Jika ahli keluarga ada ekzema, asma, atau alahan, risiko untuk anda dapat ekzema adalah lebih tinggi

Ya, memang benar. Jika seseorang dalam keluarga mempunyai ekzema, asma, atau alahan, risiko untuk ahli keluarga lain mendapat ekzema adalah lebih tinggi. Ekzema, asma, dan alahan berkongsi komponen genetik yang sama. Jika seseorang mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai salah satu daripada gangguan ini, mereka lebih cenderung mewarisi gen yang meningkatkan risiko untuk mendapat ekzema atau alahan lain.

Dalam badan manusia ada gen yang dipanggil filaggrin. Gen ini sangat penting dalam pembentukan skin barrier. Mutasi dalam gen ini dikaitkan dengan ekzema. Gen filaggrin membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah iritasi dari bahan perengsa dan alergen luar. Orang yang mewarisi mutasi gen filaggrin mempunyai skin barrier yang lebih lemah dan lebih mudah mengalami ekzema. Jika terdapat mutasi gen ini dalam keluarga, risiko untuk ahli keluarga lain mendapat ekzema meningkat.

Dalam keluarga yang mempunyai sejarah ekzema, asma, atau alahan, sistem imunnya bertindak balas secara berlebihan terhadap bahan biasa yang tidak berbahaya, seperti debu, atau bahan kimia dalam produk penjagaan kulit. Sistem imun ini menyebabkan keradangan yang mengakibatkan simptom gatal-gatal pada ekzema, saluran pernafasan tersumbat dalam asma, atau reaksi alergi seperti hidung berair dan mata gatal.

Ekzema, asma, dan alahan sering kali berlaku bersama, dikenali sebagai atopic march. Atopic march merujuk kepada perkembangan gangguan ini yang biasanya bermula dengan ekzema pada zaman kanak-kanak, diikuti oleh perkembangan alahan makanan, dan kemudian asma atau alahan hidung pada peringkat dewasa. Ini menunjukkan bahawa sistem imun orang yang mempunyai ekzema cenderung terlibat dalam reaksi berlebihan, yang boleh berkembang kepada keadaan atopi lain.

Selain faktor genetik, ahli keluarga sering terdedah kepada persekitaran yang sama. Jika terdapat alergen seperti debu, bulu haiwan, atau pencemaran udara di rumah, risiko semua ahli keluarga mengalami masalah kulit atau pernafasan menjadi lebih tinggi. Tambahan pula, kebiasaan atau gaya hidup keluarga juga mempengaruhi risiko ekzema. Contohnya, jika ahli keluarga berkongsi produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia yang merengsa kulit, ia boleh mencetuskan ekzema pada individu yang mempunyai kecenderungan genetik.

Secara keseluruhannya, risiko untuk mendapat ekzema adalah lebih tinggi jika ada ahli keluarga yang mempunyai ekzema, asma, atau alahan kerana faktor genetik dan kecenderungan sistem imun yang diwarisi. Jika seseorang mempunyai sejarah keluarga dengan salah satu daripada keadaan ini, mereka harus lebih berhati-hati dengan alergen dan iritasi kulit untuk mengurangkan risiko flare-up ekzema.
Diana Ishak
Read more

Genetik Eczema - It's Kind of a Big Deal

ECZEMA bukanlah penyakit yang luar biasa. Lebih dari 100 juta orang seluruh dunia mendapat eczema. Biasanya terjadi pada usia kanak-kanak tetapi orang dewasa masih boleh mendapat eczema secara tiba-tiba. Eczema boleh muncul pada bila-bila masa. Walaupun ia adalah penyakit biasa, it is not easy to deal with.

Punca eczema isn’t totally clear, tetapi ada kaitan dengan faktor luaran dan genetik (family history). Faktor persekitaran, termasuk penggunaan produk penjagaan diri, pencemaran udara, faktor iklim/cuaca seperti panas, sejuk dan lembap, dan makanan boleh menjadi punca eczema. Sekiranya eczema wujud dalam keluarga, peluang untuk mendapat eczema lebih tinggi, walaupun tanpa triggers dari faktor persekitaran. Walaupun eczema tidak boleh dirawat, at least dengan mengetahui sejarah keluarga, kita boleh bersedia dan berjaga-jaga dalam menghadapi eczema kerana separuh dari penghidap eczema will develop asthma dan food allergy.

Sekiranya telah didiagnosis dengan eczema, simptom boleh menjadi bertambah buruk kalau terdedah kepada pencetus eczema, antaranya, persekitaran yang terlalu sejuk atau terlalu kering. Perubahan suhu menghilangkan kelembapan kulit, menyebabkan kulit kering dan bersisik. Berpeluh berlebihan juga boleh merengsakan kulit terutamanya ketika peluh terperangkap, contohnya pada siku, lutut, dan leher.

Dalam keadaan tegang/stress/anxiety, badan mengepam hormon stress (kortisol) menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Sel menghasilkan antibodi alergi dengan cepat. Sel darah putih melepaskan histamin yang menyebabkan gatal-gatal. Terdedah kepada bahan kimia tertentu, termasuk fragrance, sabun, deterjen, dan kosmetik, boleh merengsakan kulit dan membuka peluang untuk tindak balas eczema berlaku.

Tidak kira usia, ramai penghidap eczema mengalami gatal-gatal yang teruk. Gatal-gatal menyebabkan calar, mengakibatkan kulit ada bukaan yang boleh terkena infection bakteria. Infection akan menambah-burukkan lagi keadaan eczema. Cleansing Gel GreenAard diformulasikan khas untuk kulit sensitif seperti eczema dan acne. Ramai yang telah berpuas hati dengan Cleansing Gel. Tetapi perlu diingat, Cleansing Gel bukan magic potion. Ia hanya mengurangkan simptom eczema, meredakan gatal-gatal dan memperbaiki kulit. Eczema will reappear if exposed to the factors that trigger it. Whatsapp 012-7728976 untuk meklumat lanjut tentang Cleansing Gel.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart