Kami ajar DIY pencuci muka!
Membuat makeup remover sendiri boleh menjimatkan kos. Berikut ialah tiga resipi makeup remover DIY yang mudah dan berkesan untuk dicuba.
DIY #1 Micellar Water
Micellar water ialah makeup remover popular yang terkenal dengan sifat pembersihan yang lembut dan berkesan. Bahan-bahan yang anda perlukan:
- 1 cawan air suling
- 1 sudu besar air mawar
- 1 sudu besar gliserin
- 2-3 titis essential oil kegemaran anda
Caranya: Campurkan semua bahan dalam botol bersih dengan penutup yang ketat. Goncang adunan hingga sebati. Untuk mencuci muka, picit sedikit micellar water dan perlahan-lahan gosok pada muka.
DIY #2 Oil Cleanser
Oil Cleanser sangat bagus untuk menanggalkan solekan degil, sambil menyuburkan kulit. Bahan-bahannya:
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1 sudu besar minyak kelapa
Caranya: Campur minyak zaitun dan minyak kelapa dalam botol yang bersih hingga sebati. Sapukan sedikit campuran minyak tadi ke muka dan gosok. Kemudian, bilas dengan air. Tetapi untuk DIY ini, anda perlu bilas muka dengan sabun kerana pencuci muka ini dari jenis minyak.
DIY #3 Aloe Vera Gel Makeup Remover
Gel aloe vera terkenal dengan sifatnya yang menenangkan dan menghidratkan, menjadikannya pilihan terbaik untuk kulit sensitif. Bahan-bahannya:
- 1/4 cawan gel aloe vera asli
- 2 sudu besar minyak zaitun
Caranya: Dalam mangkuk, campurkan gel aloe vera dan minyak zaitun sehingga sebati. Pindahkan campuran ke dalam botol bersih dengan penutup untuk penyimpanan. Untuk gunakannya, sprayt sedikit dan sapukan ke wajah kemudian gosok perlahan-lahan. Bilas dengan air jika mahu.
Oh! Jangan lupa untuk lakukan patch test sebelum menggunakan mana-mana pencuci muka DIY ini, terutamanya jika anda mempunyai kulit sensitif. Tetapi, sebelum anda mencuba DIY yang kami cadangkan, kami nak anda perhatikan setiap DIY tadi. DIY #1 Micellar Water, menggunakan gliserin dan air mawar. Kedua-dua bahan ini ada dalam GreenAard Cleansing Gel. DIY #2 Oil Cleanser. Bahan yang digunakan adalah minyak zaitun dan minyak kelapa. Kedua-dua bahan ini juga ada dalam GreenAard Cleansing Gel. DIY #3 Aloe Vera Gel Makeup Remover. Menggunakan aloe vera dan minyak zaitun. Kedua-dua bahan ini pun ada dalam GreenAard Cleansing Gel.
Bukankah lebih senang, mudah dan cepat jika anda guna sahaja GreenAard Cleansing Gel? Bukan sahaja lebih mudah, malah formulanya TEPAT dan produk ini lulus KKM.