Panau
Panau adalah jangkitan kulat yang mengganggu pigmentasi normal kulit, mengakibatkan tompok kecil yang berubah warna. Tompok-tompok ini berwarna lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya. Banyak terdedah pada matahari boleh menjadikan panau lebih jelas. Panau TIDAK menyakitkan atau TIDAK berjangkit, tetapi boleh membawa kepada tekanan emosi. Krim antikulat membantu merawat panau, tetapi walaupun selepas rawatan, warna kulit mungkin kekal tidak sekata.
Panau boleh datang kembali selepas sembuh, terutamanya dalam cuaca panas dan lembap. Kulat yang menyebabkan panau boleh tiba-tiba ada pada kulit yang sihat. Kulat ini tidak mendatangkan masalah pada mulanya. Ia hanya menyebabkan masalah apabila kulat tumbuh terlalu banyak. Beberapa faktor boleh mencetuskan pertumbuhan ini, termasuk:
Ada beberapa krim yang boleh didapati dari doktor/farmasi. Tetapi, ada juga rawatan secara tradisional. Antara bahan untuk rawatan tradisional adalah:

- Cuaca panas, lembap
- Kulit berminyak
- Perubahan hormon
- Sistem imun yang lemah
Ada beberapa krim yang boleh didapati dari doktor/farmasi. Tetapi, ada juga rawatan secara tradisional. Antara bahan untuk rawatan tradisional adalah:
- aloe vera
- bawang putih
- serbuk kunyit
- minyak pokok teh