Kenapa muka terasa berminyak selepas dicuci?

Pernah tak cuci muka, tetapi muka masih terasa berminyak sejurus selepas itu?This can be frustrating terutamanya jika kita sedang cuba untuk menjaga kulit. Tetapi kenapa ini berlaku? Salah satu punca adalah, terlalu kerap mencuci muka. Jika pencuci muka mengandungi bahan yang keras dan digosok terlalu kuat pada muka, itu akan menanggalkan minyak semula jadi kulit. Apabila minyak semula jadi kulit menyusut, kulit akan mengeluarkan minyak secara berlebihan untuk mengimbangi minyak muka yang hilang.

Tindak balas inilah yang menjadikan wajah berkilat dan kulit muka berminyak walaupun selepas dicuci. Jika anda mengikut saranan mencuci muka 2 kali sehari tetapi muka masih berminyak, mungkin kena lihat pada jenis kulit pula. Orang yang mempunyai kulit berminyak secara semula jadi cenderung menghasilkan lebih banyak sebum (minyak). Apabila muka dicuci, sebahagian daripada minyak yang berlebihan pada wajah mungkin telah dibuang, tetapi badan terus menghasilkan lebih banyak minyak sepanjang hari. Untuk jenis kulit berminyak begini, anda perlu mencuci muka dengan lebih kerap. Tiada pilihan lain.

Oh, ya. Jenis moisturizer yang digunakan juga boleh beri kesan kepada minyak muka. Jika menggunakan moisturizer yang terlalu berat, boleh menyebabkan kulit berasa berminyak sepanjang hari. Maka pilihlah moisturizer yang ringan dan bebas minyak. Ini akan melembapkan kulit tanpa menambah rasa berminyak.

Genetik dan hormon juga boleh memainkan peranan pada kulit. Genetik boleh mempengaruhi saiz, bilangan, dan aktiviti kelenjar sebum, yang menghasilkan minyak semula jadi kulit. Seseorang yang mempunyai sejarah keluarga kulit berminyak lebih berkemungkinan memiliki kulit berminyak juga. Genetik yang mengawal pengeluaran sebum ini juga menjadi punca jerawat dan rosacea. GreenAard Cleansing Gel telah membuktikan bahawa ia boleh membantu memperbaiki masalah jerawat, kulit berminyak dan kulit sensitif.
Diana Ishak
Read more

Penyakit kulit apa yang sesuai dengan Cleansing Gel GreenAard.

Apabila melabur dalam produk penjagaan kulit, selalunya kita lebih memikirkan untuk memilih moisturise berbanding pencuci muka. Betul tak? Begitu juga dengan serum, atau produk anti-penuaan. Kita selalu anggap produk-produk ini lebih memberi perubahan besar pada kulit. Sebaliknya pencuci muka, biasanya jenis "apa-apa je lah janji muka berbasuh". Kan?

Sebenarnya, kesihatan kulit bermula dari kulit yang benar-benar bersih! Ini yang perlu difahami. Lebih-lebih lagi jika kulit muka jenis sensitif dan bermasalah. Kita perlu tahu jenis kulit kita bagaimana. GreenAard Cleansing Gel diformulasi untuk membantu merawat masalah kulit seperti jerawat, ekzema, berminyak dan psoriasis. Walaupun Cleansing Gel kami mungkin tidak dapat menyembuhkan psoriasis, ia boleh membantu mengurangkan gejalanya, seperti kemerahan, gatal-gatal, dan kerak. Bahan yang kami gunakan dalam Cleansing Gel adalah daripada ekstrak tumbuhan. Kebanyakan bahan adalah 'home remedies'.

Kulit anda berjerawat?
Tea tree oil dan rose water dalam Cleansing Gel ada ciri-ciri antimikrob yang membantu memerangi bakteria penyebab jerawat.

Kulit anda terkena jangkitan bakteria?
Jika kulit mendapat jangkitan bakteria seperti folikulitis (keradangan folikel rambut), cuba basuh kawasan jangkitan dengan Cleansing Gel. Kombinasi tea tree oil dengan ekstrak kayu manis dalam Cleansing Gel menjadikannya berpotensi untuk merawat jangkitan bakteria tertentu.

Kulit anda terkena jangkitan kulat?
Cleansing Gel ini mungkin berkesan terhadap jangkitan kulat seperti athlete's foot (tinea pedis), kulat kuku (onychomycosis), atau kurap (tinea corporis). Boleh cuba dulu.

Kulit anda ada masalah ekzema?
Ramai penghidap ekzema menggunakan Cleansing Gel dan banyak maklum balas positif yang kami terima. Sifat anti-radang tea tree oil, coconut oil and olive oil dalam Cleansing Gel memberikan kelegaan kepada individu yang menghidap ekzema. Walau bagaimanapun, penting untuk faham bahawa ekzema tidak boleh diubati. Ekzema akan muncul semula apabila badan terdedah kepada punca yang merangsang keradangannya. Cleansing Gel GreenAard boleh mengurangkan simptom selagi kulit tidak terdedah kepada punca ekzema.

Kulit ada masalah skin tags?
Skin tags adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan kulat. Cleansing Gel ada kombinasi tea tree oil dan esktrak rumpai laut yang ada sifat antivirus dan antikulat. Mungkin boleh cuba.

Parut gigitan serangga? Masalah ruam?
Yes, silakan cuba Cleansing Gel. Ia membantu merawat ruam dan luka kecil.

 

 

Diana Ishak
Read more

Jerawat yang tumbuh adalah petunjuk apa sedang berlaku dalam badan.

Jika kita perhatikan dengan teliti di mana jerawat muncul di muka, kita mungkin perasan jerawat selalu muncul di tempat yang sama berulang kali. Anatomi muka kita juga menentukan jenis kulit di kawasan tertentu. Contohnya, kulit di sekeliling mata adalah 10 kali lebih nipis daripada kulit di bahagian lain. Lokasi jerawat ada kaitan dengan apa yang berlaku di dalam badan kita. Lokasi jerawat membantu memaklumkan kita tentang jenis jerawat, sama ada jerawat biasa atau tidak.

Sama ada dahi, rahang, dagu, pipi atau zon-t, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mendapat jerawat. Dahi yang berjerawat berulang-kali selalunya petunjuk kepada produk rambut yang tidak sesuai atau petanda stress. Berhenti menggunakan produk rambut tersebut boleh membantu membersihkan penampilan whiteheads, blackheads, dan jerawat di dahi.

Jerawat yang kerap tumbuh di kening dan sekitarnya boleh dikaitkan dengan hati. Hati yang mengandungi lemak berlebihan (akibat too much sugar intake) menyebabkan berlaku kerosakan pada sel-sel hati dan kesannya boleh nampak pada jerawat di sekitar kening.

Jerawat yang tumbuh di sekitar dagu dan rahang ada kaitan dengan ketidakseimbangan hormon. Jerawat hormon disebabkan oleh lebihan hormon androgen. Hormon ini boleh merangsang kelenjar minyak secara berlebihan dan menyumbat pori-pori membuatkan jerawat tumbuh. Jerawat yang berkaitan dengan hormon boleh berlaku kira-kira 7-10 hari sebelum haid seseorang.

Jerawat berhampiran telinga, kawasan tepi pipi dan hidung selalunya akibat penggunaan kosmetik, sama ada kosmetik yang tidak sesuai atau tidak membersihkan solekan dengan bersih. Sesetengah kosmetik mempunyai bahan-bahan yang menyekat liang-liang kulit yang menyebabkan jerawat tumbuh di bahagian yang kita apply produk tersebut.

Berbeza dengan jerawat yang tumbuh di tepi pipi, jerawat di kawasan pipi adalah petanda pengambilan gula yang tinggi. Oleh itu, ketika jerawat ini tumbuh, elakkan mengambil makanan manis atau tinggi karbohidrat.

Jerawat mungkin berlaku sebagai kesan sampingan beberapa ubat termasuk steroid serta beberapa pil perancang. Jadi, ketika berusaha untuk merawat masalah jerawat, pastikan anda tahu apa yang patut dielakkan dan apa yang boleh diusahakan bagi mempercepatkan rawatan.

Cleansing Gel GreenAard boleh membantu merawat masalah jerawat dan ekzema. Tetapi, anda mesti tahu punca kepada masalah tersebut. Jika punca kepada masalah tidak dipastikan terlebih dahulu, rawatan jerawat pasti mengambil masa yang lebih panjang dari sepatutnya. Kepada yang ada masalah kulit, sama ada jerawat, acne atau ekzema, boleh cuba Cleansing Gel GreenAard. Gunakan 2 kali sehari sahaja. Pastikan guna dengan rutin. Untuk masalah jerawat yang disebabkan hormon, kami cadangkan tambah Herba Rahsia Rimba. Herba Rahsia Rimba membantu memberi keseimbangan pada hormon.


Diana Ishak
Read more

Panau

Panau adalah jangkitan kulat yang mengganggu pigmentasi normal kulit, mengakibatkan tompok kecil yang berubah warna. Tompok-tompok ini berwarna lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya. Banyak terdedah pada matahari boleh menjadikan panau lebih jelas. Panau TIDAK menyakitkan atau TIDAK berjangkit, tetapi boleh membawa kepada tekanan emosi. Krim antikulat membantu merawat panau, tetapi walaupun selepas rawatan, warna kulit mungkin kekal tidak sekata.

Panau boleh datang kembali selepas sembuh, terutamanya dalam cuaca panas dan lembap. Kulat yang menyebabkan panau boleh tiba-tiba ada pada kulit yang sihat. Kulat ini tidak mendatangkan masalah pada mulanya. Ia hanya menyebabkan masalah apabila kulat tumbuh terlalu banyak. Beberapa faktor boleh mencetuskan pertumbuhan ini, termasuk:
  • Cuaca panas, lembap
  • Kulit berminyak
  • Perubahan hormon
  • Sistem imun yang lemah
Kebiasaannya, kulat ini menyerang bahagian kulit yang paling banyak menghasilkan minyak. Kulat ini akan membuatkan kulit bertompok-tompok. Tompok-tompok ini boleh bergabung, menjadikannya lebih besar lantas menjejaskan keyakinan diri. The question is, how to get rid of panau?

Ada beberapa krim yang boleh didapati dari doktor/farmasi. Tetapi, ada juga rawatan secara tradisional. Antara bahan untuk rawatan tradisional adalah:
  • aloe vera
  • bawang putih
  • serbuk kunyit
  • minyak pokok teh
GreenAard belum pernah mendapat testimoni dari pengguna yang menghidap panau. Jadi, kami tidak pasti jika Cleansing Gel boleh merawatnya. Walau bagaimanapun, dalam Cleansing Gel turut ada aloe vera dan minyak pokok teh. Technically, our product might help. Whatsapp 013-7557424 untuk pertanyaan.
Diana Ishak
Read more

Bagaimana SLeS dalam Cleansing Gel membantu merawat kulit ekzema?

SLeS (Sodium Laureth Sulfate) dikenali kerana menghasilkan banyak buih berbuih. SLeS dikenal pasti sebagai agen terapeutik yang berpotensi untuk pelbagai jenis masalah kulit, termasuk ekzema. SLeS berkesan dalam merawat kulit ekzema kerana ia membantu menanggalkan minyak dan sel kulit mati secara lembut dari kawasan yang terjejas. SLeS mempunyai ciri anti-radang dan anti-bakteria yang membantu dalam mengurangkan kerengsaan kulit.

Apabila digunakan dalam kombinasi dengan rawatan ekzema lain, SLeS boleh mempercepatkan proses penyembuhan. Penyelidik telah mendapati SLeS mempunyai keupayaan untuk menenangkan sistem imun. Sistem imun ialah rangkaian sel, tisu dan organ yang bekerjasama untuk mempertahankan tubuh daripada patogen berbahaya. Walau bagaimanapun, kadangkala sistem imun boleh menjadi terlalu aktif dan menyerang sel-sel sihat badan sendiri, yang membawa kepada gangguan autoimun seperti ekzema.

Kajian menunjukkan bahawa SLeS mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan tindak balas sistem imun ini. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Allergy and Clinical Immunology, penyelidik mendapati bahawa krim yang mengandungi SLeS mengurangkan keradangan kulit. Apa yang membuatkan SLeS mengurangkan keradangan kulit ini?

SLeS mengurangkan keradangan dengan cara menghalang pembebasan sitokin, iaitu protein yang mencetuskan tindak balas imun. Dengan mengurangkan tahap sitokin, SLeS membantu menenangkan sistem imun. Sebab itulah GreenAard memilih SLeS sebagai salah satu bahan di dalamnya, untuk meredaka simptom ekzema. Walau bagaimanapun, penting untuk ambil perhatian bahawa SLeS mungkin tidak sesuai untuk semua jenis kulit.
Diana Ishak
Read more

Bolehkah pigmentasi diubati

Pigmentasi kulit adalah ketika kulit menjadi bertompok gelap pada muka dan badan. Pigmentasi sering disebabkan oleh genetik atau kecenderungan dari keturunan. Walau bagaimanapun, cahaya matahari juga merupakan pemangkin yang paling biasa. Walaupun pada pendedahan matahari yang minimum, apabila kulit tidak dijaga, boleh menyebabkan pigmentasi.

Perubahan hormon, ditambah pula dengan tidak memakai pelindung matahari (sunscreen), sering menyebabkan tompok pigmentasi yang degil dikenali sebagai JERAGAT. Alahan, penambahan berat badan, pengambilan ubat tertentu serta gangguan kulit seperti jerawat dan ekzema juga boleh menambah masalah. 

Bolehkah beauty habits tertentu membawa kepada peningkatan pigmentasi? . Ya, ada. Iaitu tidak memakai sunscreen. Ketika awal remaja atau awal 20-an, biasanya ramai buat tak endah dengan sunscreen kerana yakin kulit dalam keadaan baik walaupun terdedah pada sinar matahari. Walau bagaimanapun, seiring dengan masa, pigmentasi mula menjadi jelas.

Adakah pigmentasi kekal? Bolehkah ia hilang? Sekiranya kulit terjejas at a deep level, pigmentasi akan kekal untuk tempoh yang lama dan tidak pulih sepenuhnya. Apabila tahapnya terlalu dalam, pigmentasi kulit memerlukan penjagaan dan rawatan yang berterusan untuk membetulkan kerosakan yang berlaku. Sebab itulah kami tidak dapat mencadangkan sebarang produk dari GreenAard untuk jeragat kerana penjagaan kulit berjeragat memerlukan konsistensi, bukannya rawatan singkat. Cleansing Gel hanyalah salah satu rawatan yang boleh dicuba tetapi ia bukanlah produk khusus untuk menghilangkan jeragat. 

Apakah yang perlu dimasukkan dalam rutin kecantikan saya untuk mengelakkan pigmentasi? Pendedahan matahari adalah punca utama pigmentasi kulit, jadi pastikan hanya keluar dengan susncreen spektrum luas yang mengandungi SPF30 atau lebih. Seterusnya, gunakan serum yang mempunyai kesan antioksidan sebelum keluar di bawah sinar matahari untuk mengurangkan sebarang pigmentasi kulit yang SEDIA ADA.

JANGAN guna brightening cream sekiranya sudah ada jeragat. Biasanya brightening cream mengandungi steroid kuat yang dalam jangka panjang, merosakkan kulit. Pada waktu malam atau setiap kali mencuci solekan, pastikan cleanser anda boleh menanggalkan sunscreen dan kesan solek dengan benar-benar bersih. Untuk tujuan pembersihan wajah dari solekan and suncreen kami boleh cadangkan Makeup Remover GreenAard. Telah banyak feedback dari pengguna yang berpuas hati betapa mudah dan efektifnya makeup remover ini menanggalkan solekan.

Diana Ishak
Read more

Jeragat, sunspots dan parut jerawat

Hiperpigmentasi adalah kulit yang kelihatan lebih gelap pada kawasan-kawasan tertentu. Hiperpigmentasi boleh:
  • muncul dalam bentuk tompok-tompok kecil
  • meliputi kawasan yang luas
  • memberi kesan kepada seluruh badan
Terdapat beberapa jenis hiperpigmentasi, yang biasa adalah:
  • melasma
  • sunspots
  • hiperpigmentasi akibat keradangan kulit
Melasma disebabkan oleh perubahan hormon akibat menopos atau hamil.  Melasma boleh muncul di mana-mana bahagian badan, tetapi paling sering di perut dan muka. Sunspots terjadi akibat terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan dari masa ke masa. Sunspots muncul sebagai bintik-bintik di kawasan yang terdedah kepada sinar matahari, seperti tangan dan muka.

Hiperpigmentasi pula terjadi akibat keradangan kulit. Ia adalah akibat kecederaan atau keradangan kulit akibat masalah jerawat. Faktor terbesar berlakunya hiperpigmentasi adalah kerana pendedahan cahaya matahari. Semakin kerap terdedah kepada cahaya matahari, semakin banyak melanin dikeluarkan dan semakin besarlah risiko pigmentasi kulit.

Di rumah, penjagaan kulit boleh dilakukan dengan memakai sunscreen. Cari physical sunscreen (sunblock) dengan zink oksida sebagai bahan aktif utama.
Pastikan sunscreen tersebut sekurang-kurangnya SPF 30 hingga 50. Suncreen dengan liputan spektrum luas adalah yang terbaik. Elakkan cahaya matahari pada waktu terkuat, biasanya 10 pagi hingga 4 petang. Use a sunscreen daily!

Hiperpigmentasi tidak berbahaya dan biasanya bukan tanda kepada masalah kesihatan yang serius. In some cases, hiperpigmentasi akan pudar dengan perlindungan sunscreen yang baik. Dalam kes lain, rawatan yang lebih agresif diperlukan tetapi tidak ada jaminan bintik-bintik hitam ini pudar sepenuhnya, walaupun dengan rawatan moden.

Aloe vera, green tea dan tea tree oil adalah antara bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk rawatan hiperpigmentasi di rumah. Kolagen juga membantu mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap dan parut akibat hiperpigmentasi. Kolagen mendorong pembentukan tisu yang mempercepat proses penyembuhan secara semula jadi. Kombinasi kedua-dua Cleansing Gel dan Gloei dapat membantu memperbaiki masalah hiperpigmentasi.
Diana Ishak
Read more

Apa ada dalam BLACKHEADS

Apabila pori (lubang folikel bulu roma) tersumbat dengan sebum (minyak) dan sel kulit mati, yang kemudiannya menjadi pejal, warna permukaan pori berubah menjadi gelap. Inilah yang biasanya dipanggil BLACKHEADS. The medical name ialah comedo.

Warna hitam pada permukaan blackheads/comedo adalah disebabkan oleh pengoksidaan molekul lemak dalam sebum. Jika permukaan blackhead ditutupi oleh kulit, pengoksidaan ini tidak berlaku. Struktur ini dipanggil whitehead atau jerawat. Maksudnya, jika kulit di atas benjolan pori tertutup, benjolan itu dipanggil whitehead. Apabila kulit di atas benjolan terbuka, pendedahan kepada udara menyebabkan ia kelihatan hitam dan blackhead terbentuk.

Benda putih yang keluar dari pori apabila memicit hidung, dipanggil filamen sebum. Benda putih ini kebanyakannya terdiri daripada minyak yang dihasilkan oleh kulit DAN sel kulit mati. Jadi, tak perlu over expresi "Euwww!" bila melihat video tentang blackhead kerana ia bukan najis, hanya minyak muka yang berlebihan. Walaupun begitu, blackhead mesti dirawat kerana ia adalah permulaan kepada penyakit kulit. Faktor terjadinya blackhead ada pelbagai, antaranya:
  • badan menghasilkan terlalu banyak minyak.
  • bakteria Propionibacterium acnes berkumpul pada kulit
  • sel-sel kulit mati tidak dibersihkan dari muka
  • perubahan hormon
Perubahan hormon menyebabkan peningkatan pengeluaran minyak semasa remaja, semasa haid, semasa mengambil birth control, atau semasa mengambil ubat tertentu, seperti kortikosteroid, litium, atau androgen. Membasuh muka 2 kali sehari terutama selepas bangun dari tidur penting untuk menghilangkan pengumpulan minyak. Ini kerana, setiap malam, kulit muka mengeluarkan minyak. Tetapi jangan cuci muka lebih dari 2 kali sehari kerana boleh menghilangkan banyak minyak semula jadi dari muka hingga mengakibatkan kekeringan.

Cleansing Gel GreenAard terbukti membantu mengurangkan simptom jerawat. Ia bukanlah khusus untuk blackheads tetapi kemampuannya untuk merawat jerawat mungkin membantu masalah blackhead. Nak cuba?
Diana Ishak
Read more

Cleansing Gel GreenAard ada SLES. Bahaya ke?

Sebenarnya ada cerita yang sangat menarik di sebalik ini, tentang inovasi yang sangat berguna dalam penjagaan kulit. But we think most people haven’t even heard of it! Jadi hari ini kami nak jelaskan tentang kaedah etoksilasi (chemistry of ethoxylation).

Jika melihat bahagian ingredient Cleansing Gel GreenAard, ada perkaraan SLES. SLES bermaksud Sodium laurETH sulfate. "eth" bermakna bahan tersebut telah dietoksilisasi. Etoksilasi bermakna sesuatu bahan telah ditambah dengan bahan lain yang mengandungi dua atom karbon (iaitu "eth") dan atom oksigen. In total ada tambahan 3 atom. 3 atom kecil ini sangat penting dalam mengubah sifat sesuatu bahan.

Kebanyakan bahan-bahan etoksilasi adalah surfaktan. Skin care perlukan surfaktan supaya kotoran dapat ditarik dari kulit. Contohnya, apabila membersihkan muka, bahan berminyak dalam produk tidak boleh untuk dibilas dengan air tanpa adanya surfaktan. Minyak dan air dalam moisturizer juga hanya boleh bersatu dengan wujudnya surfaktan. Minyak wangi adalah minyak yang bercampur dengan air. Sekiranya tiada surfaktan, pasti botol minyak wangi ada 2 lapisan - minyak di atas, air di bawah.

Ini bermakna, surfaktan adalah kunci untuk membuat semua ini berfungsi. Benefit paling besar etoksilasi adalah ia membuatkan saiz surfaktan meningkat. Apabila saiz surfaktan bertambah, ia tidak menembusi kulit dengan mudah, menjadikan produk tersebut lebih mesra kulit. Inilah sebabnya kenapa kami gunakan SLES dalam Cleansing Gel berbanding SLS kerana ia jauh lebih mesa kulit.

So, thank you to kaedah etoksilasi kerana surfaktan dalam Cleansing Gel GreenAard bukan sahaja gentle on skin, malah berbuih dengan baik. Cleansing Gel GreenAard dicipta khas untuk kulit bermasalah seperti acne yang teruk, mengeringkan jerawat, kulit berminyak dan eczema. Yes, ia boleh digunakan oleh kanak-kanak dan kulit normal juga.
Diana Ishak
Read more

Cara menghilangkan jeragat.


Ramai yang bertanya samada Cleansing Gel GreenAard boleh menghilangkan jeragat atau tidak. Ramai juga yang mengatakan produk keluaran mereka boleh menghilangkan jeragat. Hakikatnya, TIDAK ADA UBAT untuk merawat jeragat, tetapi ada beberapa pilihan rawatan untuk mengurangkan/memudarkan warna jeragat.

Jeragat tidak mendatangkan kemudaratan fizikal, malah kulit yang terjejas tidak gatal atau sakit. Sains masih tidak begitu jelas apa yang menyebabkan melasma, tetapi boleh jadi akibat sel penghasil pigmen dalam kulit (melanosit) menghasilkan terlalu banyak pigmen (melanin).

Hormon estrogen dan progesteron juga dikaitkan dengan masalah jeragat. Ini bermakna birth control, kehamilan, dan terapi hormon semuanya boleh mencetuskan jeragat.

Stress dan penyakit tiroid juga dianggap sebagai punca jeragat.

Selain itu, terlampau terdedah pada matahari juga menyebabkan jeragat kerana sinaran UV menjejaskan sel yang mengawal pigmen (melanosit).

Bagi sesetengah orang, jeragat hilang dengan sendirinya. Terdapat produk yang boleh mencerahkan jeragat, tetapi tidak menghilangkannya 100%. Jika itu tidak berkesan, rawatan dermabrasi dan mikrodermabrasi adalah pilihan seterusnya untuk menanggalkan lapisan atas kulit. Walau bagaimanapun, prosedur itu tetap tidak menjamin jeragat tidak akan kembali. Lawatan susulan perlu dilakukan. Yang terbaik, kurangkan risiko untuk jeragat kembali/merebak dengan meminimumkan pendedahan matahari dan memakai sunscreen

Dalam Cleansing Gel GreenAard ada tea tree oil dan esktrak kayu manis yang secara teori boleh merawat ekzema, tetapi kami tetap berpegang kepada JERAGAT TIADA UBAT. Tea tree oil memiliki sifat antioksidan dan anti-radang yang bermanfaat untuk merawat bintik-bintik gelap di muka, tetapi belum ada kajian formal mengenai tea tree oil untuk jerawat.

Secara TEORI, yes, Cleansing Gel GreenAard mungkin boleh membantu MEMUDARKAN jeragat, tetapi tidak boleh menghilangkan jeragat sepenuhnya. Masalah jeragat adalah kompleks kerana ia bukan sahaja melibatkan faktor luaran (matahari) tetapi juga dalaman (hormon).

Maka, cara terbaik adalah, seiring dengan penggunaan Cleansing Gel GreenAard, anda masih perlu memakai sunscreen dan diet yang healthy untuk menjaga kesihatan dalaman.

Diana Ishak
Read more

Masalah Kulit Wanita - SOLVED!

Ada beberapa keluhan yang biasa tentang kulit - samada age spots di wajah atau urat-urat yang jelas kelihatan pada betis. Wanita sangat concern dengan perubahan ini. Sebenarnya dah ada tips pun untuk handle these skin conditions.

Jerawat
Punca :
  • bakteria P.acnes, yang menyebabkan kemerahan dan keradangan pada kulit
  • sel kulit mati menyumbat liang kulit
  • pengeluaran minyak muka yang berlebihan
  • terlalu banyak hormon androgen dalam badan
  • mampatan dari menekan telefon ke dagu/pipi atau memakai pakaian ketat

Cara merawat:
1. Gunakan pencuci muka yang ada SLEs atau asid salisilik untuk unclog liang pori. 2. Gunakan krim yang ada benzoil peroksida untuk mematikan bakteria.
3. Untuk bacne (body acne), elakkan memakai baju yang ketat.

Cadangan GreenAard:
1. Gunakan Cleansing Gel untuk mencuci muka (ada SLEs)
2. Gunakan Makeup Remover untuk mencuci solekan (ada benzoil peroksida)


Age spots
Punca :

  • kerap terdedah pada sinaran matahari (UV)
  • malanin (sel yang memberi warna pada kulit) telah rosak

Cara merawat :
1. Rajin-rajin exfoliate kulit. Ia membantu bersihkan permukaan kulit supaya krim muka dapat meresap.
2. Pakai mask
3. Laser treatment

Cadangan GreenAard
1. Gunakan toner
2. Sunscreen jangan lupa
3. Gunakan Bio-cellulose mask (fiber 1000x kali lebih nipis dari rambut membolehkan serum diserap masuk ke dalam kulit dengan lebih effisien)


Parut
Punca: kerosakan pada kolagen dan elastin kulit

Cara merawat:
1. Untuk parut lebih dari 2 tahun, you’ll have to just live with them.
2. Parut yang nipis dan rata, dapat dirawat dengan apply krim menghilangkan parut atau laser treatment.
3. Keloid yang timbul mungkin perlu dibuang melalui pembedahan.
4. Ambil supplement yang boleh merangsang pengeluaran kolagen.

Cadangan GreenAard:
1. Ambil Gloei untuk membantu collagen production.
2. Parut lama dan keloid akan mengambil masa yang lama dengan Gloei tetapi boleh dibantu dengan set penjagaan kulit yang bagus.


Tanda lahir (Birthmarks)
Punca:

  • bila sel pigmen tumbuh dengan terlalu banyak
  • most are harmless and don’t require treatment

Cara merawat :
1. Laser treatment
2. Surgery
3. Jika birthmark berwarna gelap, ia mesti dinilai oleh pakar dermatologi, kerana boleh berubah menjadi melanoma.

Cadangan GreenAard:
Kami tiada produk untuk tujuan ini tetapi memandangkan most of birthmarks are harmless, maybe boleh consider guna concealer untuk cover.

Urat timbul (vena varicose)
Punca:

  • vena ada injap yang menghalang darah mengalir ke backward. Apabila injap lemah, ia membiarkan darah mengalir backward dan mengumpul, menyebabkan lebam.
  • vena varikos sering berwarna biru, kelihatan berpintal dan timbul ke permukaan kulit.
  • disebabkan keturunan, kerap terdedah pada matahari dan perubahan hormon.

Cara merawat:
1. Laser treatment
2. Gliserin injection pada vena
3. Kurangkan menyilangkan kaki semasa duduk
4. Jangan berdiri terlampau lama
5. Kurangkan berat badan

Cadangan GreenAard
1. Berjalan/berlari untuk improves leg strength.
2. Ambil GC Plus untuk membantu mengurangkan berat badan.


Stretch marks
Punca:

  • peningkatan berat badan yang cepat (contohnya, semasa hamil)
  • penurunan berat badan yang mendadak menyebabkan kulit pecah

Cara rawatan:
1. Gunakan lotion untuk membantu mengurangkan penampilan stretch mark.
2. Krim retinoid juga berkesan.
3. Laser treatment

Cadangan GreenAard:
1. Ambil Gloei untuk merangsang pengeluaran kolagen dan elastin bagi membantu memperbaiki kerosakan kulit.
2. Ambil Herba Rahsia Rimba kerana stretch marks don't just happen because the skin has been stretched excessively. Hormon juga memainkan peranan.

Diana Ishak
Read more

Apa yang menyebabkan jerawat punggung?

Jerawat pada punggung atau Buttne (another form of acne) biasanya disebabkan oleh folikel rambut yang tersumbat dan jangkitan bakteria. Keadaan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Yang pertama, hormon.
Perubahan hormon (terutama sekali pada kitaran haid) membuatkan lapisan folikel rambut menjadi lebih melekit dan menyebabkan liang kulit tersumbat.

Yang kedua, peluh.
Peluh boleh masuk ke liang pori, lalu memerangkap kotoran dan debu. Sebaiknya jika badan berpeluh, lekas tukar pakaian dan mandi secepat mungkin (sekiranya bersenam). Jika tidak ada masa untuk mandi, lap badan (atau kawasan peluh) dengan wet wipes.

Yang ketiga, duduk terlalu lama.
Terlalu banyak duduk atau duduk terlalu lama boleh menyebabkan folliculitis di punggung, akibat tekanan dari duduk. Jika pekerjaan kita memerlukan banyak duduk, make an effort to stand up more.

Note: Folliculitis berlaku apabila folikel rambut mendapat jangkitan.

Yang keempat, malas ganti seluar dalam.
Tidak menukar seluar dalam setiap hari - seluar dalam yang kotor, berpeluh, dan berminyak boleh mengakibatan pertumbuhan jerawat [ada punggung. Pastikan ganti seluar dalam setiap kali selepas mandi.

Yang kelima, memakai pakaian yang ketat.
Seluar jeans dan legging boleh mempengaruhi pertumbuhan jerawat di punggung. Pakaian yang ketat memerangkap peluh dan minyak. Sebaiknya, jika memakai body shaper, jangan melebihi 8 jam. Selepas memakainya, sila mandi.

So you've got buttne? No biggie! Kami ada cara untuk merawatnya.

Gunakan Cleansing Gel untuk merawat jerawat Buttne. Pencuci berasaskan gel ini bukan sahaja sesuai digunakan pada wajah malah seluruh badan.
Diana Ishak
Read more
64 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart