Cara menghilangkan jeragat.
Ramai yang bertanya samada Cleansing Gel GreenAard boleh menghilangkan jeragat atau tidak. Ramai juga yang mengatakan produk keluaran mereka boleh menghilangkan jeragat. Hakikatnya, TIDAK ADA UBAT untuk merawat jeragat, tetapi ada beberapa pilihan rawatan untuk mengurangkan/memudarkan warna jeragat.
Jeragat tidak mendatangkan kemudaratan fizikal, malah kulit yang terjejas tidak gatal atau sakit. Sains masih tidak begitu jelas apa yang menyebabkan melasma, tetapi boleh jadi akibat sel penghasil pigmen dalam kulit (melanosit) menghasilkan terlalu banyak pigmen (melanin).
Hormon estrogen dan progesteron juga dikaitkan dengan masalah jeragat. Ini bermakna birth control, kehamilan, dan terapi hormon semuanya boleh mencetuskan jeragat.
Stress dan penyakit tiroid juga dianggap sebagai punca jeragat.
Selain itu, terlampau terdedah pada matahari juga menyebabkan jeragat kerana sinaran UV menjejaskan sel yang mengawal pigmen (melanosit).
Bagi sesetengah orang, jeragat hilang dengan sendirinya. Terdapat produk yang boleh mencerahkan jeragat, tetapi tidak menghilangkannya 100%. Jika itu tidak berkesan, rawatan dermabrasi dan mikrodermabrasi adalah pilihan seterusnya untuk menanggalkan lapisan atas kulit. Walau bagaimanapun, prosedur itu tetap tidak menjamin jeragat tidak akan kembali. Lawatan susulan perlu dilakukan. Yang terbaik, kurangkan risiko untuk jeragat kembali/merebak dengan meminimumkan pendedahan matahari dan memakai sunscreen
Dalam Cleansing Gel GreenAard ada tea tree oil dan esktrak kayu manis yang secara teori boleh merawat ekzema, tetapi kami tetap berpegang kepada JERAGAT TIADA UBAT. Tea tree oil memiliki sifat antioksidan dan anti-radang yang bermanfaat untuk merawat bintik-bintik gelap di muka, tetapi belum ada kajian formal mengenai tea tree oil untuk jerawat.
Secara TEORI, yes, Cleansing Gel GreenAard mungkin boleh membantu MEMUDARKAN jeragat, tetapi tidak boleh menghilangkan jeragat sepenuhnya. Masalah jeragat adalah kompleks kerana ia bukan sahaja melibatkan faktor luaran (matahari) tetapi juga dalaman (hormon).
Maka, cara terbaik adalah, seiring dengan penggunaan Cleansing Gel GreenAard, anda masih perlu memakai sunscreen dan diet yang healthy untuk menjaga kesihatan dalaman.