Apa yang perlu dicari dalam sebuah produk pembersihan kulit untuk kurangkan kerengsaan kulit sensitif?
Kami selalu dapat pertanyaan-pertanyaan general dari mereka yang berminat dengan Cleansing Gel GreenAard tetapi tak pasti samada kulit mereka sesuai atau tidak. Memandangkan Cleansing Gel GreenAard memang diformulasikan khas untuk sensitif skin, tapi how we define 'sensitive'?
Ada yang tanya "Kalau gatal-gatal tu sensitif atau penyakit?"
"Kalau kulit merah-merah tu sensitif atau penyakit?"
Ok, di sini kami list-kan FAQ tentang Cleansing Gel.
1. Bagaimanakah nak tahu kalau saya ada kulit sensitif?
Have a dermatologist check your skin. Itu cara terbaik untuk mengetahui jika anda mempunyai kulit sensitif atau ada perkara lain yang menyebabkan kulit anda jadi begitu.
2. Apa yang menyebabkan tindak balas kulit sensitif?
Punca tindak balas kulit sensitif termasuk :
- Gangguan atau alahan seperti ekzema, rosacea, atau dermatitis.
- Kulit terlalu kering.
- Pendedahan yang berlebihan kepada alam sekitar yang merosakkan kulit seperti matahari dan angin atau haba berlebihan atau sejuk.
- Faktor genetik, umur, jantina.
3. Apakah petua untuk menjaga kulit sensitif terutamanya di wajah?
Pembersihan. Setiap kulit manusia memberi respon berbeza kepada kaedah pembersihan yang berbeza. Tetapi kebanyakan pakar dermatologi bersetuju bahawa sabun yang mengandungi detergen yang kuat tak boleh digunakan di muka. Pembersih sabun seperti sabun organik atau sabun khas untuk kulit sensitif mempunyai potensi kurang merengsakan kulit wajah berbanding dengan sabun pencuci muka biasa.
4. Apa yang perlu saya cari dalam sebuah produk pembersihan kulit untuk kurangkan kerengsaan kulit sensitif?
Untuk kulit sensitif, pastikan produk tersebut :
- tidak mempunyai berpuluh bahan.
- sedikit atau tidak ada lansung wangian.
- jangan gunakan kosmetik waterproof.
- gunakan produk natural bebas bahan kimia.
5. Bagaimanakah saya harus menguji tindak balas kulit sensitif?
Sebelum mencuba produk baru pada kulit, lakukan yang berikut :
- selama beberapa hari, gunakan sedikit di belakang telinga.
- sekiranya kulit tidak merengsa, lakukan prosedur yang sama, kali ini sapu di kawasan mata.
- sekiranya masih tak ada kerengsaan, produk itu dikategorikan selamat digunakan di bahagian kulit yang lain.
Cleansing Gel GreenAard terbukti membantu merawat kulit sensitif seperti kekeringan, berminyak, berjerawat, ekzema dan psoriasis. Boleh lihat testimoni pengguna di sini : https://greenaard.com/pages/cleansing-gel-image-testimony. Walaubagaimanapun, kadangkala kulit telah berjaya dirawat tetapi kerengsaan datang kembali secara tiba-tiba. Dan selalunya kita menganggap "badan dah immune dengan produk maka ia tidak lagi berkesan"..
SALAH!
Kadangkala ada faktor lain yang membuatkan kerengsaan kulit datang semula selepas beberapa ketika. Jenis kain yang kita gunakan (pakaian) boleh menjadi faktor 'trigger'. Untuk kulit sensitif, pastikan pakai pakaian yang lembut, dari bahan semulajadi seperti kapas halus dan sutera. Elakkan guna kain yang berasaskan bahan sintetik seperti poliester. Rayon dan linen juga selesa untuk kulit sensitif tetapi lebih berat daripada kapas atau sutera.
Jangkitan kulat (fungus) pada kulit. Apa nak buat?
Jangkitan kulat (fungus) pada kulit akan buatkan pengidap rasa tak selesa, gatal-gatal, dan kulit jadi buruk.
Banyak jangkitan kulat boleh dirawat di rumah saja, tanpa perlu berhabis membeli bermacam-macam jenis krim yang pricey.
Tapi, untuk merawat jangkitan kulit, anda mesti terlebih dulu memahami jangkitan itu sendiri.These jangkitan biasanya disebabkan oleh mikrob, antara yang paling biasa adalah onychomycosis, candida, kurap, dan athlete's foot.
Dah tentu tahap jangkitan adalah berbeza-beza. Jika jangkitan anda tak bertindak balas kepada rawatan di rumah, barulah berjumpa dengan doktor.
Antara bahan yang boleh digunakan untuk rawatan jangkitan kulat pada kulit adalah minyak kepala, minyak pokok teh, cuka epal, cranberry dan teh.
Cleansing Gel GreenAard ada campuran minyak kelapa, minyak pokok teh dan cranberry.
Manakala Nutrijuice boleh diminum untuk rawatan dari dalam kerana ada cuka epal di dalamnya.