Ruam panas. Macamana nak buat ni?

.

👩Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi yang bermasalah ruam di bahagian pipi, dinasihatkan agar membersihkan dan mengelap bahagian muka atau pipi bayi dengan kain lembap selepas menyusu untuk mengelakkan terjadinya ruam susu atau kurap susu.

.

Ada beberapa petua tradisional di sini :

.

Ambil kelapa yang sudah diparut. Letak dalam kain dan gosokkan atau tuam pada bahagian ruam.

Ada juga yang berpendapat, air liur ibu mujarab untuk mengatasi masalah ruam susu ini. Ibu perlu jilat bahagian yang terkena ruam itu dan biarkan sehingga kering. Kemudian lap la yer air liur tu..hihi

Gunakan minyak kelapa dara, sapukan pada bahagian ruam.
Sapukan bedak sejuk atau boleh gunakan tepung ubi dan letakkan di tempat ruam.

.

Agak leceh tapi itu semua memang berkesan,tapi lagi berkesan dan mudah kalau anda cuba Cleansing Gel daripada GreenAard ni, bahan-bahan tradisional macam minyak pokok teh, minyak kelapa,aloe vera dan minyak zaitun.

Gee Abdul Rani
Read more

Cara atasi kulit kering

 .

Kulit kering memang membawa masalah pada penampilan. Apetah lagi kalau kulit kering tu bertapuk-tapuk, bersisik, berkerak di bahagian muka.
.
Ramai yang tak tau kulit kering mesti dirawat dengan bahan semulajadi. Bahan kimia hanya akan menambahkan kekeringan kulit. Berikut adalah yang remedi terbaik untuk merawat kulit kering dan gatal pada muka dan tangan anda. Hanya perlu guna secara konsisten dan berterusan untuk dapatkan hasil yang terbaik. Klik setiap gambar untuk lihat resepinya.

 .

1. Terapi Minyak

Gosokkan sedikit minyak zaitun, kelapa atau minyak badam pada kawasan yang kering sebelum mandi. Ini akan membuatkan kulit anda kekal lembab selepas mandi dan menjadikan kulit lembut dan licin.

 .

2. Glycerin (dari minyak sayur)

Hidratkan kulit anda dengan gliserin, kerana ia membantu kulit menyerap dan mengekalkan kelembapan.

Di zaman Cleopatra, beliau mencampurkan gliserin + jus lemon + air mawar. Campuran itu disapukan ke kawasan kering (muka) dan dibiarkan semalaman.

Produk Cleansing Bar GreenAard mengandungi campuran gliserin dan air mawar.

 .

3. Minyak Zaitun dan Kuning Telur (sebagai mask)

Sifat minyak zaitun dan kuning telur membuatkan ia kombinasi yang berkesan untuk merawat kulit kering. Campur kedua-dua bahan ini berserta sedikit jus lemon atau air mawar supaya membentuk pes. Sapukan pada muka dan biarkan selama 15 minit. merawat kulit kering.

 .

4. Avocado dan Madu.

Avocado dan madu digabungkan membentuk adunan yang berkesan merawat kulit kering. Hanya campurkan avokado yang dilenyek bersama madu dalam nisbah yang sama dan sapu pada muka sebagai mask. Biarkan 15 minit. Kemudian bilas.

 .

5. Pisang dan Yogurt (mask)

Pisang juga boleh digunakan untuk merawat kulit yang kering. Hanya lecek sebiji pisang dan jadikan mask. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas. Sebagai alternatif, anda boleh campurkan pisang lecek ini yogurt. Ia bukan sahaja melembapkan kulit tapi juga merawat kulit yang menggelupas.

 .

6. Betik dan Avocado (mask)

Avocado berkesan untuk kulit kering. Lecek sebiji avokado dan spu pada seluruh muka atau bahagian kulit kering.

Betik pun sesuai untuk kulit kering. Lecek dan campurkan sepotong betik + 1 avokado + 1 pisang. Sapukan pada muka dan biar selama 20 minit.

 .

7. GreenAard Cleansing Bar.

Cleansing Bar ini 100% natural. Hanya bahan semulajadi saja. Bahan-bahan yang digunakan dalam sabun ini antaranya bahan-bahan yang disebutkan dalam gambar-gambar yang lepas :

🍀 air mawar
🍀 glycerin
🍀 minyak zaitun
🍀 ekstrak kayu manis
🍀 esktrak rumpai laut
🍀 aloevera
🍀 biji cranberry

 .

Diana Ishak
Read more

GreenAard Cleansing Bar boleh rawat kurap?

 

 .

Ada yang tanya kami boleh ke Cleansing Bar GreenAard ni rawat kurap?

Ok, macam ni.
Cleansing Bar khas diformulasikan untuk rawat penyakit kulit KHASNYA, jerawat, ekzema dan kulit berminyak.
Yang ada penyakit di atas, insyallah, kami dah terima banyak feedback mengatakan masalah ini selesai. Alhamdulillah.

Buat masa ini, kami belum menerima sebarang testimoni lagi tentang penggunaanya pada kurap.
Walaubagaimanapun, ada di antara bahan-bahan dalam Cleansing Bar ini yang memang terbukti untuk merawat panau, antaranya :

🌳 Tea Tree Oil.
Minyak dari pokok teh memang anti-kulat dan antiseptik untuk merawat kurap. Kalau nak guna minyak pati pokok teh saja pun boleh. Sapu saja pada kurap secara rutin.

🌳 Aloevera (lidah buaya)
Saponin atau gel lidah buaya daun ada ciri-ciri anti-kulat dan anti-bakteria yang boleh merawat kurap. Kalau nak apply gel ini pada kurap pun boleh. Tapi pastikan gel itu benar-benar bersih.

🌳 Minyak zaitun
Minyak zaitun ada ciri-ciri anti-virus yang menyekat seluruh sistem virus dengan cara mengeluarkan asid amino untuk virus yang menjadikan mereka tidak aktif.

3 bahan di atas ada dalam Cleansing Bar.
Jadi kalau anda ada kurap, boleh lah cuba.
Kongsikan kepada kami testimoni anda, ok?
Perlu diingat, Cleansing Bar adalah 💯 organik. Produk organik mengambil masa untuk nampak kesan lebih-lebih lagi pada parut lama, atau penyakit kulit yang heavy. Guna dengan rutin, insyallah akan nampak hasilnya.

Diana Ishak
Read more

Kulit sensitif kerana banyak sebab.

 

 

Ramai yang berminat dengan GreenAard Cleansing bagitau yang mereka ada kulit sensitif. Persoalannya ialah, sensitif kepada apa?

Sesetengah orang mempunyai kulit nipis atau kulit bertesktur halus. Ini menjadikan kulit mereka sensitif kerana kulit halus bertindak balas dengan cepat terhadap cuaca panas dan sejuk dan sinaran matahari. Even kulit jenis ini sensitif dengan angin. Mereka yang ada masalah ini selalunya menghadapi masalah kulit sering kering dan terdedah kepada alahan.

Ada juga orang yang kulitnya hanya sensitif kepada persekitarannya contohnya suhu dan kelembapan, perubahan musim, air panas, air sejuk, sabun pencuci, wangian sintetik, bahan pewarna, bahan pengawet, dan alkohol (perfume atau skin care). Bahan-bahan ini menyebabkan kerengsaan yang membawa kepada kulit merah dan gatal.

Sorang pengguna Cleansing Bar kami yang ada kulit sensitif memberitahu masalahnya kulit sensitifnya hanya selesai setelah mencuba sabun GreenAard. Maksudnya di sini, anda sebenarnya yang harus tahu kulit anda sensitif terhadap apa. Kerana sekiranya kulit anda sensitive pada bunga mawar, dah tentu tak sesuai gunakan Cleansing Bar kami kerana sabun kami ada ekstrak air mawar.

Sabun kami adalah 100% natural. Tidak menggunakan wangian sintetik. Tak menggunakan pewarna tambahan.

 

Diana Ishak
Read more

Apa pengidap eczema perlu tahu sebelum menggunakan GreenAard Cleansing Bar

 

 .

🌱 Penghidap ekzema perlu elakkan dari menggunakan minyak wangi.

 .

🌱 Sabun yang wangi juga harus dielakkan.

 .

🌱 kalau perlu pakai wangi-wangian, pastikan sembur pada pakaian bukannya badan.

 .

🌱 cleaning products and detergents mempunyai bahan kimia, wangian dan tahap pH berasid yang apabila bersentuhan dengan kulit boleh menyebabkan reaksi yang berbeza. Tapi kalau anda dah sedia ada ekzema, bahan-bahan pencuci tadi boleh menyebabkan ruam anda jadi lebih teruk.

 .

🌱 banyak skin care especially anti-aging, sunblock dan ubat jerawat ada asid salisilik, retinol dan asid glycolic. Elakkan produk yang ada bahan-bahan ini.

 .

🌱 elakkan dari bersentuhan dengan bulu haiwan peliharaan.

 .

🌱 senaman. Chlorine and sweat are two triggers for eczema. Pastikan mandi selepas bersenam.

 .

🌱 haiwan peliharaan (ada hama) dan habuk. Ia merangsang reaksi alahan seperti ruam dan gatal-gatal. Pastikan carpet, langsir, bilik mandi dan sofa selalu dibersihkan.

 .

Pastikan perkara-perkara di atas dijauhi. Barulah kesan Cleansing Bar dapat berlaku dengan lebih cepat.

 

Diana Ishak
Read more

Sabun yang menghasilkan buih yang banyak biasanya merosakkan kulit sensitif.

 

 .

Nak cari sabun muka untuk kulit berjerawat dengan bajet rendah? Good!

Sebenarnya anda boleh bersihkan wajah anda dengan sabun dan air saja. But the keyword is gunakan sabun yang betul. That's it! Walaupun sabun dan air boleh membersihkan kulit berjerawat, tapi memilih sabun jerawat yang betul adalah penting. . Sabun yang menghasilkan buih yang banyak biasanya merosakkan kulit sensitif atau menjadikan kulit bertambah kering. Pilih sabun yang sikit buihnya. Cleansing Bar GreenAard adalah sabun yang kurang buih.

Jangan gosok pada bahagian jerawat. Kalau anda gunakan sabun yang betul, sabun itu sendiri yang akan merawatnya. Nak cari sabun muka untuk kulit berjerawat dengan bajet rendah?
Good!
.

Diana Ishak
Read more

Punca jeragat dan macamana nak hilangkannya.

Jeragat adalah masalah kulit yang biasa. Ia menyebabkan kulit jadi gelap, bertompok dan berubah warna. Jeragat lebih biasa terjadi di kalangan wanita berbanding lelaki. Walaumacamanapun, jeragat tak bagi apa-apa kesan kecederaan fizikal, cuma kita akan rasa segan dan tak yakin bila berdepan dengan public.

Mereka yang berkulit gelap lebih berisiko daripada yang berkulit cerah. Antara punca jeragat :

► Kandungan estrogen dan sensitiviti progesteron. Ini bermakna penggunaan pil kawalan kelahiran (birth control), pil kesuburan, dan pil terapi hormon yang berterusan boleh menyebabkan jeragat.

► Tekanan (stress).

► Penyakit tiroid.

► Selalu terdedah kepada cahaya matahari.

► Bagi sesetengah wanita, melasma akan hilang dengan sendiri. Ini biasanya berlaku apabila jeragat muncul disebabkan perubahan hormon semasa mengandung. Untuk kes sebegini, selepas melahirkan, jeragat akan hilang.

TAK SEMUA JERAGAT BOLEH DIRAWAT.

Walaubagaimanapun, ada perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan jeragat tak menjadi lebih buruk. Antaranya :

1. Minyak zaitun

Sapukan minyak zaitun pada kulit terjejas selama 2-3 minit. Kemudian letakkan tuala panas pada muka. Selepas tuala jadi sejuk, lapkan minyak berlebihan. Ulang setiap hari sampai nampak kesan.

2. Aloevera gel

Gel Aloevera membuang sel-sel kulit mati dan menggalakkan kulit untuk menjana semula sel-sel baru. Sebelum tidur, sapukan gel ini (sebaiknya gel segar pada daun aloevera) pada wajah dan bilas pada esok pagi. Kalau nak gunakan sebagai mask pun boleh tapi ditambah dengan ½ sudu besar madu. Kemudian sapukan pada muka dan biarkan kering. Tunggu 20 minit dan kemudian bilas dengan air suam.

3. Tea tree oil + lavender oil

Campurkan minyak pokok teh (tea tree oil) dengan minyak lavender. Sapukan campuran ni pada bahagian jeragat. Gunakannya 4-5 kali sehari. 

4. Serbuk kayu cendana + air mawar (rosewater)

 Campurkan satu sudu serbuk kayu cendana dengan dua sudu air mawar (rosewater) dan sapu pada muka, buarkan selama kira-kira sepuluh minit. Bilas.

5. Jus lemon + air mawar + glycerin

 Jus lemon sangat berasid dan ia membantu memudarkan jeragat. Caranya, perah jus lemon. Selepas itu, tambah jumlah yang sama air mawar (rosewater) dan glycerin ke dalam jus lemon. Sapukan pada muka, gosok-gosok di kawasan jeragat selama 2-3 minit, kemudian bilas.

6. GreenAard Cleansing Bar

GreenAard Cleansing Bar mengandungi :

► tea tree oil (minyak pokok teh)

► olive oil (minyak zaitun)

► rosewater (air mawar)

► aloevera

► glycerin

► ekstrak kayu manis

► ekstrak rumpai laut

► biji cranberry

Hampir kesemua bahan-bahan yang ada dalam Cleansing Bar ini adalah bahan-bahan yang sama yang digunakan dalam resepi di awal tadi. Cuma bezanya, ia dibuat dalam bentuk sabun muka supaya lebih senang digunakan. Bukan sahaja untuk jeragat, malah boleh juga digunakan untuk membantu melegakan ekzema dan mengecutkan jerawat.

Diana Ishak
Read more

Kenapa GreenAard Cleansing Bar mudah cair?

 

 .

Kami tahu ramai yang hairan kenapa sabun GreenAard Cleansing Bar ni cepat 'lembik'?

Bukan sebab takde kualiti tau. No. No. No. 

Ini adalah kerana Cleansing Bar menggunakan bahan asas - gliserin (glycerin).

Gliserin (glycerin) adalah produk asas dalam pembuatan sabun. Sifat glycerin ni lembut pada kulit berbanding kebanyakan sabun lain. Jadi siapa yang ada masalah kulit sensitif, memang sesuai pakai sabun gliserin. Tapi gliserin semata-mata belum tentu lagi boleh bagi kesan yang cepat. Mesti nak kena ada campuran bahan lain. Disebabkan gliserin ni lembut maka ia senang 'lembik' bila terdedah kat udara, apetah lagi dibiarkan berendam dalam air.

Tapi, gliserin ni pH-nya lebih rendah daripada sabun lain. pH rendah membantu kulit mengekalkan kelembapan semula jadi. Memandangkan gliserin mampu menarik kandungan air dalam udara, jadi ia menambahkan lagi kelembapan pada wajah pengguna yang memakai sabun ni.

Sesetengah produk menggunakan gliserin daripada lemak haiwan, tapi dalam GreenAard Cleansing Bar, kami memilih menggunakan gliserin daripada minyak sayuran.

Tapi di sebalik kebaikan gliserin untuk kulit sensitif, ia tetap ada beberapa kelemahan.

Sabun berasaskan gliserin biasanya tidak berbuih/kurang berbuih. Ada orang tak suka sabun kurang buih. Tapi perlu diingat yang Cleansing Bar ini adalah 'medicated' soap untuk kulit bermasalah. Sesetengah kulit sensitif pada buih sabun, jadi sebab itulah kami gunakan gliserin dalam Cleansing Bar kerana sememangnya tujuan produk ini adalah untuk merawat masalah kulit.

Selain dari itu, gliserin senang cair jika dibiarkan dalam air kerana gliserin ni sifatnya lembut dan berupaya menarik lembapan. Disebabkan keupayaannya menarik lembapan, maka ia akan membuatkan kulit lembut bila dipakai. Kiranya, dalam kelemahan, ada kebaikkan.

Sabun berasaskan gliserin juga lebih mahal daripada lain-lain sabun lebih-lebih lagi gliserin yang berasaskan bahan semulajadi macam Cleansing Bar ni. 

Sabun berasaskan gliserin adalah hypoallergenic, bermakna ia kurang cenderung untuk menyebabkan alahan pada kebanyakan orang. Ditambah lagi dalam Cleansing Bar kami memasukkan bahan semulajadi khas untuk merawat kulit sensitif membuatkan ia lebih hypoallergenic. Walaubagaimanapun, ia masih boleh menyebabkan reaksi pada sesetengah orang, terutamanya jika sabun gliserin yang mengandungi bahan tambahan lain macam minyak wangi yang boleh menyebabkan kerengsaan. Tapi dalam Cleansing Bar kami tak letakkan pewangi, semuanya yang natural saja. Walaumacamanapun, lain orang lain kulitnya. Mungkin ada sesetengah orang sensitif kepada air mawar atau kulit kayu manis. Mereka ni mungkin akan dapat tindakbalas kerengsaaan. Ada juga orang mungkin tak tahu yang kulit mereka rupanya alergik kepada gliserin. 

Jadi, kepada pengguna Cleansing Bar, untuk pastikan sabun ni tak cepat 'lembik', pastikan selepas guna, ia disimpan di tempat yang kering. Cari bekas sabun yang ada lubang di bawah untuk aliran air.   

Diana Ishak
Read more

Jerawat pada muka tak selalunya disebabkan oleh masalah kulit atau hormon.

 

Kulit muka yang bermasalah (berjerawat) tidak selalunya disebabkan oleh madsalah kulit itu sendiri atau perubahan hormon. Ianya lebih dari itu. Kalau korang dah cuba macam-macam produk kulit/wajah tetapi masalah kulit masih tak berubah malah berlarutan, boleh pertimbangkan untuk lihat point-point di bawah :

.

JERAWAT PADA DAHI
jerawat PADA dahi boleh jadi disebabkan oleh masalah penghadaman, usus kecil, isu hati, tahap stres yang tinggi, kitaran tidur yang tak teratur, pemakanan yang tak seimbang dan juga kesan dari penggunaan produk rambut (contohnya hair spray). Untuk merawat jerawat pada dahi, dapatkan sekurang-kurangnya tujuh jam tidur, minum banyak air untuk mengepam keluar toksin, perbaiki pemakanan (elakkan makanan yang boleh menambahkan lagi jerawat) dan pastikan tak pakai produk wajah atau rambut yang akan merengsakan kulit. Elakkan minuman dan makanan manis.
.

JERAWAT DI KAWASAN ANTARA MATA/KENING
Jerawat di kawasan di sekeliling mata boleh disebabkan oleh peredaran darah yang lemah, masalah pundi hempedu atau diet terlalu tinggi lemak dan banyak makan makanan yang diproses. Sekali lagi, pengambilan air adalah penting.
.

JERAWAT PADA HIDUNG
Jerawat di hidung boleh disebabkan oleh pemakanan yang tak sihat, sembelit, kembung, ketidakseimbangan gastrousus (potensi gastrik), senak atau peredaran darah yang lemah. Banyakkan pengambilan vitamin B/makanan tinggi vitamin B.
.

JERAWAT PADA PIPI
Ada kaitan dengan masalah paru-paru, hati, makan berlebihan, tekanan, masalah perut, telefon bimbit kotor, sarung bantal kotor atau berus solek kotor. Adalah penting untuk mengekalkan kulit yang bersih setiap hari, terutamanya jika persekitaran korang tak bersih. Cuba tukar sarung bantal dengan kerap atau lap skrin telefon bimbit selalu.

.
JERAWAT PADA KAWASAN MULUT
Jerawat di sini boleh disebabkan oleh sembelit, lebihan makanan pedas atau goreng dan reaksi kepada ubat gigi tertentu. Banyakkan ambil serat, buah-buahan dan sayur-sayuran.

.
JERAWAT PADA DAGU
Jerawat di sini boleh disebabkan oleh masalah hormon, sakit puan, ketidakseimbangan buah pinggang, atau alah kepada sesetengah jenis ubat gigi. Sekali lagi, pengambilan air yang banyak boleh membantu. Boleh cuba ambil Omega-3 untuk menjaga hormon dalam keadaan seimbang.
.

JERAWAT PADA TELINGA
Telinga berkait rapat dengan buah pinggang. Sekiranya buah pinggang tak berfungsi dengan baik atau tak menerima nutrien yang mencukupi atau air yang mecukupi, jerawat besar boleh muncul berterusan di permukaan telinga. Untuk mengelakkan ini, adalah disyorkan untuk minum air yang cukup, dan elakkan garam dan kafein yang berlebihan.

 .

Diana Ishak
Read more

Kenapa jerawat tumbuh kat dahi

 

Setiap kali jerawat tumbuh di dahi, saya tak pernah ambil peduli pun. Saya anggap itu adalah benda biasa. Saya cuci muka macam biasa, sampai masa jerawat itu akan hilang juga akhirnya dalam masa beberapa hari. Saya tak pernah berminat nak tahu lebih lanjut tentang jerawat. Rupanya, jerawat kat dahi bukanlah sepenuhnya disebabkan oleh pengeluaran minyak berlebihan dan faktor-faktor hormon. Ada punca lain yang saya baru tahu.

1. Liang tersumbat

Ini adalah punca utama jerawat! Dahi terletak pada bahagian T- Zone, yang terkenal dengan pengeluaran minyak yang berlebihan. Liang pada bahagian ni cenderung untuk tersumbat yang membawa kepada jerawat. Tapi liang yang tersumbat boleh ditangani dengan baik melalui rutin CTM (Cleanse, Toning, Mosturize). Kalau rajin, setiap bulan buat steaming muka. Sekali sebulan cukup dan setiap sesi tu jangan steam wajah lama-lama. Sebab muka berjerawat ni sensitif. 

2. Kelemumur pada rambut

Kelemumur pada rambut boleh merangsang pembentukkan jerawat di dahi. Cuba untuk hilangkan kelemumur dulu. Sebab kelemumur terbentuk kerana rambut yang berminyak. Minyak pada rambut yang berjurai ke dahi menjadikan kawasan dahi bertambah berminyak. 

3. Kulit kepala berminyak

Kalau kulit kepala berminyak, minyak cenderung untuk meresap ke dalam kulit dan menyebabkan liang tersumbat dan jerawat mulut tumbuh. Pastikan korang cuci rambut 2 hari sekali untuk memastikan kulit kepala bebas minyak.

4. Ubat-ubatan 

Ubat-ubatan seperti pil kawalan kelahiran mempunyai kecenderungan untuk jerawat tumbuh di dahi (pada orang tertentu). Dapatkan nasihat doktor setiap kali dia menetapkan apa-apa ubat yang berkaitan dengan hormon. Sebab pil hormon selalunya akan bagi kesan sampingan.

5. Masalah Penghadaman

Masalah penghadaman sering menjadi sebab trebentuknya jerawat (bukan saja pada dahi). Elakkan terlalu banyak rempah dalam makanan jika korang dah sedia ada madsalah jerawat. Rempah yang 'panaskan' badan seperti cili terutamanya meransang jerawat untuk tumbuh dengan lebih banyak. Minum air yang cukup dan banyak supaya pergerakan usus menjadi laju, dan toksin tak tersimpan lama dalam badan. Sebab itulah, minum banyak air dan banyak makan sayuran berdaun dan buah buatkan kulit lebih cantik kerana buah dan sayur banyak serat yang akan melajukan pergerakan usus, jadi toksin dibuang dengan lebih cepat. Kalau toksin lama tersimpan dalam badan membuatkan toksin itu diserap semula ke dalam badan. 

6. Produk rambut

Produk rambut tertentu seperti semburan rambut, pelindung haba, serum dan lain-lain mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan jerawat. Siapa yang ada bangs (fesyen rambut berjuraian pada dahi), berhati-hati!

7. Terlalu kerap guna scrub

Kebanyakan orang yang kulit terdedah pada jerawat cenderung mempunyai kulit yang sangat sensitif. Cuci muka dengan scrub memang baik untuk kulit sebab bantu buang sel-sel mati, tapi, terlalu kerap mencuci muka boleh menyebabkan kulit menjadi terlalu tegang sehingga terasa kerengsaan pada kulit. Gunakan scrub seminggu sekali saja.

8. Memakai topi keledar

Bersihkan topi keledar dua hari sekali untuk memastikan tidak ada kotoran/minyak melekat pada kulit (dahi). 

9. Produk muka berubat

Bila dah tahu korang ada kulit berjerawat, gunakan produk yang dirumus khas untuk kulit berjerawat. Elakkan apa-apa produk berasaskan minyak. 

10. Hormon dan faktor genetik

Yang terakhir dan yang paling susah sekali untuk orang terima adalah faktor-faktor hormon dan genetik. Salah seorang kawan saya memang akan dapat jerawat setiap kali waktu haid. Gunalah apa pun, asal waktu haid je, jerawat tumbuh penuh kat muka. Walaupun faktor-faktor hormon dan genetik ni kita tak boleh nak buat apa, tapi kesan tu tetap boleh dikurangkan dengan cuba perkara-perkara yang dibincangkan tadi. 

Resepi termudah untuk hilangkan jerawat :

Tea tree oil memang bahan semulajadi paling tepat untuk rawat masalah jerawat. Boleh sapukan tea tree oil pada jerawat. Atau boleh juga campurkan tea tree oil ni dengan minyak zaitun atau aloevera. Resepi ni berkesan untuk rawat jerawat fibrosis dan boleh kurangkan kemerahan dan bengkak.

1. Sapukan beberapa titik minyak tea tree di kawasan jerawat dengan guna kapas.

2. Biarkan selama 3 - 4 jam atau semalaman. Ulangi dengan kerap untuk hasil yang terbaik.

Aloevera bunuh bakteria yang menyebabkan jerawat dan boleh legakan kulit. Kalau nak campur aloevera boleh guna resepi ni :

1. Campurkan beberapa titik tea tree oil ni dengan dua sudu aloevera gel.

2. Sapu kat kawasan jerawat.

3. Biarkan selama 3 - 4 jam atau semalaman. Bilas dengan air dan keringkan. Ulangi dengan kerap.

Minyak zaitun pun bagus juga sebab ada anti-bakteria dan banyak nutrien yang menggalakkan kesihatan kulit. Ia juga mengeluarkan minyak dan lain-lain racun dari liang-liang dan melembapkan kulit. Kalau nak campur tea tree oil dengan minyak zaitun boleh guna resepi ni :

1. Campurkan 3 titik tea tree oil dengan 2 sudu besar minyak zaitun.

2. Sapu kat kawasan jerawat. Biarkan selama 20 - 30 minit. Bilas dengan air sejuk dan keringkan. Ulangi setiap hari. 

Tapi kalau nak paling mudah, guna GreenAard Cleansing Bar sebab dalam sabun ni ada tea tree oil, aloevera dan minyak zaitun sekaligus! 

 

Dengan hanya makan epal tak akan boleh hilangkan jerawat. Tapi, pilihan pemakanan boleh memberi kesan kepada jerawat. membuang toksin berbahaya yang boleh memberi kesan kepada kulit. Epal ada kandungan vitamin C dan A, kedua-duanya adalah untuk kesihatan kulit. Kandungan vitamin ini dalam epal adalah sangat tinggi, sebab itu epal boleh membantu 'membuang' jerawat.

Jangan salah faham. Epal tidak secara langsung melawan jerawat, tapi ia memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit. Epal bertindak sebagai antioksidan yang meneutralkan bahan kimia pada kulit. Bila bahan kimia dalam kulit dapat dineutralkan, secara lojiknya, masalah kulit juga akan berkurangan.

 

Madu mentah yang belum diproses mengandungi hampir semua nutrien dan sifat adalah anti-bakteria, anti-radang dan anti-mikrob yang berfungsi untuk anda menghilangkan jerawat dan parut jerawat. Tapi pastikan guna madu mentah, bukan madu yang dah diproses. Resepi untuk gunakan madu mentah :

1. Ambil sedikit madu ke tapak tangan.

2. Guna jari atau kapas, sapukan madu ni pada jerawat dan kulit di sekelilingnya. Nak sapu pada seluruh wajah pun boleh.

3. Biarkan selama setengah jam.

4. Cucinya dengan air suam. Jika masalah jerawat korang serius, gulang langkah ini setiap hari.

Kalau nak guna campuran madu mentah dengan kayu manis pun boleh. Sebab kayu manis adalah bahan antibakteria, antioksidan dan anti-radang yang baik. Ia amat berkesan terhadap bakteria penyebab jerawat. Jadi, bila korang gunakannya dengan madu, ia mampu merawat jerawat, dan menggandakan peluang untuk hilangkan jerawat dengan lebih cepat. Caranya :

1. Ambil madu 2 sudu besar dan serbuk kayu manis 1 sudu kecil. Campurkan.

2. Tepek campuran pada muka. Tepek lebih sikit kat kawasan jerawat.

3. Biarkan selama 15 minit.

4. Basuh. Ulangi sekali atau dua kali sehari. Kalau banyak jerawat, boleh ulang dua kali seminggu.

Kalau nak guna campuran madu dan epal pun boleh. Caranya :

1. Ambil epal, buang biji. Kisar sampai halus.

2. Tambah madu 4-5 sudu besar dan gaul rata.

3. Tepek campuran ni pada muka (bahagian jerawat). Biarkan selama 10-15 minit.

4. Basuh dengan air suam. Ulang dua kali seminggu.

Kadang-kadang bila jerawat dah hilang, korang masih boleh nampak kawasan gelap kat muka (kawasan jerawat). Ini disebabkan oleh parut jerawat. Adakalanya tompok kulit gelap disebabkan oleh sel-sel kulit mati yang masih ada. Untuk hilangkan ni, boleh campur madu mentah dengan minyak zaitun. Caranya :

1. Ambil madu 2 sudu besar dan minyak zaitun 2 sudu besar.

2. Campurkan madu dan minyak zaitun. Sapu pada kulit yang terjejas.

3. Urut perlahan-lahan kawasan tu selama kira-kira 3-4 minit.

4. Ambil tuala panas, dan letakkan tuala panas atas permukaan kulit tadi.

5. Bila kain dah sejuk, lap muka dengan kain tadi. Ulang 1 atau dua kali seminggu.

Kalau nak tahu, GreenAard Cleansing Bar ada ekstrak kayu manis dan minyak zaitun. Manakala GreenAard Nutrijuice ada madu dan epal. Keempat-empat bahan untuk rawat jerawat ni memang ada dalam produk GreenAard. Kalau nak mudah, cuba guna ambil Nutrijuice (minum) dan Cleansing Bar (sapu). Kita tengok bagaimana kombinasi ni boleh membantu masalah jerawat.

 

Krim dan losyen sentiasa menawarkan 'bantuan' untuk hilangkan masalah jerawat. Agak berkesan, tapi sebaik sahaja korang berhenti guna kosmetik, jerawat akan datang semula. Dan selalunya ramai berpatah balik pada penggunaan tradisional dan bahan semulajadi. Bahan semulajadi selalunya memberi kesan yang lebih lambat tapi hasilnya baik untuk jangkamasa panjang. Menggunakan jus lemon untuk jerawat adalah salah satu cara mudah. Semua orang tahu kalau sakit tekak, hanya perlu makan lemon kerana lemon ada banyak asid askorbik yang boleh bunuh patogen.

Salah satu cara yang paling mudah untuk hilangkan jerawat adalah dengan menggunakan jus lemon dan madu. Caranya :

1. Ambil setengah biji lemon dan sikit madu.

2. Kemudian gosok pada muka. 

3. Jangan biarkan campuran tu pada muka lebih dari 5 minit.

4. Basuh muka dengan air sejuk yang akan membantu mengecilkan liang. 

Nak lagi best, amalkan Nutrijuice setiap hari sebab dalam Nutrijuice ada kedua-dua lemon dan madu. 

Diana Ishak
Read more

Apa bahan-bahan dalam GreenAard Cleansing Bar?

GreenAard Cleansing Bar hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi. 

Kalau korang memilih untuk dapatkan penjagaan wajah (kulit) yang sama macam Kim Kardashian, tak ada masalah. Selagi apa yang korang gunakan itu tak merbahaya dan bersifat lembut pada kulit, silakan guna. Hanya jangan sampai kulit terdedah dengan penggunaan bahan kimia yang terlalu banyak kerana ini akan menyebabkan kulit semakin bermasalah.

Atas sebab itulah, GreenAard memilih untuk kekal menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti di bawah :

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

  

Diana Ishak
Read more

Macamana nak pastikan muka kekal bersih.

Mencuci muka adalah lebih dari sekadar membasuhnya dengan sabun dan air. Kulit pada wajah adalah berbeza dari kulit pada seluruh badan, jadi ia memerlukan rawatan yang berbeza. Ia juga kulit yang semua orang akan nampak dulu, sebab tu ramai yang lebih 'concern' dengan penjagaan muka.

 .

 .

Mengekalkan wajah yang bersih setiap hari.

1. Pastikan dulu kulit muka korang jenis apa. Kering, berminyak atau normal? Ini penting, supaya dapat pilih produk yang betul kerana bukan semua produk penjagaan wajah sesuai untuk semua orang. Bukan salah pada produk, tapi salah pada kita kerana tak faham jenis kulit sendiri. 

2. Jika kulit korang adalah dari jenis kulit normal, itu maknanya kulit itu seimbang dari segi kelembapan, minyak dan ketahanan. Kulit muka yang sepatutnya adalah seperti ini. 

3. Kulit muka korang adalah kategori berminyak sekiranya wajah korang kelihatan berkilat, berminyak dan muka cepat berminyak walaupun baru saja beberapa jam cuci muka. 

4. Kulit muka kering cenderung untuk berkerak dan bersisik.

5. Kulit anda kategori kulit sensitif kalau ia terasa tegang atau gatal atau menunjukkan reaksi alahan bila menggunakan pencuci muka yang ada bahan kimia tertentu.

6. Kebanyakkan orang mempunyai kulit muka kombinasi dimana sebahagian kawasan berminyak dan sebahagian kawasan lain kering.

 .

 .

Gunakan pencuci muka yang 'simple', pastikan wajah dicuci 2 kali sehari.

1. Pastikan bersihkan muka setiap pagi dan petang/malam.

2. Kulit setiap orang tak sama. Adakalanya perlu mencuba beberapa jenis pencuci muka untuk pastikan mana satu yang lebih serasi. Apa yang penting pencuci muka tu mestilah mampu membersihkan muka dari kotoran, kuman dan minyak berlebihan tanpa menyebabkan kehilangan "healthy oil" kulit. 

3. Cara nak cari pencuci muka berdasarkan jenis kulit, seberapa kerap korang gunakan makeups dan berapa kerap korang bersenam. Eh, apa kena mengena dengan bersenam pulak ni?

4. Contohnya, kalau kulit jenis berminyak, cari pencuci muka yang rendah pH kerana is lebih berkesan menanggalkan minyak berlebihan. Semakin kerap kita bersenam, semakin banyak peluh, kotoran dan minyak terhasil, jadi pemilihan pencuci muka rendah pH amat sesuai untuk golongan ni.

5. Kalau kulit jenis sensitif, elakkan guna pencuci muka yang terlalu banyak bahan kimia. Cari yang gunakan bahan semulajadi.

6. Elakkan guna sabun mandi kerana ia boleh menanggalkan "healthy oil" kulit.

 .

 .

Keringkan muka dengan cara menyentuh kulit muka dengan lembut (menggunakan tuala).

1. Jangan keringkan muka dengan menggosok, tapi sentuhan lembut (pat), kerana kulit muka sangat sensitif.

2. Pastikan tuala yang digunakan bersih, kalau tak, korang akan pindahkan bakteria masuk ke dalam kulit semula.

 .

 .

Elakkan menyentuh kulit muka.

1. Sentuhan pada kulit muka akan buatkan bakteria (pada tangan) masuk semula ke dalam liang muka. Inilah punca keradangan.

2. Kalau perlu sangat sentuh muka (semasa nak sapu makeup), basuh tangan terlebih dulu dan pastikan tangan tak berminyak.

3. Elakkan muka bersandar pada barang-barang yang mengumpul sebum dan sisa kulit seperti telifon. 

 .

 .

Gunakan kosmetik sesuai dengan kulit.

1. Cuba cari makeup yang "non-comedogenic" atau "non-acnegenic", sebab ia direka untuk bantu mencegah jerawat.

2. Jangan juga kosmetik yang dah lama.

3. Lebih selamat guna kosmetik 'mineral based' atau 'water based'.

 .

 .

Minum banyak air.

1. Paling kurang 8 gelas sehari. Tak semestinya air masak. Yang penting minum air jangan kurang dari 8 gelas. Aie sirap pun boleh.

 .

 .

Makanan yang sihat.

1. Sayur dan buah yang cukup akan buatkan korang hilang rasa mengidam terhadap jajan dan makanan manis. Kalau masih ada cravings, itu maknanya badan tak cukup sayur dan buah.

2. Ambik produk tenusu rendah lemah contohnya yogurt. 

3. Makan makanan yang ada antioksidan yang tinggi seperti bawang putih dan buah delima (Nutrijuice ada kedua-dua ini). 

Diana Ishak
Read more
14 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart