Apa punca jerawat tidak hilang-hilang
Salah satu isu terbesar dengan orang yang mempunyai masalah jerawat ialah, tidak memahami apa yang menyebabkannya jerawat itu terus tumbuh. Bukan semua jerawat dapat hilang menggunakan rawatan/produk yang sama. Daripada hormon kepada diet kepada produk, merawat jerawat tidak semudah menyapu krim pada muka. Setiap formulasi berfungsi secara berbeza untuk merawat kulit.
Mungkin ada yang terfikir untuk menggunakan pelbagai jenis produk serentak bagi mempercepatkan rawatan untuk jerawat. Ini salah! Seseorang tidak seharusnya menggunakan lebih daripada satu produk pada muka anda pada satu masa. Kebanyakan produk jerawat di pasaran cenderung dirumus untuk kulit remaja kerana peratusan remaja paling tinggi mendapat jerawat. Untuk orang dewasa, cari produk yang tidak terlalu 'keras' untuk kulit. Go for produk yang menggunakan bahan semula jadi seperti Cleansing Gel GreenAard.
Selain dari itu, ketika jerawat sedang mengganas, perhatikan diet. Makanan berminyak, coklat dan tenusu tidak menyebabkan jerawat, tetapi boleh memburukkan keadaan jerawat yang sedia ada. Pemakanan juga boleh menjejaskan hormon yang boleh memburukkan jerawat. Sebagai contoh, makanan yang tinggi gula menyebabkan lonjakan paras insulin yang boleh mengubah hormon dan menjejaskan kulit. Jangan pernah terfikir di usia dewasa jerawat tidak tumbuh seperti zaman remaja dahulu. Badan manusia terus-menerus mengalami turun naik hormon atas pelbagai sebab, yang boleh mencetuskan jerawat.
Jerawat boleh muncul pada bila-bila masa, walaupun seseorang tidak pernah ditumbuhi jerawat 15 tahun lamanya. Lebih-lebih lagi wanita 40-an. Semakin menghampiri menopaus, hormon mula kucar-kacir. Wanita menopaus biasanya mengalami jerawat pada masa ini kerana hormon progesteron menjadi lebih tinggi daripada estrogen. Estrogen membantu mencegah jerawat. Apabila progestrone menjadi lebih tinggi, jerawat akan mula naik. Sebab itulah penting untuk mengetahui PUNCA JERAWAT. Boleh jadi jerawat anda bukan disebabkan oleh aktiviti bakteria pada kulit, tetapi hormon.
GreenAard ada 2 produk yang boleh membantu masalah ini. Yang pertama, CLEANSING GEL. Cleansing Gel adalah khusus untuk kulit bermasalah seperti jerawat dan ekzema. Yang kedua, HERBA RAHSIA RIMBA. Ini bukan produk untuk merawat jerawat, tetapi membantu merawat masalah dalaman wanita. Herba Rahsia Rimba membantu menstabilkan hormon wanita supaya kitaran haid lancar, kurang simptom menopaus, kurang simptom PMS dan membantu merawat masalah jerawat hormon.