Bolehkah pigmentasi diubati
Pigmentasi kulit adalah ketika kulit menjadi bertompok gelap pada muka dan badan. Pigmentasi sering disebabkan oleh genetik atau kecenderungan dari keturunan. Walau bagaimanapun, cahaya matahari juga merupakan pemangkin yang paling biasa. Walaupun pada pendedahan matahari yang minimum, apabila kulit tidak dijaga, boleh menyebabkan pigmentasi.
Perubahan hormon, ditambah pula dengan tidak memakai pelindung matahari (sunscreen), sering menyebabkan tompok pigmentasi yang degil dikenali sebagai JERAGAT. Alahan, penambahan berat badan, pengambilan ubat tertentu serta gangguan kulit seperti jerawat dan ekzema juga boleh menambah masalah.
Bolehkah beauty habits tertentu membawa kepada peningkatan pigmentasi? . Ya, ada. Iaitu tidak memakai sunscreen. Ketika awal remaja atau awal 20-an, biasanya ramai buat tak endah dengan sunscreen kerana yakin kulit dalam keadaan baik walaupun terdedah pada sinar matahari. Walau bagaimanapun, seiring dengan masa, pigmentasi mula menjadi jelas.
Adakah pigmentasi kekal? Bolehkah ia hilang? Sekiranya kulit terjejas at a deep level, pigmentasi akan kekal untuk tempoh yang lama dan tidak pulih sepenuhnya. Apabila tahapnya terlalu dalam, pigmentasi kulit memerlukan penjagaan dan rawatan yang berterusan untuk membetulkan kerosakan yang berlaku. Sebab itulah kami tidak dapat mencadangkan sebarang produk dari GreenAard untuk jeragat kerana penjagaan kulit berjeragat memerlukan konsistensi, bukannya rawatan singkat. Cleansing Gel hanyalah salah satu rawatan yang boleh dicuba tetapi ia bukanlah produk khusus untuk menghilangkan jeragat.
Apakah yang perlu dimasukkan dalam rutin kecantikan saya untuk mengelakkan pigmentasi? Pendedahan matahari adalah punca utama pigmentasi kulit, jadi pastikan hanya keluar dengan susncreen spektrum luas yang mengandungi SPF30 atau lebih. Seterusnya, gunakan serum yang mempunyai kesan antioksidan sebelum keluar di bawah sinar matahari untuk mengurangkan sebarang pigmentasi kulit yang SEDIA ADA.
JANGAN guna brightening cream sekiranya sudah ada jeragat. Biasanya brightening cream mengandungi steroid kuat yang dalam jangka panjang, merosakkan kulit. Pada waktu malam atau setiap kali mencuci solekan, pastikan cleanser anda boleh menanggalkan sunscreen dan kesan solek dengan benar-benar bersih. Untuk tujuan pembersihan wajah dari solekan and suncreen kami boleh cadangkan Makeup Remover GreenAard. Telah banyak feedback dari pengguna yang berpuas hati betapa mudah dan efektifnya makeup remover ini menanggalkan solekan.