Kenapa muka terasa berminyak selepas dicuci?

Pernah tak cuci muka, tetapi muka masih terasa berminyak sejurus selepas itu?This can be frustrating terutamanya jika kita sedang cuba untuk menjaga kulit. Tetapi kenapa ini berlaku? Salah satu punca adalah, terlalu kerap mencuci muka. Jika pencuci muka mengandungi bahan yang keras dan digosok terlalu kuat pada muka, itu akan menanggalkan minyak semula jadi kulit. Apabila minyak semula jadi kulit menyusut, kulit akan mengeluarkan minyak secara berlebihan untuk mengimbangi minyak muka yang hilang.

Tindak balas inilah yang menjadikan wajah berkilat dan kulit muka berminyak walaupun selepas dicuci. Jika anda mengikut saranan mencuci muka 2 kali sehari tetapi muka masih berminyak, mungkin kena lihat pada jenis kulit pula. Orang yang mempunyai kulit berminyak secara semula jadi cenderung menghasilkan lebih banyak sebum (minyak). Apabila muka dicuci, sebahagian daripada minyak yang berlebihan pada wajah mungkin telah dibuang, tetapi badan terus menghasilkan lebih banyak minyak sepanjang hari. Untuk jenis kulit berminyak begini, anda perlu mencuci muka dengan lebih kerap. Tiada pilihan lain.

Oh, ya. Jenis moisturizer yang digunakan juga boleh beri kesan kepada minyak muka. Jika menggunakan moisturizer yang terlalu berat, boleh menyebabkan kulit berasa berminyak sepanjang hari. Maka pilihlah moisturizer yang ringan dan bebas minyak. Ini akan melembapkan kulit tanpa menambah rasa berminyak.

Genetik dan hormon juga boleh memainkan peranan pada kulit. Genetik boleh mempengaruhi saiz, bilangan, dan aktiviti kelenjar sebum, yang menghasilkan minyak semula jadi kulit. Seseorang yang mempunyai sejarah keluarga kulit berminyak lebih berkemungkinan memiliki kulit berminyak juga. Genetik yang mengawal pengeluaran sebum ini juga menjadi punca jerawat dan rosacea. GreenAard Cleansing Gel telah membuktikan bahawa ia boleh membantu memperbaiki masalah jerawat, kulit berminyak dan kulit sensitif.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart