Kenapa GreenAard Cleansing Bar mudah cair?

 

 .

Kami tahu ramai yang hairan kenapa sabun GreenAard Cleansing Bar ni cepat 'lembik'?

Bukan sebab takde kualiti tau. No. No. No. 

Ini adalah kerana Cleansing Bar menggunakan bahan asas - gliserin (glycerin).

Gliserin (glycerin) adalah produk asas dalam pembuatan sabun. Sifat glycerin ni lembut pada kulit berbanding kebanyakan sabun lain. Jadi siapa yang ada masalah kulit sensitif, memang sesuai pakai sabun gliserin. Tapi gliserin semata-mata belum tentu lagi boleh bagi kesan yang cepat. Mesti nak kena ada campuran bahan lain. Disebabkan gliserin ni lembut maka ia senang 'lembik' bila terdedah kat udara, apetah lagi dibiarkan berendam dalam air.

Tapi, gliserin ni pH-nya lebih rendah daripada sabun lain. pH rendah membantu kulit mengekalkan kelembapan semula jadi. Memandangkan gliserin mampu menarik kandungan air dalam udara, jadi ia menambahkan lagi kelembapan pada wajah pengguna yang memakai sabun ni.

Sesetengah produk menggunakan gliserin daripada lemak haiwan, tapi dalam GreenAard Cleansing Bar, kami memilih menggunakan gliserin daripada minyak sayuran.

Tapi di sebalik kebaikan gliserin untuk kulit sensitif, ia tetap ada beberapa kelemahan.

Sabun berasaskan gliserin biasanya tidak berbuih/kurang berbuih. Ada orang tak suka sabun kurang buih. Tapi perlu diingat yang Cleansing Bar ini adalah 'medicated' soap untuk kulit bermasalah. Sesetengah kulit sensitif pada buih sabun, jadi sebab itulah kami gunakan gliserin dalam Cleansing Bar kerana sememangnya tujuan produk ini adalah untuk merawat masalah kulit.

Selain dari itu, gliserin senang cair jika dibiarkan dalam air kerana gliserin ni sifatnya lembut dan berupaya menarik lembapan. Disebabkan keupayaannya menarik lembapan, maka ia akan membuatkan kulit lembut bila dipakai. Kiranya, dalam kelemahan, ada kebaikkan.

Sabun berasaskan gliserin juga lebih mahal daripada lain-lain sabun lebih-lebih lagi gliserin yang berasaskan bahan semulajadi macam Cleansing Bar ni. 

Sabun berasaskan gliserin adalah hypoallergenic, bermakna ia kurang cenderung untuk menyebabkan alahan pada kebanyakan orang. Ditambah lagi dalam Cleansing Bar kami memasukkan bahan semulajadi khas untuk merawat kulit sensitif membuatkan ia lebih hypoallergenic. Walaubagaimanapun, ia masih boleh menyebabkan reaksi pada sesetengah orang, terutamanya jika sabun gliserin yang mengandungi bahan tambahan lain macam minyak wangi yang boleh menyebabkan kerengsaan. Tapi dalam Cleansing Bar kami tak letakkan pewangi, semuanya yang natural saja. Walaumacamanapun, lain orang lain kulitnya. Mungkin ada sesetengah orang sensitif kepada air mawar atau kulit kayu manis. Mereka ni mungkin akan dapat tindakbalas kerengsaaan. Ada juga orang mungkin tak tahu yang kulit mereka rupanya alergik kepada gliserin. 

Jadi, kepada pengguna Cleansing Bar, untuk pastikan sabun ni tak cepat 'lembik', pastikan selepas guna, ia disimpan di tempat yang kering. Cari bekas sabun yang ada lubang di bawah untuk aliran air.   

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart