTLE kerana kulit anda sensitif. Jangan gosok tetapi sapu smoothly. Yang paling penting, JANGAN gunakan tangan semasa mengambil pelembap dari bekas. Use a pump. Kalau guna jari, you will leave your germs behind. Dan selepas apply pelembap, cuci tangan.

KETIGA, jangan terlampau kerap mandi, kerana kulit yang kerap terdedah dengan air akan mengurangkan minyak semulajadi pada kulit. Kulit akan menjadi bertambah kering. Setiap kali mandi, JANGAN LEBIH 15 MINIT. Gunakan sabun yang MILD. Paling bagus gunakan BATH OIL kerana ia membantu melembapkan kulit. Jangan scrub dan jangan guna loofah. Semasa mengelap badan, hanya PAT DRY.

Detergent can be harsh on skin, jadi yang KELIMA, pilih dengan bijak. ELAKKAN sabun jenis antibakteria sebab biasanya ia lebih KERAS pada kulit. Deodoran is a NO-NO. Jangan guna sebarang produk yang ada pewarna (dye) atau pewangi. Cari produk yang ada as few additives as possible. TAK PERLU guna fabric softener.

KEENAM, pemilihan pakaian sangat penting kerana pakaian akan menyentuh kulit sepanjang hari, jadi biar pilih yang selesa dan tak merengsakan. The basic rule adalah untuk mengelakkan geseran. Ini bermaksud pakaian kasar, ketat, atau kesat seperti wool, are OUT. Cari jenis fabrik yang lembut dan breathable. Fabrik kapas pilihan paling baik kerana panas dan peluh boleh mencetuskan kerengsaan, jadi penting to stay cool.

Nak menahan diri dari menggaru kulit memang susah, apatah lagi ekzema memang menyebabkan kegatalan kulit. Tetapi, semakin menggaru, kulit akan mudah luka akhirnya cenderung pada jangkitan. Kami cadangkan, letakkan kain basah di kawasan yang gatal kemudian gosok perlahan dengan menggunakan hujung jari sahaja.

GreenAard ada satu produk khas untuk kulit bermasalah seperti EKZEMA, yang sesuai digunakan dari bayi hingga orang dewasa, iaitu CLEANSING GEL. Ia merupakan produk pencuci muka dan badan, boleh juga digunakan sebagai mandian. Cleansing Gel mengandungi 3 jenis minyak - minyak kelapa, minyak zaitun dan minyak pokok teh (tea tree oil). Kesemua minyak ini membantu menambahkan kelembapan pada kulit ekzema. Nak cuba?


Diana Ishak
Read more

Mitos dan Fakta Mengenai Ekzema Pada Bayi

Statement : "Anak saya dapat ekzema dari nursery".

Jawapan : MITOS.

Ekzema bukan penyakit berjangkit. Ia adalah AUTO-IMMUNE disease yang tidak diketahui secara tepat bagaimana ia boleh berlaku. Bayi yang mempunyai ekzema TIDAK akan mengjangkiti orang lain. Sekiranya anak anda secara "tiba-tiba" dapat ekzema, pasti ahli keluarga ada sejarah ekzema atau allergi. Check your relatives too. Saintis berpendapat ekzema boleh diturunkan dari gen ibu bapa, but no one is sure why only some children get it.

Statement : "Anak saya ada ekzema. Dia akan terus menghidapnya seumur hidup".

Jawapan : MITOS.

Memang betul tidak ada penawar untuk ekzema tetapi tidak bermakna bayi akan mengalami gatal-gatal kulit selamanya. It tends to get better with time. Ekzema selalunya hilang (simptom berkurangan) pada ketika usia menjangkau 2-3 tahun. Kira-kira separuh daripada kanak-kanak yang mendapat ekzema berjaya keluar dari simptom ekzema. Dan bagi mereka yang simptom ekzema berpanjangan hingga dewasa, biasanya simptomnya lebih mild.

Statement : "Apa yang saya makan boleh mempengaruhi susu badan".

Jawapan : FAKTA

Ekzema akan jadi lebih baik pada bayi ketika ibu berhenti minum susu dan makan telur. Susu dan telur adalah makanan berisiko allergen hazard (siapa belajar food safety will learn this kind of hazard). Allergen hazard adalah antara punca kepada masalah kulit. Boleh bincang dengan doktor atau pediatrician tentang apa yang perlu dimakan/stop makan.

Statement : "Saya tak mandikan anak dengan kerap supaya ekzemanya berkurangan".

Jawapan : MITOS

Mandi dengan air suam dan sabun yang mild tidak lebih dari 15 minit dapat membantu mengurangkan simptom ekzema. Elakkan mandi buih atau sabun yang ada pewangi because scented soaps will irritate the skin. Kalau sabun ada buih, pastikan bilas betul-betul. Kemudian sapukan krim atau jeli petroleum within 3 minutes to lock the moisture.

Statement : "Anak saya suka main air liur. Ekzema susah nak baik".

Jawapan : FAKTA

Bukan sesuatu yang pelik bila bayi dapat ruam/ekzema di sekitar dagu dan pipi. Ini kerana baby selalu drooling. So what can you do? Sapukan jeli petroleum (Vaseline) pada dagu, pipi, dan leher supaya ada barrier antara air liur dan kulitnya.

Statement : "Pakaikan baju fabrik cotton saja".

Jawapan : FAKTA

Pakaian yang diperbuat daripada kapas DAN longgar akan terasa lebih baik pada kulit bayi. Yang penting basuh pakaiannya sebelum dipakaikan dan gunakan detergen yang mild serta bebas pewarna (dyes) dan pewangi.

Salah satu natural remedy yang sesuai untuk kulit bayi adalah MINYAK POKOK TEH (tea tree oil). Tea tree oil adalah antimikrobial, antifungal, dan disinfectant. Menyapukan minyak ini pada kulit dapat membantu merawat ruam dan mengurangkan simptom ekzema. Tetapi tea tree oil adalah minyak yang kuat, it can be harsh on baby skin. Jadi, mesti hati-hati bila menyapukan minyak ni pada bayi 6 bulan ke bawah.

Kalau anda gunakan essential oil tea tree, pastikan dilute dengan carrier oil mengikut formula yang tepat kerana essential oil is extremely potent. Selepas dilution dibuat, sapukan small amount dulu pada kulit bayi. Monitor progress selama 24 jam. Kalau reaction timbul, stop guna. Kerana walaupun tea tree oil paling bagus untuk masalah kulit, rawatan untuk ekzema tidak sama bagi semua orang.

Sekiranya anda tak pasti dilution yang tepat, cuba GREEN CLEANSING GEL. Formulasinya tepat, lulus KKM dan terbukti berkesan kepada ramai pengguna yang telah mencubanya. Cleansing Gel ini mengandungi :
- tea tree oil
- olive oil
- coconut oil
- rose water
- cinnamon
- seaweed
- aloe vera

Diana Ishak
Read more

Bagaimana cara menghilangkan kulit kaki strawberry?

Sekiranya kulit anda berbintik-bintik gelap, kadang-kadang disebut sebagai "kulit strawberi", you are not alone. Ini adalah masalah kulit yang biasa. Dengan rutin penjagaan kulit yang betul, kaki strawberi boleh dirawat.

 

APA YANG MENYEBABKAN KULIT KAKI SEPERTI  STRAWBERRY?

1. Faktor Kulit Strawberry # 1 : 

Biasanya mempunyai bulu kaki yang gelap dan kulit yang pucat [bukan putih, tetapi pucat]

 

2. Faktor Kulit Strawberry # 2 : 

Liang pori yang tersumbat akibat dari lebihan minyak dan tidak dibersihkan dengan sempurna menjadikan liang tersumbat lalu membentuk kulit strawberry yang ketara

 

3. Faktor Kulit Strawberry # 3 : 

Folliculitis. Luka yang terbentuk akibat bercukur boleh menyebabkan folikel tambut menjadi radang. Ini boleh mengakibatkan penampilan kulit strawberi.

 

4. Faktor Kulit Strawberry # 4 :

Keratosis pilaris adalah keadaan di mana keratin menumpuk di bawah kulit membentuk plag bersisik yang menyekat pembukaan folikel rambut.

 

Rawat kulit strawberry dengan rutin scrub dan sapukan losyen untuk mengelakkan kulit menjadi kering. Jangan lupa sabun kulit strawberry anda dengan CLEANSING GEL. Ramuan antiseptiknya membantu merawat masalah kulit. 

Diana Ishak
Read more
64 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart