Penyakit kulit apa yang sesuai dengan Cleansing Gel GreenAard.
Apabila melabur dalam produk penjagaan kulit, selalunya kita lebih memikirkan untuk memilih moisturise berbanding pencuci muka. Betul tak? Begitu juga dengan serum, atau produk anti-penuaan. Kita selalu anggap produk-produk ini lebih memberi perubahan besar pada kulit. Sebaliknya pencuci muka, biasanya jenis "apa-apa je lah janji muka berbasuh". Kan?
Sebenarnya, kesihatan kulit bermula dari kulit yang benar-benar bersih! Ini yang perlu difahami. Lebih-lebih lagi jika kulit muka jenis sensitif dan bermasalah. Kita perlu tahu jenis kulit kita bagaimana. GreenAard Cleansing Gel diformulasi untuk membantu merawat masalah kulit seperti jerawat, ekzema, berminyak dan psoriasis. Walaupun Cleansing Gel kami mungkin tidak dapat menyembuhkan psoriasis, ia boleh membantu mengurangkan gejalanya, seperti kemerahan, gatal-gatal, dan kerak. Bahan yang kami gunakan dalam Cleansing Gel adalah daripada ekstrak tumbuhan. Kebanyakan bahan adalah 'home remedies'.
Kulit anda berjerawat?
Tea tree oil dan rose water dalam Cleansing Gel ada ciri-ciri antimikrob yang membantu memerangi bakteria penyebab jerawat.
Kulit anda terkena jangkitan bakteria?
Jika kulit mendapat jangkitan bakteria seperti folikulitis (keradangan folikel rambut), cuba basuh kawasan jangkitan dengan Cleansing Gel. Kombinasi tea tree oil dengan ekstrak kayu manis dalam Cleansing Gel menjadikannya berpotensi untuk merawat jangkitan bakteria tertentu.
Kulit anda terkena jangkitan kulat?
Cleansing Gel ini mungkin berkesan terhadap jangkitan kulat seperti athlete's foot (tinea pedis), kulat kuku (onychomycosis), atau kurap (tinea corporis). Boleh cuba dulu.
Kulit anda ada masalah ekzema?
Ramai penghidap ekzema menggunakan Cleansing Gel dan banyak maklum balas positif yang kami terima. Sifat anti-radang tea tree oil, coconut oil and olive oil dalam Cleansing Gel memberikan kelegaan kepada individu yang menghidap ekzema. Walau bagaimanapun, penting untuk faham bahawa ekzema tidak boleh diubati. Ekzema akan muncul semula apabila badan terdedah kepada punca yang merangsang keradangannya. Cleansing Gel GreenAard boleh mengurangkan simptom selagi kulit tidak terdedah kepada punca ekzema.
Kulit ada masalah skin tags?
Skin tags adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan kulat. Cleansing Gel ada kombinasi tea tree oil dan esktrak rumpai laut yang ada sifat antivirus dan antikulat. Mungkin boleh cuba.
Parut gigitan serangga? Masalah ruam?
Yes, silakan cuba Cleansing Gel. Ia membantu merawat ruam dan luka kecil.