Jerawat pada muka tak selalunya disebabkan oleh masalah kulit atau hormon.

 

Kulit muka yang bermasalah (berjerawat) tidak selalunya disebabkan oleh madsalah kulit itu sendiri atau perubahan hormon. Ianya lebih dari itu. Kalau korang dah cuba macam-macam produk kulit/wajah tetapi masalah kulit masih tak berubah malah berlarutan, boleh pertimbangkan untuk lihat point-point di bawah :

.

JERAWAT PADA DAHI
jerawat PADA dahi boleh jadi disebabkan oleh masalah penghadaman, usus kecil, isu hati, tahap stres yang tinggi, kitaran tidur yang tak teratur, pemakanan yang tak seimbang dan juga kesan dari penggunaan produk rambut (contohnya hair spray). Untuk merawat jerawat pada dahi, dapatkan sekurang-kurangnya tujuh jam tidur, minum banyak air untuk mengepam keluar toksin, perbaiki pemakanan (elakkan makanan yang boleh menambahkan lagi jerawat) dan pastikan tak pakai produk wajah atau rambut yang akan merengsakan kulit. Elakkan minuman dan makanan manis.
.

JERAWAT DI KAWASAN ANTARA MATA/KENING
Jerawat di kawasan di sekeliling mata boleh disebabkan oleh peredaran darah yang lemah, masalah pundi hempedu atau diet terlalu tinggi lemak dan banyak makan makanan yang diproses. Sekali lagi, pengambilan air adalah penting.
.

JERAWAT PADA HIDUNG
Jerawat di hidung boleh disebabkan oleh pemakanan yang tak sihat, sembelit, kembung, ketidakseimbangan gastrousus (potensi gastrik), senak atau peredaran darah yang lemah. Banyakkan pengambilan vitamin B/makanan tinggi vitamin B.
.

JERAWAT PADA PIPI
Ada kaitan dengan masalah paru-paru, hati, makan berlebihan, tekanan, masalah perut, telefon bimbit kotor, sarung bantal kotor atau berus solek kotor. Adalah penting untuk mengekalkan kulit yang bersih setiap hari, terutamanya jika persekitaran korang tak bersih. Cuba tukar sarung bantal dengan kerap atau lap skrin telefon bimbit selalu.

.
JERAWAT PADA KAWASAN MULUT
Jerawat di sini boleh disebabkan oleh sembelit, lebihan makanan pedas atau goreng dan reaksi kepada ubat gigi tertentu. Banyakkan ambil serat, buah-buahan dan sayur-sayuran.

.
JERAWAT PADA DAGU
Jerawat di sini boleh disebabkan oleh masalah hormon, sakit puan, ketidakseimbangan buah pinggang, atau alah kepada sesetengah jenis ubat gigi. Sekali lagi, pengambilan air yang banyak boleh membantu. Boleh cuba ambil Omega-3 untuk menjaga hormon dalam keadaan seimbang.
.

JERAWAT PADA TELINGA
Telinga berkait rapat dengan buah pinggang. Sekiranya buah pinggang tak berfungsi dengan baik atau tak menerima nutrien yang mencukupi atau air yang mecukupi, jerawat besar boleh muncul berterusan di permukaan telinga. Untuk mengelakkan ini, adalah disyorkan untuk minum air yang cukup, dan elakkan garam dan kafein yang berlebihan.

 .

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart