Cara melambatkan penuaan pada kulit

GUNAKAN PELINDUNG MATAHARI (SUNSCREEN)
Memakai pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF 30 SETIAP HARI boleh melambatkan tanda-tanda penuaan pada kulit. Sinar UVB (penyebab utama sunburn) sebahagian besarnya disekat oleh kaca, tetapi sinar UVA (penyebab utama penuaan kulit) dapat menembusi kaca. Sekiranya anda berada dalam jarak beberapa kaki dari tingkap, sinar UVA akan sampai kepada anda.

JANGAN HANYA MENJAGA KULIT WAJAH
Jangan hadkan rejimen pelembap (moisturiser) dan pelindung kulit (sunscreen) hanya pada wajah. Amalkan menggunakan sunscreen dengan sekurang-kurangnya SPF 30 dan losyen di seluruh badan.

GUNA SATU PRODUK BARU PADA SATU MASA
Berikan masa untuk produk bekerja. Mengaplikasi beberapa produk (yang menjalankan fungsi yang sama) kepada kulit tidak akan memperlambat tanda-tanda penuaan dengan segera. Setiap produk kosmetik memerlukan sedikit masa nampak hasilnya, apatah lagi jika kulit damage teruk.

TANGGALKAN SEMUA SOLEKAN SEBELUM TIDUR
Nak wajah awet muda?
Tabiat mencuci muka boleh mempengaruhi penampilan kulit. Basuh muka paling kurang dua kali sehari menggunakan cleanser. Yang paling penting, wajah mesti benar-benar bersih dari solekan terutamanya sebelum tidur. Kulit yang masih ada solekan/bedak sewaktu tidur akan menyumbatkan liang muka apabila bercampur dengan minyak muka.

Nota penting : Kulit mengeluarkan minyak semasa tidur.

IKUTI JADUAL TIDUR YANG BETUL
Tidur sangat penting untuk semua organ termasuk kulit anda. Tidur yang cukup pada waktu yang betul akan memberi kulit masa untuk memperbaharui dirinya setiap hari. Sistem lain di badan meningkat semasa tidur. Terdapat peningkatan pembebasan hormon pertumbuhan semasa tidur serta hormon yang mengatur selera makan. Orang tak cukup tidur lebih cepat lapar.

KEKAL HIDRAT (MINUM DENGAN CUKUP)
Kekeringan boleh menjadikan kedutan muncul lebih cepat. Minum air secukupnya. Air menjadikan badan terhidrat dan membantu mengekalkan keanjalan kulit. Orang yang minum air secukupnya lebih cepat hilang parut luka, kurang kedutan pada kulit dan lambat menunjukkan tanda-tanda penuaan daripada mereka yang minum sedikit air.




Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart