Mengapa SLeS dalam Cleansing Gel GreenAard Berkesan untuk Ekzema
Salah satu bahan utama dalam Cleansing Gel GreenAard ialah Sodium Laureth Sulfate (SLeS). SLeS sering digunakan dalam produk penjagaan kulit dan rambut kerana keupayaannya menghasilkan buih dan membersihkan dengan berkesan. Tapi bagaimana SLeS membantu merawat kulit ekzema? Mari kita lihat dari sudut sains.
SLeS dalam Cleansing Gel membersihkan kotoran, minyak, dan sel-sel kulit mati dari permukaan kulit TANPA mengeringkan kulit. Ini penting untuk kulit ekzema yang sensitif. SLeS yang digunakan dalam Cleansing Gel diformulasikan dengan kepekatan yang tepat untuk memastikan ia tidak menyebabkan iritasi pada kulit anda. Ia membantu membersihkan kulit tanpa mengganggu lapisan pelindung semula jadi kulit,. Ini penting untuk mengurangkan keradangan pada kulit ekzema. pH Cleansing Gel dengan SLeS adalah seimbang dengan pH semula jadi kulit. Ini membantu mencegah kekeringan.
Keupayaan SLeS untuk menghasilkan buih lembut memastikan kotoran dan minyak dapat dibersihkan tanpa perlu menggosok kulit terlalu keras, yang boleh merengsa kulit ekzema. Dengan penggunaan Cleansing Gel GreenAard, pengguna dapat merawat kulit ekzema dengan cara yang lembut dan berkesan.
"Tapi kulit saya merasa tegang selepas menggunakan Cleansing Gel. Apa puncanya?"
Walaupun SLeS dalam Cleansing Gel diformulasikan untuk membersihkan kulit dengan lembut, SESETENGAH pengguna mungkin mengalami kulit tegang dan kering selepas menggunakannya. Yang pertama, walaupun SLeS adalah surfaktan yang lembut, kepekatannya boleh mempengaruhi tindak balas kulit. Kulit setiap orang berbeza. Ada sesetengah kulit yang lebih sensitif terhadap bahan aktif dalam pembersih muka, walaupun dalam kepekatan rendah.
Yang kedua, apabila menggunakan Cleansing Gel terlalu kerap atau dalam jumlah yang banyak boleh menghilangkan minyak semula jadi kulit, yang diperlukan untuk mengekalkan kelembapan.
Yang ketiga, walaupun Cleansing Gel diformulasikan dengan pH yang seimbang, perubahan kecil dalam pH boleh mengganggu keseimbangan semula jadi sesetengah kulit.
Jika anda adalah di antara yang mendapat kulit tegang/kering selepas menggunakan Cleansing Gel, gunakan pelembap selepas mencuci muka. Cuba juga kurangkan kekerapan penggunaan Cleansing Gel. Gunakan selang sehari atau beberapa kali seminggu sahaja.