Dapat eczema selepas jari terkena hot glue

Dyshidrotic eczema ialah sejenis eczema yang menjejaskan tangan dan kaki. Ia sering kali menyebabkan lepuh kecil yang gatal. Walaupun sejarah keluarga dengan asma, alergi, atau eczema boleh meningkatkan risiko, seseorang tanpa sejarah keluarga juga boleh mendapat dyshidrotic eczema.

Ada beberapa penyebab yang boleh menyumbang kepada munculnya eczema secara tiba-tiba selepas terkena hot glue. Hot glue mengandungi bahan kimia yang boleh merengsakan kulit. Dalam sesetengah kes, kulit yang terdedah kepada bahan perengsa boleh mengalami reaksi keradangan yang mengakibatkan eczema. hot glue boleh membuatkan skin barrier rosak. Apabila kulit rosak, sama ada melalui luka, melecet, atau terbakar akibat hot glue, ini menjadi pintu masuk kepada jangkitan.

Kerosakan pada kulit mencetuskan tindak balas imun yang membawa kepada pembentukan eczema. Jenis eczema ini dicetuskan oleh faktor luar seperti trauma kulit. Walaupun tiada sejarah alergi dalam keluarga, pendedahan kepada bahan-bahan tertentu (seperti hot glue) boleh menyebabkan tindak balas alergi yang tidak disedari sebelumnya. Eczema jenis ini boleh berlaku selepas bersentuhan dengan bahan pencetus seperti bahan kimia, logam, atau getah, yang boleh menyebabkan eczema merebak jika terus terdedah atau tidak dirawat.

Langkah Pencegahan dan Rawatan
- Elakkan bersentuhan dengan bahan kimia yang merengsakan atau pencetus seperti gam panas
- Penggunaan moisturiser di kawasan luka
- Elakkan menggaru
- Basuh kawasan eczema dengan Cleansing Gel GreenAard
Diana Ishak
Read more

Apa pencentus ekzema?

Ekzema sering kali berlaku apabila terdedah kepada pencetus tertentu yang boleh menyebabkan flare-up, di mana simptom ekzema seperti gatal-gatal, kemerahan, dan kulit kering. Walaupun pencetus ini berbeza dari seorang individu ke individu lain, terdapat beberapa faktor yang biasa menyebabkan ekzema menjadi aktif.

1. Bahan Kimia dalam Sabun dan Detergen
Sabun dan detergen yang mengandungi bahan kimia keras atau pewangi boleh mengeringkan kulit dan merosakkan lapisan pelindung kulit, menjadikannya lebih mudah terdedah kepada keradangan. Bahan pencuci pakaian, pelembut fabrik, sabun mandi, dan syampu tertentu sering menjadi punca flare-up ekzema.

2. Perubahan Suhu dan Kelembapan
Perubahan mendadak dalam suhu, terutamanya peralihan antara cuaca panas dan sejuk, boleh merengsakan kulit. Cuaca sejuk dengan kelembapan rendah boleh menyebabkan kulit menjadi sangat kering, manakala panas dan peluh berlebihan boleh menyebabkan ekzema bertambah buruk. Bagi sesetengah individu, udara yang kering dan sejuk di dalam bangunan berpenghawa dingin juga boleh mencetuskan ekzema.

3. Tekanan Emosi (Stress)
Tekanan emosi atau stress boleh menjadi pencetus ekzema yang sangat biasa. Walaupun penyebabnya adalah emosi, ia boleh menyebabkan tindak balas fizikal pada kulit. Kajian menunjukkan bahawa tekanan boleh mencetuskan tindak balas imun yang menyebabkan keradangan kulit dan memperburuk ekzema.

4. Alergen
Alergen tertentu boleh merangsang flare-up ekzema, terutamanya bagi individu yang sensitif kepada bahan alergen. Ini termasuklah debu, bulu haiwan, dan debunga.

5. Pakaian atau Fabrik
Fabrik yang kasar atau tidak menyerap peluh dengan baik seperti bulu atau bahan sintetik boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Pakaian yang ketat atau berlapis-lapis, terutamanya yang diperbuat daripada fabrik yang tidak mesra kulit, boleh merosakkan lapisan kulit yang sudah sensitif dan mencetuskan ekzema.

6. Peluh Berlebihan
Bagi sesetengah individu, peluh boleh menjadi pencetus utama ekzema. Apabila peluh berkumpul pada kulit, ia boleh menyebabkan gatal-gatal dan iritasi, terutama di kawasan lipatan seperti siku, lutut, atau leher. Aktiviti fizikal yang menyebabkan peluh berlebihan tanpa membersihkan kulit segera boleh menyebabkan flare-up ekzema.

7. Allergen Fizikal
Allergen fizikal seperti habuk, pasir, atau bahan kimia di tempat kerja boleh mencetuskan ekzema. Contohnya, bahan kimia yang digunakan dalam proses pembersihan boleh menimbulkan reaksi keradangan pada kulit sensitif.

8. Makanan
Walaupun makanan jarang menjadi punca langsung ekzema, bagi sesetengah orang yang mempunyai alahan makanan, makanan tertentu boleh mencetuskan flare-up. Alahan makanan seperti susu, telur, kacang, atau makanan laut boleh menjadi pencetus ekzema, terutama bagi kanak-kanak. Orang dewasa juga boleh mengalami flare-up jika mereka mempunyai sensitiviti terhadap makanan tertentu.

9. Perubahan Hormon
Bagi wanita, perubahan hormon yang berlaku sebelum atau semasa haid, kehamilan, atau menopaus boleh mencetuskan flare-up ekzema. Perubahan dalam tahap hormon estrogen dan progesteron mungkin menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan terdedah kepada keradangan.

10. Jangkitan Kulit
Jangkitan kulit, terutamanya yang disebabkan oleh bakteria seperti Staphylococcus aureus, boleh memperburuk ekzema. Jangkitan ini boleh terjadi apabila kulit yang sudah rosak atau cedera akibat gatalan menjadi pintu masuk bagi bakteria. Ini sering menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk, dan kadang-kadang memerlukan rawatan antibiotik.

11. Produk Kosmetik
Penggunaan produk kosmetik yang mengandungi pewangi atau bahan kimia tertentu boleh mencetuskan ekzema pada sesetengah individu. Krim muka, losyen badan, atau deodoran yang mengandungi pewarna, pewangi tiruan, atau bahan pengawet boleh merosakkan kulit sensitif.

12. Diet yang Tidak Seimbang
Walaupun ekzema bukan sepenuhnya berkaitan dengan diet, pengambilan makanan yang tidak seimbang atau tinggi dalam bahan pemprosesan dan gula boleh menyumbang kepada keradangan dalam badan, yang boleh memperburuk keadaan ekzema. Pengambilan makanan anti-radang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan omega-3 dapat membantu mengurangkan risiko flare-up.

13. Kurang Tidur
Kurang tidur boleh menyebabkan imuniti badan menjadi lemah, yang seterusnya boleh mencetuskan atau memperburuk ekzema. Tidur yang tidak cukup juga boleh meningkatkan tahap stress, menyebabkan flare-up menjadi lebih kerap.

Kesimpulannya, pencetus ekzema boleh berbeza-beza bagi setiap individu, namun faktor seperti bahan kimia, alergen, stress, makanan, perubahan cuaca, dan produk kosmetik sering menjadi punca utama flare-up ekzema. Untuk mengurangkan flare-up, pesakit ekzema perlu mengenal pasti pencetus peribadi mereka dan mengambil langkah-langkah pencegahan.
Diana Ishak
Read more

Jika ahli keluarga ada ekzema, asma, atau alahan, risiko untuk anda dapat ekzema adalah lebih tinggi

Ya, memang benar. Jika seseorang dalam keluarga mempunyai ekzema, asma, atau alahan, risiko untuk ahli keluarga lain mendapat ekzema adalah lebih tinggi. Ekzema, asma, dan alahan berkongsi komponen genetik yang sama. Jika seseorang mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai salah satu daripada gangguan ini, mereka lebih cenderung mewarisi gen yang meningkatkan risiko untuk mendapat ekzema atau alahan lain.

Dalam badan manusia ada gen yang dipanggil filaggrin. Gen ini sangat penting dalam pembentukan skin barrier. Mutasi dalam gen ini dikaitkan dengan ekzema. Gen filaggrin membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah iritasi dari bahan perengsa dan alergen luar. Orang yang mewarisi mutasi gen filaggrin mempunyai skin barrier yang lebih lemah dan lebih mudah mengalami ekzema. Jika terdapat mutasi gen ini dalam keluarga, risiko untuk ahli keluarga lain mendapat ekzema meningkat.

Dalam keluarga yang mempunyai sejarah ekzema, asma, atau alahan, sistem imunnya bertindak balas secara berlebihan terhadap bahan biasa yang tidak berbahaya, seperti debu, atau bahan kimia dalam produk penjagaan kulit. Sistem imun ini menyebabkan keradangan yang mengakibatkan simptom gatal-gatal pada ekzema, saluran pernafasan tersumbat dalam asma, atau reaksi alergi seperti hidung berair dan mata gatal.

Ekzema, asma, dan alahan sering kali berlaku bersama, dikenali sebagai atopic march. Atopic march merujuk kepada perkembangan gangguan ini yang biasanya bermula dengan ekzema pada zaman kanak-kanak, diikuti oleh perkembangan alahan makanan, dan kemudian asma atau alahan hidung pada peringkat dewasa. Ini menunjukkan bahawa sistem imun orang yang mempunyai ekzema cenderung terlibat dalam reaksi berlebihan, yang boleh berkembang kepada keadaan atopi lain.

Selain faktor genetik, ahli keluarga sering terdedah kepada persekitaran yang sama. Jika terdapat alergen seperti debu, bulu haiwan, atau pencemaran udara di rumah, risiko semua ahli keluarga mengalami masalah kulit atau pernafasan menjadi lebih tinggi. Tambahan pula, kebiasaan atau gaya hidup keluarga juga mempengaruhi risiko ekzema. Contohnya, jika ahli keluarga berkongsi produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia yang merengsa kulit, ia boleh mencetuskan ekzema pada individu yang mempunyai kecenderungan genetik.

Secara keseluruhannya, risiko untuk mendapat ekzema adalah lebih tinggi jika ada ahli keluarga yang mempunyai ekzema, asma, atau alahan kerana faktor genetik dan kecenderungan sistem imun yang diwarisi. Jika seseorang mempunyai sejarah keluarga dengan salah satu daripada keadaan ini, mereka harus lebih berhati-hati dengan alergen dan iritasi kulit untuk mengurangkan risiko flare-up ekzema.
Diana Ishak
Read more

Apa yang perlu dicari dalam sebuah produk pembersihan kulit untuk kurangkan kerengsaan kulit sensitif?

Kami selalu dapat pertanyaan-pertanyaan general dari mereka yang berminat dengan Cleansing Gel GreenAard tetapi tak pasti samada kulit mereka sesuai atau tidak. Memandangkan Cleansing Gel GreenAard memang diformulasikan khas untuk sensitif skin, tapi how we define 'sensitive'?

Ada yang tanya "Kalau gatal-gatal tu sensitif atau penyakit?"
"Kalau kulit merah-merah tu sensitif atau penyakit?"

Ok, di sini kami list-kan FAQ tentang Cleansing Gel. 

1. Bagaimanakah nak tahu kalau saya ada kulit sensitif?
Have a dermatologist check your skin. Itu cara terbaik untuk mengetahui jika anda mempunyai kulit sensitif atau ada perkara lain yang menyebabkan kulit anda jadi begitu.

2. Apa yang menyebabkan tindak balas kulit sensitif?
Punca tindak balas kulit sensitif termasuk :

  • Gangguan atau alahan seperti ekzema, rosacea, atau dermatitis. 
  • Kulit terlalu kering. 
  • Pendedahan yang berlebihan kepada alam sekitar yang merosakkan kulit seperti matahari dan angin atau haba berlebihan atau sejuk. 
  • Faktor genetik, umur, jantina.

3. Apakah petua untuk menjaga kulit sensitif terutamanya di wajah?
Pembersihan. Setiap kulit manusia memberi respon berbeza kepada kaedah pembersihan yang berbeza. Tetapi kebanyakan pakar dermatologi bersetuju bahawa sabun yang mengandungi detergen yang kuat tak boleh digunakan di muka. Pembersih sabun seperti sabun organik atau sabun khas untuk kulit sensitif mempunyai potensi kurang merengsakan kulit wajah berbanding dengan sabun pencuci muka biasa. 

4. Apa yang perlu saya cari dalam sebuah produk pembersihan kulit untuk kurangkan kerengsaan kulit sensitif?
Untuk kulit sensitif, pastikan produk tersebut :

  • tidak mempunyai berpuluh bahan.
  • sedikit atau tidak ada lansung wangian.
  • jangan gunakan kosmetik waterproof.
  • gunakan produk natural bebas bahan kimia.


5. Bagaimanakah saya harus menguji tindak balas kulit sensitif?
Sebelum mencuba produk baru pada kulit, lakukan yang berikut :

  • selama beberapa hari, gunakan sedikit di belakang telinga.
  • sekiranya kulit tidak merengsa, lakukan prosedur yang sama, kali ini sapu di kawasan mata.
  • sekiranya masih tak ada kerengsaan, produk itu dikategorikan selamat digunakan di bahagian kulit yang lain.

 

Cleansing Gel GreenAard terbukti membantu merawat kulit sensitif seperti kekeringan, berminyak, berjerawat, ekzema dan psoriasis. Boleh lihat testimoni pengguna di sini : https://greenaard.com/pages/cleansing-gel-image-testimonyWalaubagaimanapun, kadangkala kulit telah berjaya dirawat tetapi kerengsaan datang kembali secara tiba-tiba. Dan selalunya kita menganggap "badan dah immune dengan produk maka ia tidak lagi berkesan"..

SALAH!

Kadangkala ada faktor lain yang membuatkan kerengsaan kulit datang semula selepas beberapa ketika. Jenis kain yang kita gunakan (pakaian) boleh menjadi faktor 'trigger'. Untuk kulit sensitif, pastikan pakai pakaian yang lembut, dari bahan semulajadi seperti kapas halus dan sutera. Elakkan guna kain yang berasaskan bahan sintetik seperti poliester. Rayon dan linen juga selesa untuk kulit sensitif tetapi lebih berat daripada kapas atau sutera. 

 

Diana Ishak
Read more

Apa pengidap eczema perlu tahu sebelum menggunakan GreenAard Cleansing Bar

 

 .

🌱 Penghidap ekzema perlu elakkan dari menggunakan minyak wangi.

 .

🌱 Sabun yang wangi juga harus dielakkan.

 .

🌱 kalau perlu pakai wangi-wangian, pastikan sembur pada pakaian bukannya badan.

 .

🌱 cleaning products and detergents mempunyai bahan kimia, wangian dan tahap pH berasid yang apabila bersentuhan dengan kulit boleh menyebabkan reaksi yang berbeza. Tapi kalau anda dah sedia ada ekzema, bahan-bahan pencuci tadi boleh menyebabkan ruam anda jadi lebih teruk.

 .

🌱 banyak skin care especially anti-aging, sunblock dan ubat jerawat ada asid salisilik, retinol dan asid glycolic. Elakkan produk yang ada bahan-bahan ini.

 .

🌱 elakkan dari bersentuhan dengan bulu haiwan peliharaan.

 .

🌱 senaman. Chlorine and sweat are two triggers for eczema. Pastikan mandi selepas bersenam.

 .

🌱 haiwan peliharaan (ada hama) dan habuk. Ia merangsang reaksi alahan seperti ruam dan gatal-gatal. Pastikan carpet, langsir, bilik mandi dan sofa selalu dibersihkan.

 .

Pastikan perkara-perkara di atas dijauhi. Barulah kesan Cleansing Bar dapat berlaku dengan lebih cepat.

 

Diana Ishak
Read more

Guna barang kat dapur je untuk pulihkan penyakit kulit.

Dermatitis atau ruam biasa pada kulit hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya kulit menjadi kemerahan, bersisik, bertompok, kering, gatal-gatal atau sedikit lebam. Tak kiralah apa juga bentuknya, yang pasti selalunya ia gatal. Keadaan ini sangat buatkan korang tak selesadan akan membuatkan korang cepat marah dan susah nak tidur. 

Jadi, langkah awal untuk merawat penyakit kulit begini adalah memastikan dulu apakah jenis penyakit kulit yang korang hadapi, sebab ruam ada banyak jenis.

 .

Ekzema

 .

Ruam ekzema contohnya (selalunya kita tak panggil ruam, tapi ekzema saja), keadaan kulit menjadi kering, diiringi dengan tompok kemerahan. Adakalanya, ada nanah akibat dari luka menggaru. Orang kata ekzema susah nak baik. Memang betul. Sebab, ekzema ini adalah penyakit keturunan, dan selalunya bermula dari zaman kanak-kanak lagi. Kalau baik pun, ia takkan bagi terus. Sesekali ia ekzema ni akan datang semula.

Selalunya ekzema ni datang semula akibat dari alahan kepada makanan, perubahan musim (cuaca), minyak wangi, bahan pencuci dan sabun mandi. Jadi, susah nak pastikan apa yang menyebabkan ekzema. Kita perlu ambil masa untuk 'try and error', barulah kita dapat identify apa alahan kepada ekzema tersebut. Setiap penghidap ekzema mempunya alahan yang berbeza. Jadi, kalau pesakit ekzema A kata dia alah terhadap sabun, belum tentu pesakit ekzema B akan alami alahan yang sama. 

Kadang-kadang ruam akan muncul pada alahan yang tak masuk akal, seperti terlalu kerap mencuci tangan ataupun terlalu kerap mandi air panas (hot shower). 

Walaupun ekzema kelihatan hanya pada kulit, penyakit ini boleh memberi kesan serius kepada kualiti kehidupan pesakit dan kesihatan secara keseluruhan, dari segi fizikal dan mental. Ekzema dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah kesihatan seperti asma, alergi makanan, obesiti dan penyakit jantung. Punca-puncanya tidak jelas tetapi, kesan negatif ekzema pada kualiti tidur (sebab tak selesa) boleh menjejaskan kesihatan. Rasa gatal-gatal yang kerap boleh menyumbang kepada risiko yang lebih besar iaitu gangguan kesihatan mental, seperti keresahan dan kemurungan.

 .

Rawatan

Nak petua?

Boleh sapukan madu pada ekzema. Boleh juga sapukan minyak zaitun. Boleh sapukan dengan jus lemon juga. Bubuh aloevera gel pun ok juga. Spray-kan dengan glycerin pun boleh.

Nutrijuice dan Cleansing Bar dari GreenAard juga boleh membantu kerana dalam Nutrijuice ada madu dan jus lemon. Sementara Cleansing Bar ada campuran aloevera, glycerin dan minyak zaitun. 

 .

Ruam panas (Heat rashes)

Ruam panas berwarna merah-kemerahan, biasanya muncul pada kawasan kulit yang terlindung dengan pakaian. Ruam ni mudah menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap. Tapi selalunya ruam panas ini muncul pada kulit bayi. Ruam ini terjadi apabila peluh terperangkap di bawah kulit. Saluran peluh menjadi tersumbat nak membuat kulit menjadi merah. Selalunya pedih. 

Pada orang dewasa ruam panas ni akan muncul pada kawasan kulit yang bergeser antara satu sama lain contohnya pada celah peha atau di bawah lengan. Ruam pada bayi pula cederung di kawasan leher, ketiak, lipatan kaki dan siku. Ruam panas tak merbahaya tapi kalau diiringi dengan demam, rasa sakit yang semakin teruk dan nanah mula keluar dari kawasan ruam, cepat-cepat ke klinik. Apetah lagi kalau korang dari kategori obese (lebih senang berpeluh), risiko untuk dapat heat-stroke adalah tinggi.

 .

Rawatan

Kalau nak rawat di rumah, senang je. Kisar timun sampai jadi puree, lepas tu tampal puree pada kawasan ruam. Kalau tiba masa nak mandikan, guna sabun yang ada campuran glycerin. Atau boleh ke farmasi, minta losyen Calamine atau Hydrocortisone 1%. Tapi pastikan Hydrocortisone 1% ni tak disapu di bahagian muka. Yang penting pakai pakaian yang longgar dan 'berangin'.

 .

Kayap

 .

Kayap adalah jangkitan pada saraf dan disebabkan oleh virus yang sama yang menyebabkan chicken pox. Siapa pernah kena chicken pox, ada potensi untuk dapat kayap juga. Sebab, virus chicken pox belum benar-benar hilang walaupun kita dah pulih dari chicken pox. Sesetengah virus masih kekal aktif di bahagian saraf, tapi ianya tak merbahaya. Atas sebab yang tak dapat dipastikan, virus ini boleh membiak semula. Selalunya selang beberapa tahun selepas kita pulih dari chicken pox. Virus ini akan bergerak sepanjang saraf pada kulit dan menyebabkan kayap. 

Selalunya, manusia dapat kayap sekali saja seumur hidup. Tapi ada juga yang dapat lebih dari sekali. Mungkin ada kaitan dengan sistem imun yang lemah. Walaupun tak ada penawar untuk kayap, rawatan segera boleh bantu mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan risiko komplikasi.

Penyakit kayap yang dibiarkan tanpa rawatan yang betul, lama-kelamaan akan membawa risiko strok atau serangan jantung.

 .

 Kurap

 .

Kalau dalam english, kurap ni dinamakan ringworm, tapi bukan disebabkan oleh cacing tapi kulat (fungus). Kurap boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan. Kurap bermula dengan tompokan merah pada satu kawasan saja dan ia boleh merebak ke kawasan badan yang lain seperti kulit kepala, kawasan sekitar janggut, kaki dan pangkal peha. Fungus ni selalunya ada pada tanah. Jadi, kalau kita tersentuh dengan tanah yang ada fungus ini, ataupun tersentuh barangan yang ada fungus tersebut, maka kita akan dijangkiti kurap.

Sesiapa saja boleh dapat kurap. Dah kurap sangat senang berjangkit. Lebih-lebih lagi kanak-kanak (suka main pasir) atau mereka yang membela kucing. Dan jangkitan ini lebih mudah tersebar melalui perkongsian sikat rambut, berkongsi tempat tidur (berkongsi cadar), tuala, mainan, bekas makanan, mandi di swimming pool, etc. 

 .

Rawatan

Memandangkan kurap adalah jangkitan fungus, rawatan terbaik adalah dengan menggunakan krim yang ada Polysorbate dan Glycerin. 

 .

Jerawat

Kulit manusia terdiri dari liang-liang kecil yang boleh tersumbat oleh minyak, sel kulit mati dan bakteria. Apabila liang ini tersumbat, ia mengakibatkan jerawat. Satu atau 2 jerawat selalunya tidak akan menyebabkan masalah kulit yang ketara. Tetapi kalau jerawat ini tumbuh berulang kali di tempat yang sama, di situlah masalah bermula. Jerawat biasanya mula tumbuh semasa akil baligh. Jerawat tak bahaya, tapi boleh meninggalkan parut pada kulit. Jenis-jenis jerawat termasuklah whiteheads dan bintik hitam.

Jerawat ada kaitan dengan genetik. Rawatan jerawat pula bergantung pada seberapa teruk masalah tersebut. Bukan semua jerawat boleh dirawat dengan kaedah yang sama. Jerawat boleh dipengaruhi oleh kitaran haid, kebimbangan dan tekanan, iklim panas dan lembap, alat solek yang berasaskan minyak, rambut berminyak (yang berjuraian pada wajah) dan suka picit jerawat.

 .

Rawatan

Boleh basuh muka dengan jus lemon kalau mahu. Kalau tak jumpa lemon, boleh guna cuka epal. Ataupun buat masker campuran madu dan kulit kayu manis. Caranya ambil 2 sudu makan madu, campurkan dengan 1 sudu makan serbuk kayu manis. Tepekkan pada muka. Nak lagi senang, GreenAard ada Nutrijuice dan Cleansing Bar yang ada kesemua bahan-bahan ni. 

 .

 Sopak

Sopak terjadi bila kulit kemusnahan melanin (pigmen yang memberi warna pada kulit). Punca kemusnahan melanin ini tak diketahui. Kalau ada dalam sejarah keluarga yang menghidap sopak, risiko untuk korang dapat sopak juga lebih tinggi. Percaya atau tak, sopak boleh berlaku akibat dari berada dalam kedaaan tekanan yang amat sangat, contohnya semasa melahirkan anak, sunburn, dan pendedahan kepada bahan kimia. Sopak bukan disebabkan oleh jangkitan dan ia takkan berjangkit. 

 .

 Ketuat

Ketuat yang biasa tumbuh pada jari tangan dan kaki, tapi ada juga jenis ketuat yang tumbuh di bahagian badan yang lain. Bentuk ketuat adalah kasar dan bulat dan berwarna lebih gelap berbanding kulit sekitarnya. 

Satu lagi jenis ketuat adalah dari jenis yang tumbuh di tapak kaki, selalunya bahagian tumit (atau bahagian kulit keras). Tak seperti ketuat pada jari, ketuat pada tumit ini tumbuh di dalam kulit. Korang boleh tahu itu adalah ketuat kalau korang nampak ada bulatan berwarna gelap di bahagian bawah kulit. Ketuat jenis ini akan buatkan korang rasa sakit bila berjalan.

Korang perlu segera jumpa dokter kalau ketuat itu tumbuh di muka atau di bahagian alat sulit, ketuat mula mengeluarkan darah/nanah, ketuat menjadi sangat sakit, perubahan warna pada ketuat. Kalau korang ada kencing manis, dan dalam pada masa yang sama ketuat mula tumbuh, itu juga tanda-tanda bahaya. 

Ketuat yang tumbuh pada alat sulit lebih berbahaya dan ada potensi untuk mendapat kanser serviks.

 .

Rawatan

Boleh guna madu dan cuka epal juga. 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart